- Peneroka tanam sendiri dan ambil kembali ladang dari FELDA dalam banyak sudut selalu di pingirkan banyak kemudahan tidak sama rata ....tidak ada hak untuk duduk dalam JKKR ....ramai ketua-ketua blok yang ambil kembali ladang tidak lagi duduk dalam JKKR .
- Mereka-mereka ini yang yang mempunyai hasil yang banyak ...apa yang PM katakan dan di war-warkan dalam 1Dunia 1Malaysia 1 Felda.
- Peneroka yang bersama Felda keadaanya amat daif .............malas nak sambong lah...terlalu sakit hati rasanya......
- Sama tau sudah............nanti keluar ayat bangang lagi susah.....
- Saya bersama FELDA sehingga sekarang belum pernah lagi terima lebihan hasil....
Setiausaha biro Felda PKR, Rebin Birham menyanggah dakwaan perdana menteri bahawa bahawa peneroka Felda mampu mencapai pendapatan sehingga RM4,000 sebulan.
Golongan peneroka tersebut, khususnya yang terlibat dalam program tanaman semula bukannya menerima pendapatan tetapi hutang, kata Rebin.
Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam laporan Utusan Malaysia hari ini juga dipetik sebagai berkata, setiap golongan peneroka ini bukan sahaja mampu memiliki harta seperti rumah banglo malah beberapa buah kereta.
Mengulas kenyataan itu, Rebin berkata keadaan sebenar perlu dilihat dalam masalah yang berlaku di tanah rancangan yang terlibat dengan proses tanam semula.
"Ini kenyataan yang sangat bercanggah. Apa yang nyata peneroka bukan ada pendapatan tapi dibebani hutang," kata Rebin yang menjelaskan bahawa peneroka berkenaan menanggung hutang tersebbut melalui bayaran "sara hidup" yang diterima daripada Felda setiap bulan.
Penyelidik di Sekretariat Task Force Selangor itu juga berkata, peneroka berkenaan akan menerima bayaran tersebut sehinggalah tanaman mereka membuahkan hasil.
Bayaran yang semakin meningkat itu, bermula dengan bayaran RM1,000 sebulan sebagai permulaan untuk tahun pertama, akan terkumpul dan membebankan peneroka apabila proses tanaman semula mengalami kelewatan, kata Rebin lagi.

Jelasnya, bayaran tersebut mula dibuat kepada peneroka sejak tanaman getah atau kelapa sawit ditebang untuk program tanaman semula.
Ini menyebabkan peneroka terpaksa bergantung kepada pinjaman berkenaan dan ada di antara golongan itu yang didakwa menanggung hutang sehingga RM92,000 – hanya dalam tempoh lapan tahun.
"Jadi macam mana (Najib) boleh kata pendapatan peneroka meningkat? Peneroka yang sebenarnya ada pendapatan sekitar RM3,000 sebulan adalah yang tanam semula secara persendirian.
"Peneroka inilah yang sering dikatakan tak kenang budi, yang keluar dari rancangan Felda dan kemudiannya dianaktirikan.
"Kumpulan inilah yang berjaya tapi PM kata peneroka ada pendapatan, ini tak betul," kata Rebin lagi ketika dihubungi Malaysiakini.
Golongan peneroka yang mengambil tindakan untuk menjalankan tanam semula secara persendirian itu bagaimanapun didakwa terus menerima ugutan daripada pengurus Felda dan juga Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Rancangan masing-masing.
Rebin berkata, keadaan itu menyebabkan bilangan peneroka 'persendirian' itu semakin berkurangan seperti yang dikesan di Felda Palong 9, Negeri Sembilan.
"Di Palong 9 (Negeri Sembilan) ada program tanam semula melibatkan seramai 250 orang peneroka. Yang tanam sendiri ada 15 orang. Pada permulaannya ada 80 orang, tapi setelah diugut, akhirnya bilangan mereka berkurangan.
"Ugutannya, tidak dapat bantuan sekolah, bantuan hari raya dan insentif tertentu yang ditawarkan Felda. Mereka ini kononnya boleh disingkir jadi bila dengar disingkir, dia takut.
"Mereka juga dimomokkan bahawa tidak dapat sara hidup, walhal sara hidup itu sebenarnya hutang," katanya lagi.
Tekanan seperti itu memaksa peneroka mengambil tindakan mahkamah ke atas Felda – sebanyak lapan kes setakat ini termasuk dari kumpulan peneroka di Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan – yang kebanyakannya dilihat memihak kepada peneroka.
Terbaru ialah kes saman RM344 juta yang dikemukakan oleh 711 peneroka dari tanah rancangan Jengka, berhubung dakwaan penipuan dan pecah amanah melibatkan kadar perahan minyak sawit.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan