INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Sabtu, Januari 07, 2012

Yakini langkah senaraikan Felda Global, kata Najib

KUALA KUBU BAHARU - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta masyarakat Felda memberi kepercayaan penuh terhadap usaha penyenaraian

Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH), menyatakan ia akan memastikan masa depan mereka lebih terjamin, malahan "durian runtuh" dalam empat hingga lima bulan.

"Saya sendiri akan perhatikan supaya masyarakat Felda akan mendapat keuntungan maksimum, sebanyak mungkin dari perancangan ini," kata Perdana Menteri sewaktu berucap di Majlis Perdana Menteri Bersama Warga Felda di Felda Gedangsa dalam

lawatannya ke Hulu Selangor di sini.

Semalam, Pengerusi Persatuan Kontraktor Generasi Felda Malaysia, Amran Mohamad meminta kajian terperinci dijalankan agar dapat memberikan keyakinan dan sebagai langkah berhati-hati sebelum menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia.

Beliau berkata, sekiranya kajian membuktikan ia benar-benar menguntungkan, FGVH boleh disenaraikan.

Najib menjelaskan bahawa penyenaraian itu akan membantu proses lonjakan kedua untuk masyarakat itu melalui pemilikan saham dengan syarikat global yang akan menjana dividen tinggi.

Lonjakan pertama telah berjaya mengubah kehidupan mereka daripada yang tidak ada tanah dan kais pagi makan pagi kepada mempunyai rumah sendiri yang agak mewah, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Najib turut memberikan jaminan bahawa FGVH yang akan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada April ini akan diuruskan dengan cara paling profesional bagi menjadikannya syarikat perladangan terkemuka di dunia.

SHarian
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

uLaTbUKu.cOm berkata...

tak yah nak klentong la najib.....dah banyak duit rakyat ko belasah, ni nak belasah felda lak...janji kan main manis lagi....dah dapat sok, lantak la peneroka nak telungkup ke apa ke janji dia dah dapat habuan....kalau x caya peneroka boleh cuba dan jangan nyesal bila harta dah jadi hak org lain....

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong