INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Rabu, Disember 21, 2011

ANTARA UCAPAN DALAM ISU PAS

Ucapan yang keluar dari kepimpinan PAS Pahang...
Kekadang membuatkan kita berfikir untuk menilai lebih jauh lagi ke hadapan....

Nasrudin Hassan

Saya menolak kartun drnots dalam Harakah cetak terbaru yang menghina kekanda saya, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa. Harakah mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh. Saya turut menolak interbiu SU Agung PAS yang mengkritik dan menuduh secara terbuka 2 pejuang Islam yang berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada PAS. Tunggulah dulu 2 itu masuk UMNO jika betul-betul nak tunjuk hero menjaga PAS. Jika tidak, ia hanya tuduhan yang memecahkan. Mengapa memperkecilkan kenyataan Saari Sungib yang memulakan isu yang dah sedia membara dalam sekam? Di mana beliau untuk tidak memohon maaf secara terbuka? Pemuda PAS menjunjung akhlak berjamaah yang tinggi.. ~ Timbalan Ketua DPPM Al Fadhil Ustaz Nik Abduh

Suhaimi Md Saad

Orang politik yg nak tinggalkan parti biasanya mereka tak terus lompat, supaya tak nampak bebal, walaupun sebenarnya bebal 13 tingkat. Modus operandinya ialah kutuk parti sendiri guna media pencacai, serang kepimpinan tertinggi parti. Terus timbulkan masalah pada parti. Akhirnya parti akan ambil tindakan disiplin seterusnya spin dan manipulasi tindakan disipin yg dikenakan utk menghalalkan tindakan bodoh mereka.

Suhaimi Md Saad

Jurulatih tidak perlu membazirkan masa memotivasikan seorang pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana dia lebih sukakan 6-4-0.

Demikian kiasan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berhubung tribulasi dalam perjuangan Islam bagi menguji dan memperkukuhkan jamaah dan membina kekuatan mujahadah ahli.

Katanya, jika ada pemain yang dilihat semakin tidak menjadi team player dan menyusahkan seluruh pasukan kerana beliau tidak setuju dengan taktik 4-4-2 yang diputuskan, jurulatih pasukan terpaksa bertindak untuk menegur, dan sekiranya keadaan tidak berubah, menggantikannya dengan pemain lain yang lebih bersifat team player.

Ini, ujarnya terpaksa dilakukan supaya pasukan itu dapat memfokuskan segala tenaganya untuk menembus gawang gol lawan daripada membazirkan masa menjawab dan memotivasikan pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana beliau lebih sukakan 6-4-0.

“Diharap sedikit kiasan ini dapat membantu jamaah dan ahli-ahli PAS untuk bergerak ke hadapan dengan hala tuju yang sama,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Suhaimi Md Saad

Mari kita bicara tentang akhlak Almarhum Ust Hasan Shukri selepas beliau tewas bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS dulu.

Beliau tewas dengan Ust Nasaruddin Mat Isa, seorang tokoh yg meningkat naik ketika itu. Selepas pemilihan, Mesyuarat AJK Pas Pusat berlangsung, Beliau turut di jemput hadir sebagai AJK tambahan yg dilantik. Ramai menjangkakan Almarhum Ust Hasan Shukri mungkin tidak hadir sebab baru saja tewas dalam pertandingan dan mungkin mengambil sedikit masa untuk 'sejukkan' hati.

Memeranjatkan ! Pada hari mesyuarat, beliaulah antara yg pertama berada dalam bilik mesyuarat PAS Pusat (di Taman Melewar ketika itu), beliau sempat menyapu dalam bilik mesyuarat dan beliaulah yg menyambut tetamu lain yg hadir (termasuk Ust Nasaruddin Mat Isa).

Begitulah akhlak seorang pejuang Islam tulin, yg berjuang untuk jemaah dan bukan atas faktor peribadi yg apabila tewas...menjauhkan diri dengan jemaah dan culas hadir mesyuarat.

Al Fatihah untuk Almarhum Ust Hasan Shukri. Pemimpin yg sukar dicari ganti. Jom kita meneladani akhlak berjemaah Ust Hasan Syukri. Moga rohnya di tempatkan di kalangan syuhada dan solehin.
Amin.

Ulasan dari berita malam tadi....
Oleh Dr.Dato' Hasan Ali...
....."Assalamualaikum sdrku Dato' Hasan Ali.....
Tidak menjadi kesalahan bercita-cita untuk berkedudukan didalam parti dan politik,tetapi janganlah apabila ianya tersekat.
Dato' mengheret sama kami penyokong biasa yang hanya bercita-cita memenangkan parti kedalam pemikiran Dato'...."

Dari :- PAS Caw.Chini 04.


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Entahlah nasib orang Pahang ada pemimpin macam Tantawi.

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong