INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Jumaat, Mei 11, 2012

PERJANJIAN PENEROKA DENGAN BANK

Kerajaan BN telah berlaku zalim apabila terang2 menipu Peneroka dengan istilah 'durian runtuh'. Berbulan2 dimainkan sentimen kononnya nak dpt duit beribu2 ringgit ygmenyebabkan ramai peneroka jadi ghairah tak tentu pasal.

Peneroka hilang pertimbangan, nasihat orang lain termasuk anak mereka yg cerdik pandai pun ditolak. Saya menerima ratusan sms, email dan add dlm fb dpd anak2 peneroka yg terlalu marah dgn tindakan terbaru FGVH yg memperalat pengurus & pegawai felda.

Beberapa hari ini secara tergesa2, peneroka seluruh negara dihimpunkan di balairaya, dewan orang ramai atau pejabat felda agar menandatangani Borang Permohonan Pinjaman Saham Terbitan FGVHB. Ia dikeluarkan oleh 8 bank tempatan. Antaranya Maybank, CIMB, Affin, BIMB, Ambank dll.Sebahagian besar berbahasa inggeris dan ada yang sama 66 ms. Peneroka tidak diberi ruang langsung utk bawak balik supaya ada masa meneliti kandungan borang tsb. Ada peneroka nak mintak pandangan anak2 dulu atau merujuk kepada orang lain utk minta nasihat. Tak dibenarkan dan dipaksa sign di situ juga. Ada anak2 yg cuba bantu dengan bertemu pihak pengurusan mohon penjelasan tp diherdik dan di'halau' dpd majlis tandatangan borang tsb. 90 peratus peneroka keliru, bingung, terpedaya dan akhirnya sign.

Saya paparkan beberapa terma dlm borang yg dikeluarkan oleh Maybank sebagai contoh.
Surat Tanggung Kerugian menyatakan:

'SAYA PADA BILA2 MASA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA DAN BERSEDIA MENANGGUNG SEGALA KERUGIAN DAN SENTIASA BERSEDIA MENANGGUNG KERUGIAN TERHADAP SEMUA TINDAKAN GUAMAN, PROSIDING, TUNTUTAN, CAJ, PENALTI, FEE, DENDA, KOS YURAN UNDANG2, DAN APA JUA PERBELANJAAN YANG DIBUAT, DIAMBIL, DIBAWA, DIKENAKAN, DIALAMI, DITANGGUNG, DIDAKWA, ATAU KENA BAYAR DALAM APA JUA KEADAAN TERHADAP SAYA ATAU MANA2 ORANG PERSEORANGAN YANG BERBANGKIT ATAU BERSANGKUTAN ATAU BERHUBUNG DENGAN SURAT INI'. 

Melampau dan mengkhianati peneroka semata2 BN dah terdesak nak cari duit PRU 13. Mereka urus agihan saham FGVH, 8 Mei ini dikeluarkan sebahagian utk umpan peneroka; mungkin beberapa ribu... yang lainnya di guna utk jentera BN.

Mereka mahu pertahankan 54 kerusi parlimen di kawasan Felda. Kalau mereka kekal mandat, saham jatuh; peneroka yang tanggung segala beban rugi. Barang diingat iklim saham dunia tidak menentu. Komoditi sawit dan getah belum tentu kekal stabil.

Penganalisis kewangan menyebut penyenaraian FGVH di istilahkan ' penyenaraian yang sakit'. Bila menjunam jatuh daripada harga asal setiap unit saham yang dibeli; peneroka mesti tanggung. Mesti bayar hutang tsb. Bank akan melakukan apa sahaja cara utk mendapatkan duit pembiayaan mereka balik. FGVH lepas tangan. Isa Samad akan berkata, "biasale main saham turun naik".

Akhirnya peneroka merana sepanjang hayat. Ramai kekawan manager Bank sendiri pesan dgn saya, tentang habis2an borang pinjaman ni. Mereka kata, risikonya terlalu tinggi.

Insyaallah ANAK dan rakan2 ambil tgjawab. Segala dokumen berkaitan telah di serah pd lawyer. Insyaallah lawyer akan failkan injunksi di Mahkamah dlm tempoh seminggu ini utk batalkan semua tandatangan yg peneroka dah buat.

Ini jelas penipuan, khianat dpd konspirasi jahat lagi tidak berperikemanusiaan. Mentang2lah peneroka ni tak belajar tinggi dan sesetengahnya tak reti apa2; dgn mudah didiperdaya.

BN betul2 jd petualang terhadap bangsanya sendiri!

ANAK membuka talian hotline utk maklumat lanjut. Hubungi- Sdr Abd Rahman Ramli 0136844757, Aris Fezol 0199855883, Zolkifli Abu Osman 0194653701, Yohanis 0133039913.

ANAK sedang mengumpul mana2 peneroka yang dah tersign & nak tarik balik. Kita heret Bank dan FVGH ke Mahkamah. Lawan habis2 an!


Mazlan Aliman,
Presiden,
Persatuan Anak Peneroka Felda Keabngsaan (ANAK).



Berikut Lampiran beberapa statement dalam borang pinjaman saham FGVH:






peneroka tidak diberi penjelasan sebaik-baiknya tentang risiko untung rugi saham FGVH, mereka juga x tahu kesan kerugian saham itu..

Apa yang berlaku, peneroka dihimpun satu tempat, diberi borang & disuruh sign borang pinjaman tanpa penerangan & penjelasan.., bahkan ada yg dipaksa..

sesetengah borang ada yg berbahasa inggeris.. akhirnya, mereka sign borang pinjaman dalam keadaan kekeliruan dek kerana dikelabui 'durian runtuh' ribuan ringgit yg dijanjikan DS Najib & Isa Samad.

kesilapan kerajaan dalam isu ini adalah, kerajaan hanya menonjolkan 'durian runtuh' /keuntungan sahaja dalam media-media (TV, surat akhbar & lain2). Tetapi menyembunyikan risiko kerugian & kesan kerugian saham itu. Apabila saham rugi, bank akan menuntut pembayaran hutang, peneroka akan menanggung segala kos guaman & sebagainya. apabila x dapat bayar hutang kerugian saham, tanah yg dicagarkan tergadai... peneroka berkeras juga, tindakan undang2-penjara.

kesilapan peneroka - terlalu terbuai dengan alunan 'durian runtuh' kerajaan sehingga terlepas pandang risiko kerugian yg akan ditanggung. Mereka menganggap kerajaan BN lah segala-galanya, penyelamat & pelindung mereka dulu, kini & selamanya..

isu ini dapat diumpamakan seperti:

seolah-olah kerajaan paksa pinjam rm100,000... pastu disebaliknya tanah 10 ekar dah tergadai(dicagar) rm12juta. 

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

Rojak berkata...

Duit blum dapat, anak beranak dah bergaduh. Memang cantek btul percaturan DS Najib merosakkan institusi keluarga felda.

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong