INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Ahad, Disember 11, 2011

Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad

Tan Sri Mohd Isa B Hj. Abdul Samad (lahir 14 November 1949) merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden UMNO. Beliau juga merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 - Mac 2004.

Latar belakang

Tan Sri Isa Samad dilahirkan di Melaka dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bagan Pinang, Port Dickson dan kemudiannya bersekolah di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malayasebelum bertugas sebagai guru di Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban (1973-1978).

Isterinya Puan Sri Hazizah Tumin yang dikahwini pada 26 Nov 1977. Hazizah Tumin meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, Kuala Lumpurpada 7 Disember 2005. Beliau mengidap kanser parotid yang dihidapi sejak 1995.

Anak mereka bernama Mohamad Najib (27), Megawati (24),Lelawati (21) , dan Juhaida (16).

Politik

Tan Sri Isa memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1978 dengan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Linggi. Nombor keahlian UMNO beliau ialah No 22.Kemudian beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Sembilan sehinggalah pilihanraya 1982. Di peringkat akar umbi, beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Port Dickson sehingga sekarang.

Pada tahun 1993, Tan Sri Mohd. Isa bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO akan tetapi beliau tewas kepada Tan Sri Rahim Thamby Chik. Di dalam pilihan raya 1999, Isa Samad menewaskan Dr. Rosli Yaakop dari PAS di kawasannya, N29 Linggi.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2000, Isa Samad bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO tetapi tewas. Menteri Besar yang turut tewas ialah Datuk Seri Abu Hassan Omar, Datuk Osu Sukam, dan Datuk Abdul Ghani Othman. [1]

Dalam pilihan raya 2004 Isa Samad bertanding di kawasan Parlimen Jempol. Sebelum ini parlimen Jempol dimenangi oleh Datuk Khalid Yunus (BN).

Isa Samad kemudiannya dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan sehingga 2005.

Mohd. Isa memenangi jawatan Naib Presiden UMNO bagi penggal 2004-2007 dengan memperoleh 1,507 undi iaitu tertinggi mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika itu, Tan SriMuhyiddin Yassin (1,234 undi).

Pilihan raya kecil Bagan Pinang 2009

Rencana utama: Pilihan raya kecil Bagan Pinang 2009

Berikutan kematian ADUN Bagan Pinang, Azman Mohammad Noor, nama beliau disebut-sebut sebagai calon bagi pilihan raya kecil berkenaan. Pada 29 September 2009, akhirnya beliau dicalonkan sebagai calon BN [2] menentang calon Pakatan Rakyat dari PAS iaituZulkefly Mohamad OmarTS Isa Samad diumumkan berjaya mengalahkan PAS dengan majoriti lebih besar, 5,435 undi. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 2,578 undi.[3]

Digantung keahlian UMNO

Lembaga Disiplin Umno menggantung keahliannya selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) berhubung amalan politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004 selepas menangi jawatan naib presiden. Lembaga Disiplin UMNO dipengerusikan oleh Tan SriTengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau bersalah terhadap lima daripada sembilan pertuduhan politik wang .Antaranya membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.Salim Shariff yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jempol turut digantung keahlian selama sepenggal atau tiga tahun.[4].Semua jawatannya dalam parti, termasuk sebagai ketua Umno bahagian Teluk Kemang digantung. Pada 6 Julai 2005 , Majlis Tertinggi (MT) Umno menolak rayuan Isa Samad tapi mengurangkan hukuman penggantungan dari 6 tahun kepada 3 tahun sahaja. Pada 23 Jun 2008, Setiausaha Agung UMNO, Datuk SeriTengku Adnan Tengku Mansor menghantar surat kepada Isa Samad.

Kes Isa Samad ini berkait dengan kenyataan oleh Datuk Seri Rais Yatim tentang 18 orang yang akan ditahan untuk disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah. Ketika itu Rais Yatim merupakan Menteri Kehakiman Malaysia.

Berikutan daripada digantung keahlian, Mohd Isa telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 17 Oktober 2005.[5]

Jawatan-jawatan lain

Pada 27 Disember 2010, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berkuatkuasa pada 1 Januari 2011, menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA. [6]

http://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Isa_bin_Hj._Abdul_Samad

diterbitkan oleh PENOREH GETAH untuk GP.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong