INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Isnin, Ogos 01, 2011

BANTUAN UNTUK MASJID DAN SAR KAFA DARI FELDA

Photobucket

CADANGAN BANTUAN KEPADA MASJID DAN SEKOLAH AGAMA DIRANCANGAN FELDA.

Lembaga FELDA yang bermesyuarat pada 25 julai 2011 bersetuju memberi bantuan kepada kesemua Masjid dan Sekolah Agama ditanah rancangan FELDA bagi melaksanakan Program Kerohanian di rancangan seperti berikut.

1. Sumbangan sebanyak RM10,000.00 kepada 260 Masjid seluruh rancangan FELDA melibatkan peruntukkan berjumlah RM2.6 JUTA .Sumbangan ini untuk program Ihya’Ramadhan dimasjid seperti tadarus ,majlis khatam Al-Quran,bayaran saguhati kepada Pengerusi Masjid,Imam,Bilal dan Siak dan sumbangan 50 naskah Al-Quran setiap Masjid bagi program tadarus sempena Ramadhan.

2. Peruntukan RM540,000.00 di 54 kawasan Perlimen Felda yang melibatkan Wakil Rakyat Kerajaan ( BN sahaja ) bagi program Ihya’Ramadhan yang di kendalikan bersama dengan unit seranta Felda Jabatan Perdana Menteri.

3. Sumbangan RM50,000.00 kepada 246 Sekolah Agama diseluruh randangan FELDA berjumlah RM12.3 juta untuk menambah baik infrastruktur sekolah seperti bangunan ,bilik darjah,bilik air,peralatan sekolah dan sebagainya.

4. Peruntukan RM30,000.00 bagi 11 buah wilayah berjumlah RM330,000.00 bagi program kerohanian dan kemasyarakatan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri ,program gotong-royong dan majlis meraikan bakal-bakal haji warga FELDA di setiap wilayah.


Keseluruhan bajet yang diperuntukkan untuk Masjid dan sekolah Agama Rakyat ditanah rancangan FELDA bagi melaksanakan program kerohanian adalah berjumlah RM15.77 juta.


Pengurusan Masjid ditanah rancangan FELDA diletakkan dibawah JAbatan Agama Islam Negeri kecuali Kelantan dibawah Majlis Agama Islam Negeri Kelantan

Pengurusan Sekolah Agama di rancangan Felda ditadbir oleh Jawatan Kuasa Sekolah Agama Rakyat peringkat rancangan dibawah pengurusan Jabatan Islam Negeri ,manakala 4 sekolah Agama Rakyat diKelantan dibawah pengurusan Yayasan Islam Kelantan (YIK) .
Sebanyak 68 buah Sek .Agama di Negeri Johor diurus tadbir sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Semua guru-guru di Sekolah Agama Rakyat menerima elaun bulanan sebanyak RM800.00 sebulan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Jabatan Agama Islam Negeri .
Bagi Negeri Kelantan ,elaun bulanan dibayar oleh YIK diantara RM800 – RM1,000 mengikut kelayakan guru.
Manakala Negeri Johor pula elaun bulanan dibayar mengikut gred gaji yang ditetapkan Majlis Agama Islam Johor.

Bayaran saguhati kepada pegawai Masjid berbentuk elaun bulanan dan dibayar oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM ) sebanyak RM750 kepada setiap Imam.
Manakala Felda turut membantu memberi saguhati tahunan sebanyak RM1,100 untuk bayaran iman-iman tersebut.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong