INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Khamis, Mei 03, 2012

BENNER PROVOKASI DALAM FELDA

Antara benner diturunkan di Felda Chini....





--------------------------------------------------------

Beribu ribu risalah dan banner yang cuba mengaitkan NgO ANAK dipasang di kawasan Felda menjelang pengumuman durian runtuh oleh PM Najib dengan tujuan supaya peneroka benci kepada ANAK.Saya selaku Timbalan Presiden ANAK dengan ini menafikan risalah dan banner itu dikeluarkan pihak ANAK.Banner tersebut hendaklah diturunkan dan ahli ahli bolehlah membuat report polis di kawasan masing-masing.
Oleh: Tukul Besi


------------------------------------------------------------


KUANTAN, 1 Mei: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Cawangan Paya Besar membuat laporan polis, semalam berikutan terdapat pihak yang tidak bertanggung jawab menggantung sepanduk berunsur fitnah menggunakan nama persatuan tersebut.


Mohd Fauzi Abdul Hamid berkata, sepanduk berbaur fitnah yang hanya disedarinya sebelum itu, telah digantung di beberapa tempat seperti di Felda Bukit Sagu, Bukit Goh dan Bukit Kuantan dipercayai untuk memburuk-burukkan Anak.

Antara lain sepanduk tersebut bertulis: “Kami Tidak Teringinkan Durian Runtuh! Para Peneroka Felda Jangan Terima Durian Runtuh Kerana Kita Ada Maruah Dan Harga Diri Najib Penipu Peneroka! Hidup Pakatan Rakyat”. (Kanan)

Menurut Fauzi, pihak Anak tidak pernah membuat dan menggantung sepanduk seperti itu kerana perjuangan Anak bukanlah untuk menghalang peneroka memperolehi wang mereka.

“Selama ini kami tidak pernah menghalang peneroka menerima wang daripada Felda atas apa juga namanya kerana yakin semua wang tersebut adalah milik peneroka yang berpuluh tahun membanting tulang memajukan ladang Felda.


“Apa yang kami perjuangkan ialah mengembalikan hak-hak peneroka secara adil. Anak secara jelas juga menentang penyenaraian syarikat Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) kerana percaya hanya akan menyebabkan pihak lain yang akhirnya akan menguasai aset-aset Felda.

“Yang terbaru Anak menentang cara paksaan terhadap peneroka supaya menandatangani borang hutang bank untuk beli saham yang tidak difahami peneroka kerana dalam bahasa Inggeris,” tegasnya.

Tambah Fauzi, dengan itu pihak Anak tidak pernah sama sekali menentang peneroka menerima durian runtuh seperti dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa kali.

Sementara itu Naib Presiden Anak Aris Faizul Ismail ketika dihubungi berkata, sepanduk yang serupa turut digantung di beberapa tempat strategik di sekitar Jengka.

Berdasarkan sepanduk yang serupa beliau mengsyaki telah dibuat atau ditaja oleh pihak yang sama kerana memerlukan peruntukan kewangan.

Ada pihak, mungkin dalam Felda sendiri merasa tergugat dengan penerangan dan informasi yang diberikan Anak selama ini sehingga menyedarkan ramai peneroka seluruh negara.

“Bagi membendung pengaruh Anak yang semakin diterima di tanah-tanah rancangan, pihak yang menyebarkan fitnah itu main taktik kotor iaitu menggunakan nama Anak supaya dibenci peneroka kerana halang terima durian runtuh,” jelasnya.

Justeru beliau mahu pihak polis menyiasat siapakah dalang di sebalik kerja-kerja jahat itu supaya fitnah yang boleh menimbulkan permusuhan seperti itu tidak berleluasa lagi pada masa akan datang.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong