INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI


BERMULA 2024 FELDA TIDAK MEMBERI IZIN DAN SURAT SOKONGAN MASUK API LETRIK TNB PADA GENERASI FELDA YANG MEMBINA RUMAH DALAM LOT RUMAH FELDA. - Mar 16
 Jom kita ulas dan beri pandangan ....." KEBENARAN LANJUTAN PENYAMBUNGAN PEMASANGAN METER ELEKTRIK DIRUMAH KEDUA DALAM LOT RUMAH PENEROKA FELDA (DUA RUMAH DALAM SATU LOT RUMAH PENEROKA FELDA.4...(more)

PRK CHINI APA YANG PENEROKA DAPAT - Jun 25


LADANG PENEROKA DAHAGAKAN TEKNOLOGI - Nov 29
Sewaktu di penghujung pemerintahan BN dulu ramai peneroka Chini mohon menyerahkan semula ladang untuk diurus oleh felda tapi sesudah lebih 2 tahun felda masih membisu. Dalam keadaan felda masa...(more)

TANAH FELDA TIDAK BOLEH PINDAH MILIK - Aug 05
SALAH FAHAM MASYARAKAT FELDA TENTANG HARTA PENEROKA Q1: Ayah saya seorang peneroka, beliau telah meninggal dunia dan meninggalkan ibu saya, serta kami adik beradik. Setiap bulan hasil sawit kami...(more)

DALAM ISU ICERD TUNTUTAN COMANGO - Nov 22
Tuntutan COMANGO yang menyentuh Sensitiviti Umat Islam. 1. Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta...(more)

TANAH FELDA JLN SEMARAK MILIK ORANG ? - Dec 26
Kenali cara pengkhianatan mereka pada negara, bangsa & ekonomi negara. Tanah Jalan Semarak milik Felda, kemudian felda deal dgn pemaju menerusi urusniaga bernilai RM270 juta pd tahun 2015. Cuba...(more)

Shahrir akui felda hilang status tiga aset tanah - Dec 21
KUALA LUMPUR: "Saya tidak faham bagaimana tanah milik FELDA boleh dipindah milik kepada syarikat lain. Saya hanya diberitahu tanah kita sudah ditukar milik apabila masuk ke sini (FELDA)," kata Tan...(more)

MISTERI HUTANG PENEROKA FELDA - Dec 08
Masalah hutang peneroka Felda kini memakin rumit dan pelik. Penyelesaian isu ini dipayahkan dengan tiadanya mekanisma pengurusan penyata hutang yang mudah difahami peneroka dan anak-anak mereka....(more)

HUTANG PENEROKA PADA FELDA - Nov 25
Felda yakin peneroka selesai hutang dalam 20 tahun The Malaysian Insight SHAHRIR Samad yakin peneroka Felda akan berjaya menyelesaikan hutang tanam semula dengan agensi kerajaan itu selepas 20...(more)

PENEROKA FELDA, .MERDEKAKAH KITA? - Aug 31
Lurah Bilut pembuka tanah keramat Dari Perlis hingga ke Sabah Felda terpahat Pikul lembek, bantal dan anak nyor sepohon dua Simbolik penghijrahan ayah dan ibu kita seawal 60an Felda mengiringi...(more)

Widget by Beautiful Beta

CARIAN BLOG INI

Ahad, April 22, 2012

RESOLUSI KONVENSYEN HALATUJU FELDA 22 APRIL 2012

(1)
1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Konvesyen hala tuju Felda yang berlangsung di Universiti Industri Selangor semalam membuat 10 resolusi khas bagi menentukan kedudukan Felda pada masa hadapan.

Presiden Anak, Mazlan Aliman menjelaskan resolusi yang diperolehi ini adalah hasil kesepakatan semua yang hadir sama ada melalui perbentangan kertas kerja oleh panel, ulasan mahupun soal jawab peneroka yang hadir.

"Hari ini lahirlah satu resolusi khas untuk kita membawa menentukan hala tuju Felda pada masa hadapan apatah lagi setelah Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah negara ini.

"Melalui resolusi ini juga kita dapat menaikan martabat Felda pada tahap yang sepatutnya bukannya menjadikan Felda sebagai satu gadaian untuk memperolehi wang secara segera," jelasnya sewaktu membaca resolusi hala tuju Felda.

10 resolusi yang dicapai semalam adalah:

1. Menentang penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) di atas tiga perkara utama;

a. Penglibatan syarikat yahudi yang merangkumi 20%;

b. Melibatkan tanah Felda Plantation yang sepatutunya diagihkan kepada generasi kedua; dan

c. Melibatkan Koperasi Permodalan Felda (KPF).

2. Tanah Felda Plantation mesti diagihkan kepada generasi kedua Felda dan rakyat yang layak;

3. Koperasi Felda di peringkat rancangan diberi peranan utama mengendalikan kebun-kebun peneroka dan bukannya Felda Technoplant;

4. Membuka peluang pekerjaan kepada generasi kedua dalam perladangan, perniagaan dan seluruh pengurusan Felda;

5. Jawatan pengerusi Felda hendaklah diberikan kepada anak peneroka;

6. Memperuntukkan kuota ahli lembaga pengarah Felda dan 47 anak-anak syarikat Felda kepada generasi kedua Felda sebanyak 50%;

7. Mewujudkan Universiti Felda untuk melahirkan lebih ramai cendekiawan dan pakar-pakar dalam bidang perladangan, bioteknologi dan sebagainya dari anak-anak peneroka;

8. Mewujudkan perumahan generasi kedua Felda melalui projek Bandar baru Felda;

9. Memberi pembiayaan mudah melalui institusi-institusi kewangan kepada peneroka, generasi kedua dan kakitangan Felda untuk menambah caruman saham dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF); dan

10. Menghapuskan hutang-hutang peneroka yang tidak munasabah.

Dalam pada itu, resolusi tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak selewat-lewatnya Mei depan untuk diambil tindakan.

----------------------------------------------------------'
(2)

PANELIS YANG MEMBENTANGKAN KERTAS KERJA MASING-MASING MENYENTUH UNTUNG RUGI PENYENARAIAN FGVHB.DR ROSLI YAAKOP(BEKAS TIMBALAN PENGARAH BANK NEGARA) MENDEDAHKAN BAGAIMANA 2 BUAH SYARIKAT BERKAITAN ZIONIS ISRAEL AKAN TERLIBAT DALAM ME...MBELI SAHAM-SAHAM FELDA YANG BAKAL DISENARAIKAN DI BURSA MALAYSIA MELALUI PENYENARAIAN FELDA GLOBAL VENTURE.BELIAU TURUT MEMBERI AMARAN KEPADA PENEROKA BAGAIMANA SYARIKAT YANG SAMA AKHIRNYA BERJAYA MENGUASAI SEKTOR PERTANIAN DI ARGENTINA BERMULA DENGAN MILIKAN SAHAM HANYA 20%.ISRAEL KETIKA INI TELAH PUN MENYIMPAN STOK PENIMBAL MINYAK SAWIT YANG CUKUP BANYAK DAN MAMPU MENENTUKAN TURUN NAIK HARGA KOMODITI SAWIT DUNIA.SEKIRANYA ISRAEL MELAMBAKKAN STOK SIMPANAN SAWIT MEREKA KEPASARAN DUNIA NESCAYA HARGA SAWIT AKAN TURUN DENGAN MENDADAK.KETIKA ITU SAHAM-SAHAM FELDA TELAH PUN DISENARAIKAN DAN DIJANGKA AKAN TURUT JATUH.PENEROKA YANG KETIKA INI TERUJA DENGAN JANJI "DURIAN RUNTUH",AKAN "TERSANDAR" KEKESALAN KETIKA ITU.TETAPI PENYESALAN MEREKA TIDAK BERGUNA LAGI KERANA SAHAM-SAHAM MILIK MEREKA AKAN BERPINDAH TANGAN DAN TANAH-TANAH MILIK MEREKA JUGA TERLEPAS KE PIHAK LAIN.


RESOLUSI KONVENSYEN HALATUJU FELDA 22 APRIL 2012
1) SEBULAT SUARA MEMBANTAH PENYENARAIAN FGVHB KE BURSA SAHAM
2) MEMBATALKAN FELDA PLANTATION DAN MENGAGIHKAN TANAH-TANAH TERSEBUT KEPADA GENERASI KE DUA FELDA
3) MEWUJUDKAN UNIVERSITI FELDA BAGI MELAHIRKAN GOLONGAN TERPELAJAR DARI KALANGAN ANAK-ANAK PENEROKA DALAM BIDANG PERTANIAN

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong