INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Ahad, Disember 25, 2011

RM102.58 JUTA UNTUK PENEROKA

KENYATAAN AKHBAR


FELDA BAYAR RM102.58 JUTA BONUS INSENTIF PRODUKTIVITI

1. Sukacita saya ingin megumumkan bahawa FELDA akan membayar bonus insentif produktiviti kepada para peneroka di tanah rancangan seluruh negara berjumlahRM102,584,000.00.

2. Bonus ini adalah sebagai menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara serta insentif menghantar hasil melalui FELDA. Kadar bayaran bonus yang dibayar pada tahun ini sama seperti tahun 2010 lalu iaitu minimum RM400.00 dan maksimum RM1,200.00 bergantung kepada penghantaran hasil.

3. Pembayaran bonus insentif ini melibatkan seramai 95,949 atau 85.19% daripada 112,635 peneroka FELDA seluruh negara. Peneroka yang menghantar hasil melalui pengurusan rancangan dinilai berdasarkan penghantaran hasil dari Januari 2011 hingga Oktober 2011. Bagi peneroka sawit, kelayakan minima iailah 8.01 tan/hektar manakala ganjaran maksimum ialah mereka yang menghantar hasil melebihi 19.00 tan/hektar ke atas.

4. Bagi peneroka getah, kelayakan minima ialah 600.01 kl/hektar dan ganjaran maksima diberi kepada mereka yang menghantar hasil melebihi 1,400 kg/hektar. bilangan peneroka yang terlibat dalam penghantaran hasil sawit dan getah ini adalah seramai 32,865 orang iaitu terdiri daripada 27,069 peneroka sawit dan 5,796 peneroka getah. Seramai 60,584 peneroka menanam semula bersama FELDA dan kesemuanya menerima bonus maksimim RM1,200/ peneroka seperti pada tahun lalu.

5. FELDA turut memberikan pertimbangan khas kepada peneroka di beberapa rancangan yang prestasi hasilnya rendah sepanjang masa disebabkan tanaman tidak produktif dan menunggu giliran untuk ditanam semula. Ini termasuk juga kawasan kebun peneroka yang diambil bagi tujuan pembangunan.

6. Turut telibat dalam kategori ini ialah tanaman peneroka yang hasilnya rendah disebabkan serangan musuh penyakit seperti ganoderma, serangan ulat bungkus dan lain-lain. Kira-kira 2,500 peneroka terlibat dan kadar bayaran ialah RM400 seorang. Rumusan bayaran insentif bonus ini adalah seperti di lampiran.

7. Seramai 16,686 peneroka atau 14.81% pula didapati tidak layak menerima bayaran insentif kerana tidak menghantar hasil kepada FELDA dan juga kerana hasil mereka kurang daripada hasil minimum yang telah ditetapkan. Selain itu, peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka dan tidak menghantar hasil, tidak dibayar bonus insentif ini.

8. Bayaran Bonus Insentif Produktiviti 2011 akan dibayar di pejabat rancangan pada akhir bulan Disember 2011. Kerajaan berharap pemberian bonus ini akan menjadi perangsang kepada peneroka di seluruh negara untuk berusaha lebih gigih lagi bagi meningkatkan produktiviti masing-masing.

9. Di kesempatan ini juga, saya ingin menyeru semua warga peneroka agar menyertai program bersama FELDA selaras usaha berterusan yang dilaksanakan oleh agensi tersebut untuk meningkatkan paras pendapatan peneroka melalui bimbingan dan khidmat nasihat yang disediakan.

Dato' Sri Mohd Najib
Putrajaya


Zabidie Abas

HUTANG PENEROKA..

1. Sara Hidup = RM 1,500 X 12bulan X 3 tahun = RM 54,000.00
2. Pendahuluan Hasil (Tahun ke 4 hingga Tahun ke 8 @ 5 Tahun) = RM 1,500 X 12bulan X 5 tahun = RM 90,000.00

Jumlah hutang peneroka keseluruhan = RM 144,000.00.
PENDAPATAN SEBENAR PENEROKA..
Tahun Ke 4 = RM 2,000 X 12bulan = RM 24,000
Tahun ke 5 = RM 3,000 X 12 Bulan = RM 36,000.
Tahun ke 6 = RM 3,000 X 12 Bulan = RM 36,000.
Tahun ke 7 = RM 3,000 X 12 Bulan = RM 36,000.
Tahun ke 8 = RM 3,000 X 12 Bulan = RM 36,000.
Jumlah keseluruhan pendapatan Peneroka = RM 168,000.00.
UNTUNG/RUGI = RM 168,000 - RM 144,000 = RM 24,000.
Inilah nilai yang sepatutnya Felda kembalikan kepada peneroka... Bukan peneroka yang berhutang dengan Felda tetapi Felda yang berhutang terhadap Peneroka..

Zabidie Abas

Perbandingan-
Peneroka diberi KPG 18%.
sedangkan terbukti dalam ujian makmal KPG 28%.
Bermakna peneroka dinafikan KPG 10%.
1%KPG = RM 30.00/tan.
10% KPG X RM 30.00= RM300.00.
Kalau sebulan peneroka memperolehi 10 Tan bermakna RM300.00X10 tan = RM 3,000.00.
Ini adalah nilai 10%KPG yg diselewengkan.
Jumlah ini pun sudah lebih nilainya berbanding bonus yg najib nak beri...
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong