Sekarang felda sudah dikuasai oleh Isa samad ..Dalam
fikiran kita boleh agak 10 tahun akan
datang apa akan berlaku pada
Felda,Peneroka dan Generasinya..
Kalau 15-10 tahun
dulu peneroka dan generasi felda kurang pendedahan berkaitan felda
Peneroka tidak tahu berkaitan perahan minyak, hutang dan sebagainya . Masa itu juga perahan minyak sekitar 17-19 sahaja ..peneroka tidak ambil kisah bab perahan ni…bagi peneroka ada atau tidak ia sama sahaja…
Peneroka tidak tahu berkaitan perahan minyak, hutang dan sebagainya . Masa itu juga perahan minyak sekitar 17-19 sahaja ..peneroka tidak ambil kisah bab perahan ni…bagi peneroka ada atau tidak ia sama sahaja…
Tetapi sesudah anak-anak
celik IT dan sebahagianya bekerja di Ibu Pejabat Felda..
Peneroka diberi pendedahan bahawa setiap satu perahan ia
bernilai sekitar RM30 / 40 .
Selepas itu peneroka bangkit memprotes masalah perahan
minyak ini sehingga dibawa ke mahkamah dalam ertikata “peneroka saman felda”
bermula dari felda kemahang Kelantan.
Ia berlarutan dari rancangan kerancangan .
Dari sinilah peneroka mendapat menefaatnya ….dan ia
dinikmati semua peneroka tak kira fahaman.
Masa ini juga JCC bergerak cergas ..kakitangan JCC bekerja
dari BTS di ladang sehingga ke kilang ia
sentiasa di pantau.
Dikalangan Peneroka ada Pro dan Kontranya… dan pada saya JCC
harus ada di setiap rancangan. Dalam ertikata “mahu perahan tinggi BTS harus
segar “…
Di sini saya tertanya-tanya mengapa kilang beri perahan 20
lebih sedangkan selama ini sekitar 18 sahaja..Ini bererti
ada sesuatu yang tidak kena.
Saya berpendapat peneroka wajar mendapat semula lebihan wang
perahan tersebut tidak kira cara bagaimana pun kerana itu sebenarnya wang
peneroka..
Malangnya sesudah Felda mendapat Pengerusi baru dan
rombakkan yang diluar pemikiran penguni
felda ..
Felda sudah mula bertindak ganas pada peneroka ia bermula apabila felda menghalang peneroka
dari mengantar BTS ke makmal felda…apabila dihalang peneroka terpaksa menghantar
ke makmal swasta tapi malangnya felda menghantar polisco untuk mengalang
peneroka tersebut …
Minggu lepas sehingga hari ini perahan minyak di kilang yang
disaman peneroka menjadi jatuh merundum menjadikan 16 -19 sahaja …
Inilah tindakkan yang terbaru yang dibuat oleh kilang felda
terhadap peneroka felda .
Daripada risikkan pekerja kilang katanya ia berpunca dari
saman peneroka terhadap felda.
Mari kita fikir…
Kaedah yang bagaimana
pehak kilang mengreding BTS yang biasanya perahan 20 tetapi sekarang
sekitar 18 sahaja..?
Bukankah selama ini Pehak greding sudah diberi garis panduan?
Siapa dia “TOPI PUTIH ?” yang datang kekilang untuk grading
BTS peneroka.. MPOB atau
orang felda global..?
mengapa baru sekarang ia datang… selama ini mengapa ia tidak
pernah datang…
Siapa beri arahan ia datang….
Dengan tindak balas dari felda ini ..
Jangka pendeknya
peneroka akan marah pada orang yang menyaman felda dengan perahan yang
merundum ini…
Sebenarnya inilah proses dari felda kepada felda global …proses yang sama berlaku pada syarikat
perladangan lain di Malaysia apabila ia di BSKL kan … ia untuk mencari keuntungan ..
Bezanya felda global
menekan peneroka dan sebaliknya
syarikat perladangan lain menekankan kualiti kerja dan BTS ..
Mungkin juga lebihan perahan ini untuk membayar “DURIAN
RUNTUH”.
Ia tidak mustahil sama sekali…
6 ulasan:
memang kaw kaw depa sapu duit orang ramai. la ni dah ada anak peneroka adik beradik bergaduh pasal duit yg tak tahu bila nak diterima.
Kini pentadbiran Felda dari peringkat atas hingga ke bawah di lihat sudah jadi kelam kabut dan berserabut.
Masing-masing hendak tunjuk pandai dan pandai cari makan.Kesudahan nya jadilingkup lantas akan merugikan semua pihak.
Kesian warga felda yang rata-ratanya warga emas. Dapat duit hasil pinjaman yang mereka buat tanpa mereka sedari...Saya cuba memberi penjelasan semudah mungkin kepada warga peneroka..jemput ke blog saya untuk penerangan..
Gua dah penat dgn warga felda nih. Keras kepala. Lantak la. sok bila dah tergadai tanah baru tau. Elok la kita seme simpan2 duit beli tanah peneroka yg kena lelong nnt.
cuba risik2 pada dreber lori bts peneroka berkaitan greding buah...aper komen mereka...
apabila felda diglobalkan peneroka akan merempat ditanah sendiri.
Ya betul...hampir semua jenis keras kepala, rasa diri bagus lak tu. Tak guna ckp banyak kalau taknak dongar nasihat...tanah ko dilelong, aku belilah nnti. InsyaAllah
Catat Ulasan