INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Isnin, Februari 20, 2012

JANJI PR UNTUK WARGA FELDA (SIRI 3)

OLEH: BUDAK CHINI

PERWAKILAN KPF & WARGA FELDA…JOM LIHAT JANJI PR UNTUK WARGA FELDA (SIRI 3)
Koi bersyukur kerana Allah menggerakkan hati sekumpulan manusia kerdil dalam Parti PAS untuk berusaha mendapatkan injuksi bagi menjaga kepentingan peneroka di dalam Koperasi Permodalan Felda. Dengan bajet yang kecil, doa yang ikhlas dan sokongan ramai warga Felda melalui solat hajat di seluruh Negara, Isa dan gerombolannya sekali lagi menemui halangan apabila Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan usaha manusia kerdil ini menghalang EGM daripada membincangkan berkenaan pelupusan apa-apa aset KPF kepada FGVH. Takbir!
Sekali lagi koi nak ajak aouk-aouk teliti draf Janji PR untuk warga Felda yang bertemakan “Menghargai Budi Yang Telah Menyemai Bakti”. Setahu koi ini baru drafnya dan eloklah kita nanti pengumuman di mana kita boleh memberi maklumbalas untuk memperbaiki manifesto PR untuk warga Felda yang mana kita masing-masing akan sama-sama memastikan PR melaksanakan janji dibuat atau PRU14 mereka akan ditendang keluar:
JANJI 5: MEMARTABATKAN KEPIMPINAN PENEROKA
PR merakamkan pujian kepada Ketua Peneroka Kebangsaan dan Ahli Lembaga Pengarah Felda, En. Shamsuddin Othman dan rakan-rakannya di dalam Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) yang mengetuai peneroka-peneroka dan penerokawati di 11 Wilayah Felda di atas keberanian mereka mempertahankan hak mereka untuk dibawa berbincang berkenaan isu-isu melibatkan aset Felda dan kepentingan peneroka. Peranan mereka dan lain-lain pemimpin peneroka dalam rancangan Felda seperti peranan Imam Masjid diakui dan akan sentiasa dimasukkan pandangan mereka di dalam perancangan masa hadapan Felda. Budaya menghormati dan permuafakatan bersama bakal menjadi tonggak utama pemerintahan PR dalam mentadbir Felda dan walau sehebat mana sekalipun kertas cadangan kapitalis untuk memajukan Felda, pandangan orang-orang lama Felda tetap diutamakan berbanding gaya kepimpinan Pengerusi Felda hari ini.
PR berhasrat untuk meningkatkan lagi martabat pemimpin peneroka melalui cara berikut:
• Ketua Peneroka Kebangsaan diberikan kemudahan, gaji dan elaun bulanan setara dengan Pegawai Kontrak Gred N52 - VU7
• Naib Pengerusi JKKR Wilayah diberikan kemudahan, gaji dan elaun bulanan setara dengan Pegawai Kontrak N44 - N54
• Naib Pengerusi JKKR Rancangan diberikan elaun RM1000 sebulan
• Imam/Pegawai Masjid diberikan elaun RM1000 sebulan dan tajaan Umrah sekali bagi perkhidmatan sekurang-kurangnya 3 tahun
• Kenaikan elaun AJK Masjid kepada RM250 sebulan dan tajaan Umrah sekali bagi perkhidmatan sekurang-kurangnya 3 tahun
• Meningkatkan bilangan wakil peneroka di dalam Lembaga Pengarah Felda kepada 2 orang peneroka dan 1 penerokawati
• Menjamin sekurang-kurangnya bilangan wakil peneroka di dalam Ahli Lembaga Pengarah KPF kepada 50% setiap masa
• Menjamin perlantikan sekurang-kurangnya 2 orang wakil peneroka atau penerokawati di dalam semua anak-anak syarikat Felda
PR memahami budaya Felda yang mementingkan keharmonian, kebersamaan dan mengutamakan warga Felda sendiri berbanding mengejar kemajuan terlalu pantas yang mengakibatkan warga Felda sendiri terpinggir dan jawatan utama dimiliki mereka yang tidak memahami hasrat warga Felda. Kemajuan mengikut acuan Felda mengikut formula yang ditinggalkan Arkitek Felda iaitu YM Tan Sri Raja Muhammad Alias akan dikembalikan di dalam ‘Blue Print’ pembangunan Felda.
JANJI 6: MEMARTABATKAN KEPIMPINAN, SAHSIAH DAN EKONOMI BELIA FELDA
PR berhasrat untuk memartabatkan kepimpinan, sahsiah dan ekonomi belia Felda melalui Janji-Janji seperti berikut:
• Membina Wisma Belia yang menempatkan pejabat-pejabat persatuan dan NGO belia Felda seperti Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Persatuan Usahawan Generasi Felda (PUGF) dan Belia 4B
• Geran tahunan sebanyak RM3 juta kepada MBFM dan RM1 juta kepada lain-lain persatuan bagi menjalankan aktiviti masing-masing
• Peruntukan Tabung Belia sebanyak RM1 juta setiap wilayah Felda. Kelulusan khas sehingga RM25,000 setiap permohonan di peringkat wilayah bagi program yang memerlukan peruntukan segera
• Elaun khas Presiden dan Timbalan Presiden persatuan sebanyak RM2500.00 sebulan dan elaun Exco-Exco sebanyak RM1500.00 sebulan
• Elaun Pengerusi Belia Wilayah sebanyak RM1000.00 sebulan (MBFM sahaja)
• Peruntukan Tabung Usahawan sebanyak RM20 juta bagi kelulusan segera tanpa penjamin sehingga RM10,000 setiap pemohon dan kelulusan dengan penjamin sehingga RM25,000 setiap pemohon. Permohonan melebihi had memerlukan jaminan dan sokongan pejabat wilayah Felda
• Tajaan Umrah kepada 50 orang pemimpin belia Felda setiap tahun dan tajaan adalah sekali seorang seumur hidup
• Tajaan Lawatan Sambil Belajar kepada 50 orang pemimpin belia Felda setiap tahun
• Penubuhan Majlis Ekonomi Belia Felda bagi membincangkan hala tuju dan gerak kerja usahawan dan pendapatan belia Felda
• Penubuhan Majlis Kepimpinan dan Sahsiah Belia Felda bagi membincangkan masalah-masalah semasa sosial dan kebajikan belia Felda dan rangka kerja mengatasi masalah tersebut dan program sukan, kebajikan dan kerohanian belia Felda
• Memperkasakan Koperasi Permodalan Felda 2 dengan suntikan modal tambahan sebanyak RM10 juta sebagai modal perniagaan asas dan KPF akan mendahulukan pembelian pemilikan 5% dalam anak syarikat Felda tertentu. Wakil KPF 2 juga berpeluang menduduki kerusi Lembaga Pengarah syarikat tersebut untuk menjaga kepentingan KPF 2

Artikal di atas email dari Puterikarimun Indo
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong