INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Selasa, Disember 13, 2011

PENEROKA BERDEMO DI IBU PEJABAT FELDA

Wakil persaorangan dari tanah rancangan (13.12.2011


Pagi tadi Selasa 13.12.2011, semua pertugas Kumpulan Felda Global di Balai Felda dilarang keras ke Wisma bermula jam 1.00pm - mereka di tegah Mendengar, Melihat dan Menyertai rombongan ANAK bersama Mazlan Aliman ke Wisma Felda, membantah Pengurusan Tertinggi menghantar DG, orang yg disenangi peneroka & para pekerja Felda, belajar sambil bercuti di luar negara mulai 25 November 2011. Mereka, peneroka bersama ANAK, menuntut DG dikembalikan ke pejabat nya diWisma bagi mengetuai semula Warga Felda.

Saudara Mazlan bersama 5 org dibenarkan masuk berbincang dgn wakil dari Felda yg lain lebih 100 org ada diluar dgn sepanduk2 dari peneroka dan ANAK. (13.12.2011)



Yang tak dapat masuk ke perkarangan Wisma Felda tetapi menunggu kat luar, pagar pintu masuk. (13.12.2011)


Terbitkan Catatan
KUALA LUMPUR, 13 Dis - Kira-kira 50 wakil peneroka Felda daripada beberapa negeri hari ini menyerahkan memorandum menyokong Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab di Ibu Pejabat Felda, Jalan Gurney, dekat sini. Memorandum sokongan itu ekoran tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Dzulkifli bercuti dan mengikuti Kursus Pengurusan Lanjutan bagi meningkatkan prestasi untuk melakukan transformasi Felda. Ia merupakan cadangan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad melalui surat yang dihantar kepada Najib bertarikh 21 November. Arahan bercuti dikeluarkan melalui surat yang diikeluarkan Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri 25 November lalu. Difahamkan, Dzulkifli mula bercuti 25 November lalu dan telah berlepas ke London minggu lalu. Memorandum yang diserahkan kepada wakil Felda, Muhamad Ibrahim antaranya menuntut Perdana Menteri menarik balik arahan bercuti itu dan menggugurkan Isa daripada jawatannya. Mereka diketuai Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman berarak kira-kira satu kilometer menuju ke bangunan Felda dengan diawasi kira-kira 30 anggota polis beruniform termasuk polis cawangan khas. Mereka melaungkan "undur Isa Samad", "hidup rakyat" sambil membawa sepanduk bertulis "kami sayang Dzul, benci Isa". Bercakap kepada media selepas penyerahan memorandum, Mazlan berkata, pihaknya amat kesal dengan tindakan yang dilakukan terhadap Zulkifli yang dianggap sebagai seorang yang sangat amanah dan berdedikasi dalam tugasnya. "Kami yakin tindakan ini sebenaranya penyingkiran kepada Datuk Dzul. "Ia tidak beretika dan biadap terhadap Ketua Eksekutif Kumpulan yang mempunyai 23 kakitangan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat. Menurut Mazlan, Isa tidak senang dengan Dzulkifli kerana menganggap Dzulkifli menghalang usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia. "Dalam mesyuarat lembaga pengarah, Datuk Dzul pernah mempersoal di mana Felda nak cari duit untuk bayar gaji kakitangan Felda RM1.5 bilion bila FGVH melabur dalam Bursa Malaysia. Isa tidak senang kerana mengganggu usahanya untuk penyenaraian terbabit," jelas Mazlan Aliman lagi. Pahang Daily


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

otaklunyai berkata...

Penoroka2 FELDA... buat kan je SOLAT HAJAT atau bacakan YASIN beramai2 utk Silembu pendek tu... baru dia tau... Insyaallah!!! Doa dari org yg teraniaya dimakbulkan Allah... mintalah apa nak minta... ini kes org nak berak dlm periuk nasik kita anak-beranak nih... takkan nak diam jer... kita pun ada hak dan maruah yg wajib dipertahankan...

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong