INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Sabtu, Januari 07, 2012

Himpunan 9 Januari: KEADILAN bincang dengan polis

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR 6 Dis : Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali mengetuai satu delegasi dalam perbincangan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur berkenaan perhimpunan yang dijadualkan pada 9 Januari.

Azmin bersama pimpinan KEADILAN tiba di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kira-kira jam 10 pagi tadi.

Nama-nama lain yang dipanggil dalam perbincangan itu ialah Naib Presiden N.Surendran, Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Pengarah Strategi Rafizi Ramli.

Bagaimanapun, polis hanya membenarkan empat dari lima nama yang diberi untuk memberi keterangan mereka.

“Saya kesal kenapa Polis tidak dimaklumkan lebih awal (Hanya empat nama yang dibenarkan masuk). Melihat pada lakonan polis yang tidak ikhlas hari ini, saya bersikap optimis bahawa tidak akan ada kerjasama polis sepenuhnya pada 9 Januari ini,” kata Azmin

KEADILAN dengan sokongan Pakatan Rakyat sebelum ini menganjurkan himpunan Bebaskan Anwar 901, pada hari keputusan perbicaraan Fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Isnin depan.

Bagaimanapun, himpunan berkenaan yang bertujuan untuk menyatakan sokongan terhadap ketua umum KEADILAN itu, mendapat amaran keras pihak polis.

Semalam, Azmin berkata beliau menyambut baik kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk mengadakan perbincangan mengenai himpunan itu.

Pada masa sama, Ketua Polis Negara turut mengarahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengadakan rundingan dengan pimpinan KEADILAN.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong