INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Sabtu, April 21, 2012

22 April 2012 Konvensyen Halatuju Felda


Konvensyen Halatuju Felda akan diadakan pada 22 April 2012 di Dewan Serbaguna Unisel Shah Alam Selangor. Bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang dengan membariskan ramai tokoh-tokoh penting negara sebagai tetamu khas. Ia dirasmikan oleh Ybhg Tan Sri Abd Kadir Syeikh Fadil, bekas Menteri Kabinet Malaysia. Penutupan resmi oleh YB Dato' Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Ia anjuran Gerakan Selamatkan Felda terdiri dari gabungan Ngo-Ngo seperti ANAK, BAPA, BANGKIT, KERABAT, WARIS, TERAS, SAMM, SMM, ABIM, JIM dan GAMIS.

Tujuan Konvensyen ini diadakan adalah untuk berkongsi pandangan mengenai isu-isu penting seperti penyenaraian Felda Global Venture di Bursa Malaysia, Masadepan Generasi ke 2 dan 3 Felda, Transformasi Felda, penambahbaikan KPF dan Anak-anak Syarikat Felda serta kepincangan Tanam Semula Felda.

Sesuatu yang menarik mengenai Konvensyen ini ialah cadangan beberapa tawaran penting dikemukakan bagi memintas propaganda 'Durian Runtuh' yang diiklankan setiap hari oleh Kerajaan BN. Antaranya pemberian tanah Felda Plantation dan perumahan untuk Generasi Ke 2 Felda, Universiti Felda, pelupusan hutang tanam semula Peneroka dan penambahan saham pencarum KPF.

Antara yang mengambil bahagian ialah Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, Dato' Arif Sabri, Dr Rosli Yaakob, Rafizi Ramli, Peguam Hj Haris Abdullah, Dr Kamari Kasan dan ramai lagi. Ia dijangka dihadiri seribu peserta daripada seluruh negara. Sehingga hari ini telah lebih 400 orang daripada Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor mengesahkan penyertaan dan datang dengan beberapa buah bas. Beberapa orang Peneroka Felda daripada Gugusan Sahabat dan Umas Sabah juga telah menghubungi urusetia Konvensyen untuk turut serta. Berdasarkan maklum balas sehingga jam 6 petang 18 April; penyertaan sangat menggalakkan dan dijangka melebihi jangkaan seribu orang pada hari konvensyen.

Bukan sahaja Warga Felda, penganjur juga menerima penyertaan memberangsangkan daripada tokoh2 politik, ngo, bekas pegawai Tinggi Kerajaan dan bekas Pegawai Kanan Felda. Ini mungkin faktor isu penyenaraian Felda Global Venture ke Bursa Malaysia yang sedang hangat dibicarakan di sana sini mendorong minat ramai yang ingin tahu atau mengambil bahagian semasa sesi perbahasan.

Saya mewakili penganjur menjemput orang ramai yang berminat untuk hadir agar membuat pengesahan segera menerusi talian berikut;-

1. Nasaie Ismail 0199624114
2. Yohanis Ahmad 0133039913
3. Muthanna Shaari 0192676625

' MENERAJUI PERUBAHAN'

MAZLAN BIN ALIMAN
Presiden ANAK
0137130103
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong