INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

MADU KELULUT CHINI 4

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Memuatkan ...

Selasa, Februari 14, 2012

PENYENARAIAN FGVH : KAKITANGAN FELDA BANTAH

Sebahagian besar daripada kira-kira 23,000 kakitangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dikatakan kini cenderung bersama Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan membantah penyenaraian syarikat Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

"Hari ini, 23,000 ribu kakitangan Felda yang dahulunya agak sinis dengan kita, kontra dengan kita, (tetapi) hari ini pada saya, mereka mempunyai kecenderungan kepada kita," kata Presiden ANAK Mazlan Aliman.

Menurutnya, hakikat bahawa Felda akan mengalami defisit antara RM1.2 bilion hingga RM1.5 bilion

apabila disenaraikan serta 'penyingkiran' pengarah besarnya Datuk Zulkifli Wahab dan timbalan pengarahnya Abidin Abdul Rahman dari agensi itu, menambahkan lagi kemarahan kakitangan berkenaan.

Mazlan menyifatkannya hal demikian sebagai "satu perkembangan positif" yang menunjukkan kakitangan Felda kini bersama ANAK memperjuangkan penentangan terhadap cadangan penyenaraian itu.

Mazlan mengakui sebelum ini, umumnya kakitangan Felda "tidak selesa" dengan kehadiran ANAK apatah lagi menganggap NGO itu "menyusahkan mereka" susulan siri-siri saman, laporan polis, aduan kepada Suruhjaya Pecegahan Rasuh Malaysia (SPRM) dan Suhakam yang dibuat berhubung isu berkaitan Felda.

Tidak selesa

"Mereka tidak selesa dengan kita. Walaupun apa yang kita buat ini, untuk kepentingan warga Felda. Mereka tidak selesa sehinggalah bila timbul isu penyenaraian ini," katanya ketika ditemubual dengan Malaysiakini.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mendakwa pegawai Felda termasuk dua pegawai tertingginya - Dzulkifli (kanan) dan Abidin - tahu bahawa Felda bakal mengalami defisit pendapatan - selepas penyenaraian - setelah perkara itu dibentangkan pada mesyuarat ahli lembaga pengarahnya.

Bahkan, Mazlan mendakwa pendapatan yang diperolehi Felda selepas penyenaraian itu, sebanyak RM508 juta setahun dan hanya cukup untuk membayar gaji kakitangannya. Unjuran pendapatan asal adalah sebanyak RM2.4 billion setahun.

"Jadi mereka akan berdepan dengan satu keadaan yang sukar, apabila hilang pendapatan yang sebegitu, (berbanding) dengan perbelanjaan pembangunan yang besar di Felda.

"Jadi bila begini keadaaannya, jadi timbul satu keresahan, kebimbangan, tidak puas hati, bantahan di kalangan kakitangan Felda dengan penyenaraian (itu).

"Yang membawa, sebagai orang nombor satu Felda Datuk Dzulkifli, tentulah, saya berkeyakinan, beliau mempersoalkan kepada (Pengerusi Felda) Tan Sri Isa (Samad) (kiri), di mana nak cari duit dengan defisit (itu)," kata Mazlan.

Mazlan mendakwa hal yang demikian itu menyebabkan Dzulkifli diarahkan bercuti sambil belajar selama kira-kira lapan bulan dan Abidin yang juga setiausaha Koperasi Pemodalan Felda (KPF) dikembalikan ke Jabatan Perkhidmatan Awam.

Mengulas perkembangan terkini Dzulkifli, Mazlan berkata beliau "tidak nampak" mengapa pengarah besar Felda itu diarahkan bercuti sambil belajar sedangkan, beliau kini sudah menjawat jawatan ketua pegawai eksekutif dalam Felda.

Proses penyingkiran

Mazlan mendakwa tindakan itu sebagai "proses penyingkiran" Dzulkifli sebab beliau dianggap "halangan" penyenaraian Felda Global Venture ke Bursa Malaysia.

Walhal Dzulkifli, kata Mazlan "adalah orang yang sangat taat dan tidak pernah membuat kenyataan bercanggah dengan kerajaan.”

"Jadi (saya) tidak nampak, kenapa orang yang begitu taat, dalam bahasa mudah, 'disembelih' oleh kerajaan," kata Mazlan yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Johor.

Diminta menjelaskan latar belakang FGVH yang sebelum dicadangkan untuk disenaraikan di bursa saham, Mazlan mendakwa syarikat ini "bermasalah dan tidak punya apa-apa" melainkan mempunyai sebidang tanah seluas 42 ribu hektar di Indonesia.

Katanya, FGVH merupakan anak syarikat pelaburan baru Felda yang baru muncul sekitar lima tahun dan diberi kepercayaan untuk melabur di luar negara melalui syarikat mereka antaranya di Amerika, Kanada dan China.

Bagaimanapun, Mazlan mendakwa bila pelaburan di luar negara beroperasi, dalam tempoh sekitar empat tahun, kerugian yang dicatatkan sebanyak lebih kurang RM500 juta dan ia dibangkitkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen dan diakui Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan mengapa kerajaan memberi kepercayaan untuk menyenaraikan syarikat itu ke bursa saham dan membenarnya menyerap syarikat yang jauh lebih maju, Felda Platation dan KPF untuk tujuan berkenaan.

"Ini menjadi satu tanda tanya, mengapa memilih FGV. Jadi dengan kegagalan FGV ini, tentulah persepsi orang ramai, termasuk warga Felda, jangkaan-jangkaan buruk yang boleh sahaja berlaku, dengan prestasi yang buruk dan trek rekod kegagalan sebelum ini," katanya.

Agenda kaut keuntungan

Mazlan mendakwa berdasarkan maklumat terbaru, penyenaraian ini lebih kepada "satu agenda untuk mengaut keuntungan daripada pencapaian yang dirasai Felda dan kepentingan yang ada dalam agensi itu" melalui tanah Felda Plantation seluas 360,000 hekter dan Koperasi Permodalan Felda.

Katanya, tanah yang diletakkan di bawah Felda Platation disifatkannya "sudah cukup besar dan mengalahkan institutsi peladangan swasta yang ada" adalah dimiliki oleh Felda dan bukan atas nama peneroka.

"Jadi, mereka mudah untuk membawa Felda Plantation untuk disenaraikan. Mereka tidak letakkan tanah peneroka Felda sebab saya berkeyakinan, jika mereka meletak atas nama peneroka Felda, mereka akan menerima tentangan yang sangat kuat," kata Mazlan.

Mazlan mendakwa turut diheret bersama dalam penyenaraian itu adalah KPF yang merupakan koperasi terbesar di Malaysia di mana perolehan mereka pada hampir RM12 billion pada 2010.

"(Antara) 3,840 koperasi di Malaysia, tidak ada sebuah koperasi pun yang boleh memberi saingan dari sudut perolehan tahunan yang dimilliki oleh KPF.

"Jadi inilah koperasi yang hendak diheret dengan tanah tadi untuk dibawa ke penyenaraian di bawah Felda Global Venture," katanya.


http://pkrl.blogspot.com/2012/02/penyenaraian-fgvh-23-ribu-kakitangan.html
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong