Berlakunya kejadian itu. Kejadian di mana perkhemahan rakyat di dataran merdeka diserang oleh mereka2 yg bacul dan tak bermaruah.
Malam itu aku tidur pada jam 1.30 am berlapikkan tikar, memandangkan khemah menjadi priority bagi mahasiswi dan kaum wanita. Aku tak perasan berapa lama sudah aku terlelap.
Tidurku terganggu dengan 1 bunyi seakan letupan. Bila aku sedar, aku Nampak sekumpulan pemuda yg majoritinya berbaju hitam mula merobohkan khemah kami sambil menjerit2 memaki hamun kami. Dalam keadaan mamai, pada mulanya aku sangka aku sedang bermimpi, namun beberapa detik itu baru aku sedar ini adalah reality!...Aku tanpa memikirkan perkara lain terus terfikir akan seseorang. Akhi Safwan Anang, bagaimana keadaannya?
Aku sudah berjanji dengan diri aku tak akan berlaku lagi seperti tragedy upsi terhadap dia. Aku mencari dan akhirnya aku jumpa. Aku lihat dia agak terpaku. Lantas, dia berlari ke arah jalan bagi mendapatkan pertolongan polis. Aku, dia dan beberapa yg lain turut berteriak terhadap polis yg pada waktu itu berada di seberang jalan, kira2 5-6 orang. Aku sempat berteriak, “polis, tak Nampak ke apa dah jadi?”. Apa yg dilakukan oleh mereka yg bergelar polis itu? Tak lain setakat jalan berlenggang kea rah kami yg berada dalam keadaan panik.
Aku dapat melihat berapa ramai mereka yg dipukul, ditumbuk dan ditampar. Samseng2 ini pada malam itu cukup berang dengan mereka2 yg memegang kamera dan yg menangkap gambar. Berapa banya kamera, handy cam dan telefon bimbit dirampas dan dirosakkan oleh mereka.
Pada malam itu aku lihat mereka cukup gila. Di hadapan aku, 1 peristiwa yg cukup jijik berlaku. Bagaiman 4-5 orang samseng yg mengasari seorang wanita hanya kerana dia mempunyai kamera di dalam begnya. Keadaan itu berlaku di hadapan aku, namun aku terkaku, tak dapat berbuat apa2. Perasaan takut mengatasi keinginan untuk menolong. Aku teringat ada sekali aku pernah berjanji dgn seorang sahabat sebelum demo ptptn, bahawa aku akan pastikan pimpinan2 dilindungi tak kira dari polis atau samseng. Biarlah aku jadi ‘punching bag’. Namun bila keadaan semalam berlaku, aku lupa akan janji aku. Barangkali tarbiyah dalam diriku tak cukup mantap dan cinta dunia mengatasi segalanya.
Kejadian kira2 10 minit itu cukup membuat orang panik. Semua khemah yg didirikan habis rosak. Selepas kejadian itu kami semua duduk di dalam bulatan dan muzakarah semula apa yg telah berlaku, oleh kerana banyak kamera telah rosak dan dirampas samseng kebun, maka memori yg tersimpan di dalam otak masing2lah satu2nya bukti yg ada. Ramai yg berkongsi apa yg terjadi, apa yg terlihat sepanjang kejadian.
Namun ada sesuatu yg membuatkan aku hilang rasa panik dan terharu. Bila sdr Fahmi Reza bertanyakan kepada crowd, adakah kita akan teruskan perkhemahan ini atau kita akan tamatkan di sini sahaja? Tak ada walau seorang yg nak tarik diri! Aku Nampak riak muka yg tabah dari semua orang, langsung tak menampakkan tanda2 penyesalan.
Khemah tak dapat didirikan malam itu, kerana semua telah dirosakkan. Malam itu aku tidur di atas lantai sambil memandang langit. Pengalaman yg bukan mudah nak kita kecapi. Mata aku sudah berair menandakan bahawa aku sudah mengantuk, namun aku tak boleh tidur kerana banya perkara yg bermain di fikiranku. Aku terfikir, adakah akan ada serbuan kedua pada malam itu? Adakah bilangan crowd akan bertambah atau berkurang keesokannya selepas peristiwa ini?...
Aku terlelap kira2 7-8 minit. Aku terjaga kerana terasa titisan hujan membasahi pipi. Kami semua memindahkan barang2 kami ke pentas di dataran merdeka, pentas yg akan digunakan bagi konsert pertabalan agung sabtu ini. Bila terduduk di situ seakan timbul 1 perasaan dalam diri aku. Menyesal? Ya, ada sikit. Namun bila aku lihat Syahid Zaini, Safwan Anang, Adam Adli, Fahmi Reza dan lain2 yg lebih penat berbanding aku, maka aku hilangkan keluhan aku. Apa sangat yg aku buat jika nak dibandingkan dengan mereka yg lebih bersengkang mata.
Malam itu cukup mengajar aku banyak perkara. Tembok mentality perkauman sempit sudah tak wujud lagi dalam masyarakat majmuk hari ini. Malam itu aku dapat lihat tak kira bangsa dan agama, mereka saling tolong-menolong.
Mahasiswa dah diperlakukan dengan bermacam2 kekejaman. Sampai bila lagi kita nak jadi ‘mereka2 yg berada dalam golongan senyap?’. Ayuh semua, malam ini kita penuhkan dataran dengan khemah, biar mereka datang hatta dengan senapang sekalipun, kita jangan berganjak. Semalam telah membuktikan polis tak boleh kita jadikan tempat untuk mengadu masalah. Kita sendirilah yg akan mengahadapinya.
Demi Malaysia, KITA BANGKIT.
Mat Lipan
--------------------------------------------------------------
Kronologi & Bongkar!! Samseng DATARAN diNAUNGI Ezam Mat Noor serta diNOBAT oleh Najib
INFO SAHIH.....kumpulan samseng yang mengganas merosakkan harta benda dan mencederakan seorang mahasiswi demo aman berkemah dan bantah mansuhkan PTPTN di Dataran Merdeka awal pagi tadi ialah kumpulan menggelarkan diri mereka Waris Malaya, penaungnya Ezam Mat Noor...
kumpulan yang sama mengganas di ceramah ABU/HINDRAF Jalan Kebun tempoh hari....kumpulan yang baru saja dinobatkan oleh Datuk Seri Najib Razak sebagai anak-anak muda yang bakal menjadi benteng UMNO merampas kembali Selangor dari tangan Pakatan Rakyat...tak mampu berhujah pakai ilmu dan otak para pemimpin UMNO hantar gangster guna otot...BERTAMBAH BENCI LAGI ANAK-ANAK MUDA DIKALANGAN MAHASISWA KEPADA KEZALIMAN UMNO... -
Kurang Ajar : Samseng UMNO Tendang Muka Saya - Nur Ruqayyah
Kejadian ini adalah atas arahan pemimpin-pemimpin UMNO, Ketua-ketua UMNO, Menteri-menteri UMNO lahanat dan UMNOBN harus bertanggungjawab dan dipersalahkan sekiranya perkara lebih buruk berlaku dimasa akan datang.
Sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi.
Berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan dengan menumpu sasaran terhadap mereka yang membawa kamera dan perakam video.
Mahasiswa dan orang ramai berkumpul menceritakan detik-detik cemas, namun semangat mereka tidak luntur.
Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki terpaksa dihantar menaiki ambulans ke hospital manakala beberapa orang termasuk mahasiswa, ditendang, ditampar dan ditumbuk.
“Saya sedang tidur dalam khemah sebelum terjaga apabila muka saya ditendang dari luar,” kata penuntut sarjana Universiti Putra Malaysia (UPM), Nur Ruqayyah Abdul Rahman yang berpurdah itu kepada Keadilan Daily, awal pagi ini.
Beliau yang turut kehilangan telefon bimbit akibat insiden itu berkata demikian ketika berkongsi detik cemas itu bersama mahasiswa dan orang ramai.
Kebanyakan mereka kesal kerana kumpulan samseng itu dibiar bermaharaja lela walaupun balai polis bergerak terletak hanya 10 meter dari lokasi perkhemahan.
Seorang saksi lain kesal kerana polis enggan memberi bantuan walaupun beliau merayu bantuan tetapi anggota pihak berkuasa itu memberi alasan ‘bimbang keselamatan mereka terancam’.
Fais Al-Hajari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan