INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Ahad, Julai 31, 2011

JAWAPAN UNTUK SHAIFUL

shaiful salam. saya nak minta nasihat tentang tanam semula oleh felda. sy tak puashati cara penanaman semula oleh felda krn hampir 2 tahun sy dapati
shaiful anak sawit saya tak terjaga. Apa tindakan yg perlu dibuat? T Kasih

Jawapan dalam bentuk pengalaman
Saya jawab dengan bahasa kampong agar mudah difahami.
Ladang saya di urus oleh felda kerana saya tidak ada kemampuan dan ketahanan diri.
Kita ada tabung tanam semula berjumlah RM8 ribu + dengan bermacam-macam berjumlah RM21 ribu.
Dalam masa tiga tahun tersebut juga kita mula berhutang dalam bentuk pendahuluan hasil atau sara hidup setiap bulan .
Dalam masa 3 tahun tersebut felda akan urus ladang kita dengan jumlah RM21 ribu tersebut .
Selepas tiga tahun segala kos perbelanjaan ladang peneroka akan tangung sendiri.
Pokok usia 3 tahun sudah mula mengeluarkan hasil dengan hasil tersebut untuk perbelanjaan ladang dan sara hidup kita..
sekiranya tidak mencukupi ..kita berhutang lagi dengan felda...
Sekiranya ada lebihan BTB kita akan mendapat lebihan hasil dalam bentuk RM.

Shaiful....
Pastikan ladang kita sempurna sebelum tiga tahun...
Kita sekurang-kurangnya seminggu sekali masuk ladang untuk memastikan ladang kita sempurna terutama anak sawit cukup,baja 100% kena dan anak kayu tidak ada.
Semak (rumput kacang ) sekiranya tidak melampau tidak mengapa kerana tanah akan sejuk.
Jika masuk ladang pastikan bawa kamera...

  1. Ambil gambar sekiranya tidak puas hati dan tunjukkan pada pegawai ladang untuk tindakkan.
  2. Jika tidak ada tindakan ambil gambar kali kedua pada tempat yang sama dan kedua-dua gambar tersebut serah kan pada Pengurus rancangan untuk tindakkan kaduanya.
  3. Jika tidak ada tindakkan juga ambil gambar kali ke tiga pada tempat yang sama buat surat dan beserta gambar serah pada Pengurus rancangan s/k Pengurus Tecnoplant,Pengurus Wilayah dan HQ.
  4. Jika tidak ada tindakkan juga beritahu saya ...kita pangil media...kita samannnn....
Dalam kes ini ....
Satu penipuan besar dari Felda jika felda kata selepas tiga tahun kos masih dibawah RM21 ribu.
Jangan percaya sama sekali kerana Chini 4 telah mengalaminya..

Untuk pengetahuan semua.... Blok saya tebang tahun 2005 dan sehingga sekarang masih ada lagi sulaman (2011) dan kos tersebut ditangung oleh peneroka .


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

KokseiKokdaN berkata...

Terima kasih. Nasihat dan panduan yg diberi, amat berharga pd sy. Terima kasih sekali lagi.

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong