INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Khamis, Disember 15, 2011

KPF Tiada Penyelewengan ?

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Koperasi Permodalan Felda (KPF) menafikan terlibat dengan penyelewengan atau sebarang bentuk salah laku oleh mana-mana individu dalam organisasi berkenaan.

Setiausahanya, Abidin Abd. Rahman berkata, jika KPF terlibat dengan sebarang penyelewengan atau salah laku seperti didakwa, sudah tentu koperasi tersebut tidak layak menerima penarafan cemerlang (lima bintang) hasil pemeriksaan audit oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Oktober lalu.

"Selain itu, sekiranya benar kami terlibat dengan penyelewengan, KPF tidak layak diberikan Anugerah Koperasi Terbaik (kategori kluster besar) peringkat kebangsaan 2010 yang disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sebarang urusan dan transaksi yang dilaksanakan KPF dijalankan secara kolektif serta telus. Ia sesuai dengan prinsip kepatuhan syariah yang diamalkan koperasi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim kononnya terdapat penyelewengan yang dilakukan individu di dalam KPF.

Menurut Abidin, sekiranya Ruslan mempunyai bukti atau maklumat berkaitan sebarang penyelewengan dalam KPF, beliau boleh mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sementara itu, berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd., (FGVH) di Bursa Malaysia, Abidin berkata, KPF menyokong sepenuhnya keputusan kerajaan itu untuk meningkatkan taraf kehidupan serta pendapatan peneroka.

"Justeru, pengumuman Perdana Menteri untuk mengagihkan 'durian runtuh' kepada golongan peneroka amat ditunggu-tunggu oleh 220,000 anggota KPF yang terdiri daripada peneroka dan kakitangan Felda.

"Selain itu, tidak timbul soal penyokong parti pembangkang atau kerajaan dalam KPF kerana ia merupakan sebuah koperasi yang ditubuh serta digerak berdasarkan kepada peruntukan di dalam Akta Koperasi 1993 serta undang-undang kecil KPF.

''Keanggotaan KPF juga terdiri daripada kalangan peneroka pelbagai bangsa, agama dan fahaman politik," jelasnya.

Mengenai pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi KPF, Abidin berkata, ia bukanlah isu besar kerana KPF sedia menerima beliau sekiranya memenuhi syarat kelayakan mengikut Akta Koperasi dan undang-undang kecil KPF seperti mana pelantikan pengerusi sebelum ini.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong