INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Rabu, Disember 21, 2011

2 Pegawai Tertinggi Felda Disingkir.?


Mempertahankan Hak KPF (milik peneroka & kakitangan Kumpulan Felda)
2 Pegawai Tertinggi Felda Disingkir.

oleh Mohammad A Rahman pada pada 21hb Disember 2011 pukul 12.44 pagi

2 org pegawai tertinggi Felda yg juga merupakan Pengerusi & Setiausaha Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF yg dimiliki peneroka & kakitangan Kumpulan Felda); iaitu

DG( Dato'Dzulkifli Abd Wahab- Pengerusi KPF)
DDG( En.Abidin Abd. Rahman-Setiausaha KPF)

Telah disingkir dari badan pengurusan Felda kerana ketegasan mereka mempertahankan hak & tuntutan ekuiti KPF dalam pra-penyenaraian Felda Globle Ventures Holdings(FGVH).
KPF tidak pernah menentang pelupusan 51% ekuitinya dalam Felda Holdings Berhad dan melabur didalam FGVH, tetapi KPF tidak bersetuju dengan tawaran yg tidak adil dan cara FGVH memperdayakan KPF. Tawaran balas yg diberikan oleh KPF kepada FGVH adalah seperti berikut:

i) Lembaga KPF menuntut supaya KPF diperuntukkan sebanyak 60% seperti yg diberitahu berulang kali didalam semua sesi-sesi penerangan kepada perwakilan KPF sebelum ini.

ii) Lembaga KPF tidak bersetuju dengan cadangan supaya KPF mengasingkan ("ringfencing") pelaburannya dalam FGVH dengan melabur melalui sebuah Syarikat Tujuan Khas Pegangan Pelaburan ("Special Purpose Investment Holding Company"). Lembaga KPF menuntut supaya pegangan ekuiti KPF didalam FGVH dipegang secara langsung oleh KPF.

iii) Alasan bahawa pelabur lain tidak selesa apabila sebuah koperasi menjadi pemegang saham utama adalah tidak berasas dan tidak disokong dengan apa-apa fakta. Pada masa ini KPF mempunyai pegangan saham "substantial" dalam beberapa buah syarikat tersenarai, antaranya seperti Mah Sing Group Berhad, Teo Seng Capital Bhd, Power Root Berhad, Pantech Group Holdings Berhad dan MSM Malaysia Holdings Berhad. Kekhuatiran sebegini tidak berbangkit dan tidak pernah berbangkit sama sekali.

iv) Lembaga KPF tidak bersetuju KPF memegang ekuiti dalam bentuk "Redeemable Preference Shares"(RPS). Pegangan dalam bentuk saham biasa (ordinary shares) adalah lebih praktikal dan adil. Pegangan ekuiti dalam bentuk RPS memberi implikasi kepada struktur cukai semasa KPF.

v) Lembaga KPF menegaskan bahawa KPF perlu terus memegang 51% kepentingan ekuiti (majoriti) dalam FGVH selepas penyenaraian. Nisbah ini menepati ucapan YAB Dato' Seri Mohd Najib, Perdana Menteri Malaysia semasa Pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 yg menjanjikan " Walau apa pun, hak dan faedah peneroka akan terus dipelihara melalui pemlikan majoriti saham oleh Koperasi Permodalan Felda".

vi) Lembaga KPF berpendirian bahawa KPF tidak patut dipertanggungjawabkan dan oleh itu tidak perlu melupuskan sebanyak 5.8% ekuiti untuk tujuan pemberian "durian runtuh" kepada peneroka kerana ianya akan memberi kesan keatas jumlah perolehan tahun2 kehadapan kerana modal saham anggota terus meningkat setiap tahun. vii) Lembaga KPF mahukan jaminan prestasi pendapatan dividen untuk tahun2 kehadapan mestilah lebih baik dari jumlah dividen yg diterima selama ini kerana Syarikat Kumpulan Felda merupakan penyumbang utama kepada perolehan KPF.

viii) Bayaran pencairan ekuiti KPF di dalam FHB dan Syarikat Kumpulan Felda yg terlibat, hendaklah dinilai berasaskan nilai mengikut pasaran atau kaedah lain yg sesuai.

ix) Sebagai pemegang saham utama, KPF hendaklah mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan wakil2 dalam Lembaga Pengarah FGVH setimpal dengan nisbah pegangan ekuiti dan KPF juga mempunyai hak mengundi serta kawalan pengurusan hak2 derivatif lain bersesuaian dengan kedudukannya selaku pemegang saham majoriti.

x) Semua kos ("incidental costs"), samada langsung, atau tidak langsung yg bersabit daripada pelaksanaan penyenaraian ini tidak dipertanggungjawabkan kepada KPF.

oleh Mohammad A Rahman
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong