INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Isnin, April 23, 2012

KETELUSAN MESY.AGONG (EGM)

SHAH ALAM, 23 APR: Mensyuarat Agung Luar Biasa(EGM) Koperasi Pelaburan Felda (KPF) akan terbatal sekiranya bukti diperolehi bahawa mesyuarat tersebut dijalankan dengan cara tidak sah, tegas Mazlan Aliman hari ini ketika dihubungi. Mazlan yang juga Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) bersedia untuk memohon pembatalan  setelah menerima beberapa aduan yang mendakwa terdapat penyelewengan pihak Felda dalam mesyuarat tersebut bagi membolehkan penyenaraian Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) dilaksanakan.
“Sebenarnya kita masih meneliti perjalanan EGM tersebut sebab kita menerima aduan pertama sekali tentang perwakilan yang dipilih dalam EGM itu, statusnya adakah mereka benar-benar dapat mandat daripada koperasi felda di peringkat rancangan.
“Saya difahamkan seramai tiga orang dipilih dari setiap Felda. Isunya sekarang tiga orang itu dipilih dari kaedah bagaimana.
“Adakah mereka dipilih berdasarkan persetujuan atau mandat yang diperolehi dalam mesyuarat di peringkat koperasi mereka.
“Ataupun dia dipilih atau dilantik oleh pihak pengurusan. Kita kena semak semua itu dahulu sebab mereka dipilih untuk mewakili kepentingan koperasi mereka.
“Ini merupakan antara proses terpenting yang akan kita lakukan. Peguam ANAK sedang menelitinya, kalau laporan dengan bukti-bukti yang nyata menunjukan terdapat unsur di atas kita akan memohon pembatalan di mahkamah,” kata Mazlan.
Selain tidak menolak berlaku tekanan dan paksaan terhadap perwakilan dalam mesyuarat EGM terbabit, Mazlan turut mendakwa terdapat unsur sogokan agar usul penyenaraian FGVH tersebut diluluskan.
“Tekanan, ya itu sudah tentu, sebab itulah mereka dikawal yang saya difahamkan daripada rumah mereka lagi.
“Ada setengahnya dibawa oleh pengurus, ‘dientertain’ dan kita juga tidak menolak imbuhan-imbuhan yang diberi mungkin mereka gunakan alasan sebagai duit perjalanan dan sebagainya.
“Jadi kita tidak menolak kemungkinan paksaan, tekanan supaya menyokong penyenaraian dan sekiranya unsur-unsur seperti yang disebutkan tadi memang ada kita minta mereka buat laporan polis dan kita akan mohon supaya EGM itu dibatalkan,” kata Mazlan.
Mazlan turut mendapat maklumat bahawa perwakilan hanya memberikan persetujuan ke atas usul penyenaraian FGVH tersebut setelah usul asal tersebut dibuahsuai.
“Keduanya, usul yang dibawa oleh lembaga pengarah KPF. Adakah maksud sebenar usul itu dan juga persetujuan bagaimana yang dibuat oleh perwakilan sebab saya dapat maklumat bahawa usul itu ada pengubahsuaian dan mandat yang diberikan perwakilan bergantung kepada pengubahsuaian yang dibuat.
“Ada terma-terma usul awal itu sudah berbeza dengan sebelum darinya.
“Contohnya jumlah ekuiti KPF dalam FGVH, kemudian wakil-wakil yang diletakan di bawah FGVH atau istilahnya anggota lembaga yang ditempatkan di bawah ‘invesment holding company’.
“Maknanya itu terma-terma yang dikaji semula oleh pihak KPF yang saya difahamkan ia tidak dipersetujui oleh kerajaan dan semua pengubahsuaian ini sedang kita teliti,” ujar Mazlan lagi.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong