INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Isnin, Oktober 03, 2011

FELDA SEMANGKIN MEMBANGUN ??

KUALA LUMPUR: FELDA terus mencatat pertumbuhan kewangan
memberangsangkan apabila nilai semasa saham yang tersenarai dan tidak tersenarai serta dana amanah raya miliknya kini mencecah lebih RM8 bilion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata punca kewangan FELDA mencatat pertumbuhan kukuh dengan hampir semua anak syarikat mencatat keuntungan.
“Pelaburan FELDA menerusi pembelian syarikat gula (Malaysian Sugar Manufacturing) juga begitu menggalakkan apabila nilai sahamnya meningkat daripada RM3.36 sen sesaham kepada RM5.30 ketika ini,” katanya berucap pada majlis jamuan Aidilfitri FELDA di sini, semalam.

Terdahulu beliau menghadiri Mesyuarat Pengurusan FELDA serta menyaksikan perjanjian persefahaman antara anak syarikat FELDA, FELDA Prodata Systems Sdn Bhd dengan syarikat penyedia sistem teknologi maklumat (IT) India, Tata Consultations Services.
Turut hadir Pengerusi FELDA, Tan Seri Isa Samad dan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Vijay K Gokhale.

Perdana Menteri berkata, pencapaian itu membuktikan FELDA sebagai sebuah organisasi mampu mencatat kejayaan dan akan terus melakukan pelbagai pembaharuan serta program pembangunan untuk kebajikan peneroka dan rakyat negara ini.
“Kini pendapatan pekebun sawit meningkat kepada RM4,500 sebulan, menjadikan mereka kini termasuk dalam golongan pendapatan pertengahan di negara ini.

“FELDA juga akan menambah projek perumahan generasi kedua di seluruh negara. Kita akan tambah jumlah perumahan ini,” katanya.

Najib berkata, FELDA juga memperbanyakkan pelaburannya supaya kepercayaan terhadap agensi ini akan terus meningkat.

“Kita harap akan melipat ganda usaha supaya FELDA terus maju dan mampu membentuk komuniti yang berjaya. Proses pembaharuan sejak 1956 sehingga kini terbukti memberi hasil besar kepada kita.

“Jasa dan budi kerajaan menerusi FELDA amat besar sekali dan diharapkan semua warga FELDA dapat mempertahankan agensi ini,” katanya.
Sumber : Berita Harian Online

P/s - Tulisan yang saya warnakan baca boleh tapi jangan percaya
Artikal ini hanya untuk menutup penglibatan isa samat dalam KPF/Felda.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong