KUALA LUMPUR 9 Dis. – Pegawai-pegawai tinggi Felda diberi amaran supaya tidak mensabotaj usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di pasaran utama Bursa Malaysia semata-mata untuk mempertahankan kepentingan sendiri.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu sama seperti bersekongkol dengan pihak pembangkang yang kini berusaha untuk menggagalkan rancangan itu.
“Saya bimbang mereka ini akan jadi seperti duri dalam daging, gunting dalam lipatan dan seperti sikap baling (batu) sembunyi tangan.
“Apa yang lebih penting adalah manfaat yang akan diterima oleh peneroka dan kita tidak boleh tumpu kepada manfaat individu yang nak jaga kepentingan mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata, kumpulan terbabit tidak seharusnya mementingkan diri sebaliknya perlu mengutamakan kepentingan dan manfaat yang bakal diterima para peneroka menerusi penyenaraian tersebut.
“Kita tidak mahu mereka terperangkap dan diperkuda oleh PKR. Mereka tak puas hati kalau kerajaan dapat kredit daripada penyenaraian FGVH. Sebaliknya, jika usaha itu gagal bermakna PKR berjaya,” katanya.
Disediakan oleh penoreh getah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan