INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Selasa, Mei 08, 2012

DURIAN GUGUR / DURIAN RUNTUH


DURIAN RUNTUH

1- Pada fasa pertama, sebanyak RM5,000 akan diagihkan untuk setiap ketua keluarga yang ada dalam Felda.“Sebanyak 112,635 Peneroka di seluruh negara bakal menerima durian runtuh tersebut sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM563.2 juta..

2- Untuk Penerokawati pula akan diagihkan pada fasa kedua nanti. Tujuan diberikan kepada Penerokawati adalah untuk berlaku adil selain untuk mengiktiraf peranan wanita dalam membangunkan Felda.

3- Generasi kedua (anak-anak Peneroka), akan diagihkan bahagian mereka sebanyak RM5,000 pada fasa ketiga.


DURIAN GUGUR

1- Durian gugur pertama ialah sebanyak 20 peratus dari saham akan diletakkan dalam Tabung Amanah di mana sekiranya FGVH memperoleh keuntungan, dividen akan diberikan kepada setiap keluarga Peneroka. “Sebagai contoh, anggarkan FGVH memperoleh keuntungan sebanyak RM1.5 bilion, maka pada tahun hadapan, tidak mustahil setiap Peneroka akan memperoleh tambahan RM1,331 pendapatan mereka”, menurut PM.

2- Durian gugur yang kedua pula ialah melalui borang merah jambu (Pink Form), yang akan diagihkan untuk Peneroka menerima dividen dari saham yang dilaburkan. “Saham itu sekiranya dijual boleh memperoleh keuntungan namun dinasihatkan agar Peneroka tidak menjual saham tersebut untuk keuntungan jangka masa panjang”, nasihat PM.

NOTA: PM Najib juga  berkata, untuk fasa pertama ini, durian runtuh tersebut akan diagihkan dalam tempoh dua atau tiga minggu melalui Ketua Peneroka atau wakil rakyat dikawasan masing-masing manakala fasa kedua dan ketiga akan menyusul kemudian. Sebagai generasi kedua Felda, saya mengucapkan terima kasih atas habuan dan pelbagai faedah yang telah di berikan kerajaan kepada golongan Peneroka Felda selama ini.

Oleh
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong