Pelaburan di luar negeri masih rugi...
Selain itu, sumber mengesahkan bahawa pelaburan FGVH di luar negeri masih menanggung kerugian. Seandainya FELDA tidak menempatkan syarikat yang paling untung di bawahnya, iaitu Felda Holdings Berhad ke dalam FGVH untuk mengimbangi kerugiannya, maka FGVH masih dalam keadaan "rugi", dan tidak berkelayakan untuk disenaraikan.
"FGVH masih menyuntik dana untuk perusahaannya yang rugi di Amerika Utara. Keuntungan FGVH bergantung kepada sumbangan Felda Holdings Berhad. Tanpa keuntungan Felda Holdings Berhad untuk mengimbangi kerugian FGVH, syarikat ini adalah syarikat yang rugi, dari segi 'book value'-nya," kata sumber.
Perusahaan yang dilabur FGVH termasuklah Syarikat Twin River Technologies di Amerika Syarikat. Syarikat Amerika ini memiliki kilang kimia pemprosesan minyak di Amerika Syarikat, dan memiliki kilang pemprosesan minyak tumbuh-tumbuhan di Kanada.
FGVH telah ditubuhkan pada Disember 2007, dipertanggungjawab untuk menguruskan pelaburan Felda di luar negeri. Namun demikian, syarikat ini berada dalam keadaan separa-lelap, sehingga Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri secara rasminya.
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Rabu, Mac 21, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan