Tapi kalau kita diam kita ni seolah-olah macam bodoh sangat....macam tak reti dalam bab felda ni.....
Isu terbaru dalam gugusan Chini dan amnya chini 04 ialah dalam bab peneroka beramai-ramai mengambil ladang semula....masaalahnya ia bukanya sedikit tapi ramai....
Saya tetap mengatakan puncanya ialah kewangan ...Dari hari kehari ...dari bulan kebulan ...dari tahun ketahun barangan semangkin naik.....kami perlu wang......
Cara umumnya,...........
Ucapan Pengarah Besar Felda dalam akbar sinar harian yang lalu ialah 35 % peneroka berpendapatan RM4,000.00 sebulan ..
Peneroka yang bersama dengan Felda mana ada sampai RM4,000.00 sebulan sebenarnya pendapan peneroka hanya RM1450.00 sebulan itu pun pinjaman....bersih ditangan hanya sekitar RM800.00 hingga RM680.00 sahaja.
Apabila angka RM4,000.00 diucap oleh Pengarah Felda walau pun 35% sahaja peneroka lain akan membuka mata...Dalam hati berkata "mengapa orang lain dapat RM4 ribu saya tak boleh ???"...lalu jalan yang paling mudah ialah mengambil ladang semula dari Felda kebetulan harga buah tinggi dan pokok yang subur.
Dalam majalah Felda juga ada artikal seolah-olah peneroka berpendapatan RM4,000.00 sebulan....
Mengapa Felda bercerita pendapatan Peneroka RM4,000.00 sedangkan pendapatan itu hanya peneroka yang tanam sendiri dan peneroka yang ambil alih ladang dari Felda ?
Apakah rasionalnya artikal ini keluar..?
Perkara kedua mengapa peneroka mengambil alih ladang dari felda di chini 04 ini ialah kerana kes penipuan.
Dua kali saya pergi taklimat ...
- Felda mengatakan 50% sulaman difelda chini 04 kerana serangan binatang......mengapa Felda rancangan chini 04 menipu pihak HQ mengatakan puncanya kerana serangan binatang ..sedangkan ia kerana kegagalan technoplant sendiri...
- Sistem kongsi kong membuka ruang seluas-luasnya pada penipuan mengapa pantauan dari pegawai longar dan mengapa pandangan dari peneroka tidak di ambil kira..?
- Mengapa laporan kecurian dan penyelewengan yang berlaku dalam kerja-kerja ladang yang dibawa oleh peneroka tidak diambil berat sebaliknya pengurus akan kata "mana bukti atau mengapa tidak tangkap dan bawa kepolis ?...Untuk pengetahuan semua pegawai felda ...zaman sekarang ni tuan ladang takut dengan pencuri...tuan ladang masuk ladang naik motor buruk dan parang kontot sedangkan pencuri 3 ke 4 orang siap bawa cup dan sabit....ada berani ka....hari ini kita repot esok dia tunggu kat ladang......Jawapan seperti ini seolah-olah hanya untuk melepaskan diri buat seketika.
Apabila perkara ini berlaku peneroka berasa ia satu kerugian yang akan bertambah dari tahun kesetahun dan jalan pintasnya ialah mengambil kembali ladang dari Felda..
Cadangan yang pernah saya utarakan dalam mesyuarat JKKR yang tidak dimasukan dalam minit ialah.
- Setiap kerja-kerja kontrak dalam blok mesti diluluskan oleh ketua blok. alasan saya ialah selepas 3 tahun tanam semula segala kos ditangung oleh peneroka dengan hasil yang ada sedangkan peneroka atau saya sudah tidak percaya pada Technoplant,sebagai contoh dalam kes sewa JCB mula kerja jam 11 pagi jam 3 ptg dah tidak ada... sewa satu hari juga... kerja ciput jer...( ini hanya diantara yang lainya..)
- Saya pernah cadangkan agar Felda beri tender pada pehak Rela agar adakan rondaan ladang sekurang-kurangya 3 kali seminggu dengan wajib berpakaian seragam.alasan saya ialah secara sikologinya manusia akan rasa sedikit gerun dengan pakaian seragam dan apabila ada tangkapan ia tidak menyalahkan individu sebaliknya akan berfocus pada angota seragam .
Tapi semua ini felda mempunyai banyak alasan...bermacam-macam....blaa...bla...tak bolehlah....ini bukan bidang kuasa sayala.....ini melangar undang-undang lah....rela tak boleh ambil tender la....blaa...bla....bla...
Rumusanya penyelewengan terbuka luas dan kecurian terus berlaku....
Aku masih sabar lagi...aku masih lagi dengan Felda...
5 ulasan:
Kes kecurian serupa la kat tempat saya iaitu Felda Kota Gelanggi 1. Musim melawas baru ni ade sorang peneroka ni (pencuri) boleh dapat 50 tan sebulan. Sedangkan keluasan ladangnya sama dgn org lain jgk iaitu 14 ekar. Siap dapat anugerah drpd kilang sawit Felda lg sebab hasil yang banyak. Pengurus Felda pulak dah nak pencen, bukan nak kerja sangat. Alasan yang diberi sama macam saudara sebut. Dah la dapat tak sama macam orang yang usahakan sendiri, hutang pulak makin bertambah. Kalau ambik sebab iri kan orang usaha sendiri, mungkin la orang boleh mata duitan. Dah la modal diberi kepada Tecnoplant dari tabung tanam semula, duit pendahuluan gaji (pinjaman sebenarnya) sikit, maka berhutang sehingga beratus ribu dah. Memang tak logik
Tapi bila keluar dlm majalah felda, komen peneroka semua bagus, baik, pendapatan tinggi, tak da pun rungutan... sebab masih ramai peneroka yg jadi barua puak2 sial nih... jadi kalau dulu mana2 peneroka yg cuba nak bercakap benar akan diugut, dipulaukan, disenarai hitamkan apakata sekarang udah sikit, mana2 yg jadi barua pulak dibalun... pi-mai, pi-mai hangpa jugak yg jadi boddo...
bagi saya ulasan sahabat semua betul...inilah keadaan kita dalam felda...
Sepatutnya peneroka jadi taukeh, Technoplant jadi kuli.
Apa yang sekarang terbalik kod.Kalau nak cerita mengenai masalah peneroka sampai berbuih mulut pun tak habis.
Kalau semua peneroka bersatu, Technoplant tentu lari tak cukup tanah.
Catat Ulasan