KPF: Isa dicabar bukti siapa setuju dengannnya |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 18 Okt: Gerakan Kempen Mansuhkan ISA 2.0 dilancarkan di Parlimen hari ini sebagai tanda bermulanya desakan agar kontrak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad
dibatalkan kerana didakwa menimbulkan konflik dalam Felda.
Kempen itu dilancarkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud dengan disaksikan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman dan wakil beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai gerakan ini.
Mengulas mengenai gerakan tersebut, Mazlan berkata ianya ditubuhkan kerana rasa tidak puas hati terhadap pelantikan Isa sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang didakwa melanggar undang-undang kecil KPF.
"Seseorang yang dilantik menjadi Pengerusi KPF mestilah seorang peneroka Felda atau anak peneroka Felda atau memegang jawatan tetap di dalam Felda. Tapi Isa hanya dilantik secara kontrak," jelas beliau pada sidang media sempena pelancaran gerakan tersebut di lobi Parlimen.
Beliau juga mendakwa Isa dilantik sebagai Pengerusi KPF bagi memudahkan usaha menyenaraikan Felda Holding Ke Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
"Warga Felda sebenarnya berasa terancam dengan penyenaraian ini kerana ekuiti saham mereka akan terjejas sebaliknya syarikat-syarikat besar yang menagut keuntungan," katanya.
Sebelum itu, Mazlan mengetuai sekumpulan pemegang saham KPF ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia menyerahkan surat bantahan mengenai pelantikan Isa dan menuntut perbicaraan dilakukan tribunal mengenai perkara membabitkan kepentingan warga Felda ini.
"Kita dimaklumkan tadi, Suruhanjaya Koperasi akan bersidang dalam masa terdekat melibatkan Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan bagi menyiasat perkara ini," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembagunan Wilayah PAS Pusat.
Mazlan turut mencabar Isa membuktikan warga Felda menyokong pelantikannya seperti yang diperkatakan dalam wawancara dengan sebuah stesen televisyen minggu lalu.
"Isa kata hanya segelintir menolak penyenaraian itu dan hanya segelintir yang tidak bersetuju dia sebagai Pengerusi KPF. Saya cabarkan Isa buktikan lebih kurang 23,000 kakitangan Felda, siapa yang bersetuju dengannya," katanya sambil menambah pelantikan Isa itu menimbulkan pertembungan di antara beliau dan Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab.
Sehubungan itu, Mazlan berkata gerakan itu akan memulakan kempen mengumpul tandantangan warga Felda di setiap negeri dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum persidangan Dewan Rakyat berakhir.
"Warga Felda akan turun padang dan berusaha habis-habisan menyingkirkan Isa dan sebelum sidang berakhir, kami akan serahkan tandangan yang dikumpul kepada Perdana Menteri supaya beliau mendengar suara hati warga Felda," katanya.
Selain Anak, antara NGO lain yang menyertai gerakan ini ialah Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa), Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit) dan Waris
.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan