INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Isnin, Mac 19, 2012

SARAF SIBER BLOGGER UMNO

SUARAPAKATANRAKYAT.COM: BUKTI KEJAYAAN UNIT SARAF SIBER UMNO

Pelaburan yang dilakukan oleh UMNO melalui Unit Media Baru yang dipimpin oleh Tun Faisal Ismail Aziz didapati meningkat dengan berganda sejak 2 tahun lalu.Pada awalnya penubuhan UMB ini disokong oleh otai-otai blogger UMNO tetapi disebabkan UMB ini dilihat sebagai kerja fisabilillah atau kurang ‘masyuk’ berbanding berkhidmat kepada tuan tertentu, ramai otai blogger yang telah meninggalkan UMB. Blogger otai UMNO pula terdiri daripada blogger berkhidmat dengan ikhlas dan ada yang berkhidmat kerana kertas berkepala Agong (ringgit Malaysia).
Yang pasti majority blogger elit isi ni menolak Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO yang masih lagi kekal di persada politik UMNO walaupun blogger elitisi ni telah mendakwa merekalah yang berjaya menyingkirkan Pak Lah dengan mengkritik keras pentadbiran Pak Lah, mengkritik tindak tanduk ‘budak tingkat tempat’ dan berkempen untuk menjatuhkan KJ semasa pemilihan Agung UMNO sebelum ini tetapi gagal. Blogger elitis ini lebih mudah berkerja dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau secara terus dengan tokoh-tokoh politik tertentu.

Sumber-sumber kewangan blogger UMNO mengikut keutamaan:

1) Individu – Antara tokoh UMNO paling terkenal kerana kemurahan hati adalah Datuk Ahmad Maslan yang mempunyai akses terhadap kewangan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rais Yatim menggunakan peruntukan Kementerian Komunikasi & Kebudayaan, Datuk Shafie Afdal, Dato Seri Nazri Aziz dan Datuk Saifuddin Abdullah.Selain tokoh UMNO, tokoh-tokoh korporat juga menggunakan perkhidmatan blogger bagi perkhidmatan ‘pengurusan persepsi’ dan menjatuhkan pihak lawan.

2) Jabatan Perdana Menteri – Melalui peruntukan khas yang diuruskan oleh Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO serta peranan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri dan lain-lain pegawai.Peruntukan ini semakin bertambah setiap masa dan membimbangkan Dato Seri Ahmad Farid Ridzuan yang mengetahui bahawa blogger-blogger meminta peruntukan ini makan kiri kanan atas bawah dan dari segi audit, sukar untuk mengira keberkesanan dan ‘value for money’ setia partikel dan post dikeluarkan

3) GLC / Yayasan / NGO – Terdapat juga GLC di atas nasihat konsultan dan pengamal media melaburkan sejumlah wang yang amat besar untuk mengupah blogger. Tender ini kebiasaannya dilakukan secara tertutup.
Sebagai contoh, pada bulan januari Felda Global Ventures telah menjemput blogger-blogger untuk memberikan sebut harga dan profil masing-masing bagi tujuan memerangi persepsi bahawa penyenaraian Felda akan merugikan peneroka. Blogger Big Dog dan rakan-rakan di dalam gabungan The Mole dan MyKMU telah berjaya dipilih di dalam tender bernilai ratusan ribu ringgit tersebut.Pembayaran pula diuruskan melalui Yayasan Felda dan Komunikasi Korporat Felda Global Ventures

4) Unit Media Baru UMNO - KelemahanTun Faisal sebagai Pengerusi UMB mendapatkan peruntukan dari pada parti disebabkan nama Tun Faisal sendiri telah diburukkan di kalangan Blogger Elitis yang menganggapTun Faisal sebagai exco pilihan KJ.Selain itu, blogger menyokong Tun Faisal dianggap blogger ‘nyamuk’ dan ‘tiada kelas’ dan turut dihentam oleh Blogger Elitis ini seperti dialami oleh blogger umno-reform dan pirates of putrajaya. Dijangkakan walaupun bertukar pengerusi, UMB akan terus lemah kerana Blogger Elitis lebih suka berurusan dengan individu dan masing-masing mempunyai blogger baru dibawahnya dan sedia berkhidmat untuk sekeping dua not RM50. Blogger-blogger UMB lebih dihormati lawan di dalam PR kerana cuba mengelak dari pada menggunakan kata-kata kesat dan Tun Faisal sendiri sanggup duduk semeja dengan Hishammudin Rais (TukarTiub) bagi membincangkan peranan dan etika blogger.
Seperti mana tuan-tuannya di dalam UMNO, majority blogger UMNO gemar memainkan isu peribadi seperti seks, perkauman dan agama.Sebelum itu, kita kenali dahulu sedikit sebanyak blogger Elitis UMNO dan kecenderungan mereka:

Blogger Elitis Penyerang Individu:

1. Berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan dengan sekurang-kurangnya 4 individu penaja dengan setiap individu memberikan tidak kurang RM2,000 sebulan.

2. Berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses sulit kepada laporan JASA, SB dan perisikan tentera yang dipermudahkan oleh individu berprofil tinggi yang menaja

3. Berkecenderungan memilih subjek Anwar Ibrahim dan serangan peribadi menggunakan isu perkauman dan Islam.

4. Jarang mengambil assignment melibatkan korporat kecuali melalui rujukan rakan dan wang tersebut telah tersedia

5. Antara blogger ini adalah Papagomo, Parpukari dan Gelombang Wangsa Maju.

Blogger Elitis Penyerang Berkumpulan:

1. Berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan secara individu dengan sekurang-kurangnya 2 individu penaja menyumbang RM3,000 sebulan dan mengambil sekurang-kurangnya 2 assignment korporat/politik berkumpulan sebanyak RM250,000 setiap satu

2. Berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses kepada korporat dan pemain media utama seperti Utusan, New Strait Times, TV3 dan Malay Mail

3. Lebih gemar mengambil tugasan berkaitan korporat dan politik yang menguntungkan individu atau kumpulan tertentu dalam UMNO. Kumpulan ini juga demi keuntungan sanggup menghadap musuh untuk mengadakan kerjasama atau menjual software. Sebagai contoh, blogger big dog pernah bekerjasama dengan blogger Jeff Ooidari DAP untuk menjual software kepada Kerajaan P. Pinang Lim Guan Eng dan blogger Rockybru / Datuk Ahiruddin Atan bekerjasama dengan Malaysiakini
untuk berkongsi contents

4. Antara kumpulan ini dikenal pasti adalah pakatan blogger BlogHouse Malaysia, pakatan The Mole, pakatan MyKMU, pakatan Isu Politik Semasa dan pakatan Gelombang Wangsa Maju. Di antara pakatan ini, yang paling kaya adalah pakatan Blog House Malaysia dan The Mole yang berjaya mendapatkan jutaan ringgit assignment setiap bulan .Ada kalanya Blogger Elitis Individu berasa bengang dengan kumpulan ini yang sanggup menyerang mana-mana individu UMNO atau tokoh korporat kerana upah yang lumayan.Selain itu, teknik mereka adalah untuk menyerang terlebih dahulu individu atau korporat tertentu dan kemudian datang kepada individu meminta wang jika tidak mahu dibongkarkan atau mahu memperbetulkan persepsi orang ramai. Kumpulan ini juga menganggap diri mereka terlalu otai, suka berada dikalangan individu berpengaruh sahaja, tidak turun padang dan tidak gemar bergaul dengan blogger ‘nyamuk’.

Begitulah sedikit sebanyak cerita tentang warna-warni blogger UMNO elitis yang siang malam bertungkus lumus menyembah Ringgit Malaysia.Sedikit peringatan kepada blog-blog PR, suara pakatan rakyat.com adalah ciptaan blogger UMNO Elitis yang diselenggarakan oleh anak-anak buahnya. Taktiknya mudah, menyiarkan berita ala portal news berkaitan Pakatan Rakyat dan akhirnya akan memberikan pandangan yang melaga-lagakan individu dalam PR khasnya PKR dan Anwar Ibrahim. Melihat gambar Anwar Ibrahim yang diberikan tulisan “Manusia Paling Suci” oleh blog ini sudah menggambarkan betapa antinya pemilik blog ini kepada Anwar Ibrahim.Selama ini blog SuaraPakatanRakyat.com Cuma digunakan oleh blogger UMNO Elitis untuk menunjukkan blog PR juga membelasah PKR tetapi penulis terkejut apabila portal Tranung kite menyiarkan berita dipetik daripada SuaraPakatanRakyat.com berkenaan Rafizi Ramli kurang ajar dengan Anwar Ibrahim. Setahu penulis, portal Tranungkite dipunyai oleh Pas Kawasan Dungun dan turut mempunya ribuan link dengan blogger PR lain. Semoga blog-blog PR lebih berhati-hati dengan blog seperti ini dan mengambil iktibar dari pada kejadian ini.

p/s: Tahniah kepada Kickdefella yang telah bernaung dengan pakatan The Mole. Tak adakah YB PR nak kemukakan soalan berapa jumlah peruntukan Jabatan Perdana Menteri atau Felda Global Venture kepada blogger bagi menerangkan isu Felda dan lain-lain?

OLEH: EX-BLOGGER UMNO
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong