Azinang.
Saya adalah salah seorang dari 1,227 orang perwakilan yang membuat keputusan berkaitan penjualan pegangan KPF sebanyak 51% didalam Felda Holding dan sepuluh anak syarikat milik felda holding kepada FGVH yang diadakhttp://www.blogger.com/img/blank.gifan di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur.
Setelah Ahli Lembaga Pengarah yang di ketuai oleh Pengerusi KPF iaitu Y.Bhg Dato` Dzulkifli Abd.Wahab memberikan taklimat kepada para perwakilan berkaitan penjualan dan kesannya kepada organisasi kpf di masa hadapan, serta para perwakilan di berikan kesempatan membahaskan usul penjualan tersebut, maka para perwakilan pun di benarkan membuat keputusan dengan membuat pengundian secara sulit melalui kertas undi.
Semasa taklimat tersebut, ALP Koperasi telah meperingatkan para perwakilan bahawa walau pun ALP bersetuju berkaitan penjualan tersebut namun ada beberapa perkara lagi yang di tuntut oleh ALP Koperasi demi kepentingan para peneroka masih tidak mendapat jawapan dari pihak FGVH.
Oleh itu secara tersirat ALP KPF seolah-olah meminta para perwakilan supaya jangan mengundi menyokong penjualan tersebut sebaliknya membuat keputusan bijak demi masa depan peneroka sendiri.
Namun saya perhatikan kebanyakan perwakilan sudah tidak mengambil kira lagi apa juga kesan dari penjualan tersebut, bagi mereka keputusan sudah di buat dan nekad supaya kpf melupuskan kepentingan di dalam felda holding, oleh kerana itulah apabila pengundian dilakukan di dapati hanya 120 undi sahaja yang menentang manakala 1102 undi lagi menyokong.
Tahniah Isa Samad, kau telah berjaya membuat peneroka menjadi seperti kerbau di cucuk hidung, kini kau boleh tarik peneroka kemana sahaja engkau mahu., jangan risau mereka tidak melawan punya.........
Dengan keadaan ini yang berlaku, saya menafsirkan bahawa para perwakilan telah memberikan cek kosong yang telah siap ditanda tangani oleh para perwakilan supaya Isa Samad menuliskan jumlahnya mengikut rasa hati beliau sendiri, sekurang-kurangnya itulah yang boleh saya difahami.
Apa tidaknya, dari keadaan rundingan berkaitan penjualan tersebut masih belum jelas, para perwakilan sudah bersetuju dengan majoriti besar mengundi menyokong.
Kenapa ini terjadi ?
Antara sebabnya dari pandangan saya ialah kerana para perwakilan rasa terlalu teruja untuk mendapatkan durian runtuh seperti mana yang diwar-warkan oleh Isa Samad, persoalannya sebanyak
manalah bayarannya..........bagaimana jika jumlahnya tidak sebesar mana ?
Faktor kedua saya rasa ialah, kerana rasa percaya kononnya " tak kanlah Datuk Sri Najib mahu menginiayai para peneroka di mana ayahnya Tun Razak merupakan pengasas felda "
Saya percaya kedua-dua faktor inilah yang membuatkan para perwakilan telah hilang akal sehingga memberikan undi yang begitu besar menyokong penjualan harta kpf yang begitu berharga dengan tidak pula kpf memperolehi apa-apa kuasa di dalam FGVH, sesuatu yang pelik tetapi benar.
Persoalan meletakkan kepercayaan kepada Datuk Sri Najib bagi saya tidaklah boleh dijadikan sandaran, ini kerana tidak mentahil Datuk Najib juga sudah mendapat nasihat yang salah dari pihak yang berkepentingan, yang menggunakan Datu Najib sebagai batu loncatan untuk menjadi bilioner (atas daripada jutawan) ini tidak mustahil.
Oleh itu sepatutnya para perwakilan perlu lebih bertanggung jawab membuat keputusan kerana mereka mewakili sebahagian besar para peneroka, namun semuanya sudah berlaku Inilah yang dikatakan menang sorak kampung tergadai, cempedak sudah menjadi nangka
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Jumaat, April 20, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
4 ulasan:
adakah selepas ini ahli KPF masih
dapat menikmati dividen tahunan?
Dari sumber yang bolih di percayai, ada pemimpin peneroka dari Gugusan Tenggaroh, Mersing sudah tak berani buka mulut bantah mengenai FGVH selepas kena bantai dengan ISA (Ikut Suka Aku).
Nasib peneroka dan anak peneroka akan jadi lebih teruk daripada buruh estet. Buruh estet ada juga potongan wang EPF dan lain-lain kemudahan.
SELEPAS INI TERJADI.....PENEROKA JANGAN MENYESAL......AKU YAKIN DALAM TEMPOH SINGKAT KESANNYA AKAN TERSELAH DAN PENEROKA AKAN GIGIT JARI.....
Perangai buruk dan bangang bangsaku tak hilang2 sampai kiamat. Lepas ni bila tanah dah takde jangan nak menyusahkan rakyat, minta bantuan itu ini nak hidup.Awak yang buat, awak tanggunglah sendiri.Kau orang ingat Rm100K boleh beli sebuah rumah ke? Bila duit tu dah habis nanti pergilah tidur bawah jembatan ke kakilima kedai ke.
Catat Ulasan