INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Ahad, Mei 20, 2012

JKK BERTINDAK UNTUK FELDA

Bila dah kita lantik JKK Bertindak dan peguam utk menuntut keadilan akibat kecuaian dan kegagalan pengurusan berkaitan penyelenggaraan ladang peneroka FBRU sejak tanam semula sawit hampir 8 tahun dulu barulah mcm2 "org Felda" turun ajak bincang dan cuba mencari menyelesaikan masalah ini....selama hampir 8 tahun kita mengadu dan bincang berkaitan perkara ni kenapa dinafikan atau ditabur dgn janji saja...? Tapi bila mereka2 (Org2 Felda) ini dpt tahu JKK Bertindak FBRU dan peguam akan malah dh hantar pun 'memorandum' kpd JPM, SPRM dan SUHAKAM pada 02 Mei baru2 ni boleh pulak mcm2 tindakan penyelesaian nk dibuat oleh pihak pengurusan ini....Inilah antara perkara yg berlaku di dlm Felda, hanya dinafikan sahaja sebelum2 ini sebagai "peneroka yg tak tahu bersyukur" ...

Berikut antara kandungan "memorandum" seramai 40 org anak2 dan peneroka2 FBRU yg mewakili 105 peneroka terlibat yg hantar ke JPM, SPRM dan SUHAKAM baru2 ini berkaitan kecuaian dan kegagalan pengurusan berkaitan penyelenggaraan ladang FBRU setelah hampir 8 tahun mengadu dan berbincang dgn pihak pengurusan Felda baik dr wilayah, ibu pejabat mahupun di FBRU sendiri hingga telah mengakibatkan hutang sehingga mencecah lebih RM150,000.00:

a. Keadaan ladang yang tidak terurus semasa diserahkan kepada peneroka.

1) Jumlah pokok yang tidak menepati nisbah keluasan 10 ekar.
2) Jumlah pokok yang matang tidak menepati tempoh hingga menjejaskan
pengeluaran hasil minima yang sepatutnya boleh dihasilkan.
3) Terdapat ladang kelapa sawit peneroka yang pokoknya yang terbantut hampir keseluruhan keluasan 10 ekar.

b. Jumlah hutang bantuan pinjaman Sara Hidup yang amat membebankan.

1) Mengikut perjanjian pemulihan ladang pada 2004, pihak Felda bersetuju untuk memberi pinjaman dalam bentuk bantuan Sara Hidup kepada peneroka terlibat maksima sehingga 36 bulan (tempoh hasil boleh dikeluarkan) tetapi malangnya perkara ini tidak berlaku akibat kegagalan penyelenggaraan ladang menyebabkan untuk pengiraan lebihan hasil tidak dapat dilakukan dan bantuan Sara Hidup ini diteruskan.

c. Jumlah hutang kos penyelenggaraan tidak menasabah dan amat membebankan.

1) Segala kos penyelengaraan berjadual dibebankan kepada peneroka sedangkan penyelenggaraan tidak dijalankan dengan sempurna.
2) Peneroka terpaksa mengeluarkan kos sendiri untuk penyelengaraan ladang sejak 1 Sep 2011 namun bebanan kos penyelenggaraan sebelum ini tetap dikenakan kepada peneroka.

d. Pengeluaran hasil yang tidak direkodkan.

1) Terdapat ladang yang memiliki pokok yang matang telah mula mengeluarkan hasil bermula pada 2004 namun jumlah pengeluaran hasil tersebut tidak direkodkan ke dalam penyata hasil tahunan.

Adakah mereka ini layak digelar sebagai tidak malu utk menerima "Durian Runtuh" atau sepatutnya tidak menerima pemberian tersebut jika dibandingkan dgn bebanan hutang yg ditanggung oleh mereka akibat kecuaian dan kegagalan pihak pengurusan selama ini....????

Maklumat ini bukan sy dapat dari mana2 sumber.....tetapi sy merupakan anak salah seorang peneroka yg terlibat dlm JKK Bertindak FBRU ini...terima kasih.

hairil Ariffin

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong