Jamaludin (kanan) ketika ditemui pemberita sewaktu majlis penyerahan cek di Dewan Orang Ramai Felda Chini Timur 2.
PEKAN - Majlis penyampaian cek pemberian durian runtuh di sini kelmarin turut menyaksikan kehadiran sekumpulan peneroka yang memfailkan saman kepada Felda berhubung isu Kadar Perahan Gred (KPG) di Mahkamah Sesyen Kuantan, 26 April lalu.
Naib Ketua PKR Cabang Pekan, Jamaludin Shariff iaitu penggerak utama kumpulan 770 peneroka Gugusan Felda Chini yang mengambil tindakan berkenaan berkata, ‘durian runtuh’ bukan sumbangan tetapi hak yang seharusnya sama dirasa oleh setiap peneroka.
“
Bagaimanapun dalam nada yang sedikit lembut, Jamaludin kemudiannya berkata, sebagai warga Felda, dia tetap bersyukur kerana ini merupakan pemberian terbesar dalam sejarah hidup peneroka. Langkah ini boleh dianggap contoh kerana menghargai jasa peneroka selama ini.
Namun kata Jamaludin, apa yang menimbulkan rasa tidak puas hati ialah istilah ‘durian runtuh’ yang diguna pakai sedangkan ramai peneroka masih mempunyai hutang, malah ada yang hingga puluhan ribu ringgit.
“Kalau banyak hutang, apa yang durian runtuhnya? Ia cuma membantu peneroka sedikit tetapi hutang masih ditanggung oleh ribuan peneroka di sini untuk menjaga dan memberi kesenangan kepada keluarga masing-masing.
“Namun begitu, saya bersyukur dan berterima kasih atas pemberian ini walaupun masih ada isu yang perlu dihuraikan dan tuntut jalan penyelesaian,” katanya.
Pemberian durian runtuh fasa pertama untuk ketua keluarga peneroka di Felda Gugusan Chini itu melibatkan jumlah keseluruhan RM16.75 juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan