Nampaknya, penyenaraian Felda Global Ventures Holding Berhad
(FGVH) ke Bursa Malaysia semakin ke kemuncak.
Meskipun dikritik hebat oleh pembangkang, kerajaan pimpinan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak terus melaksanakan perancangannya tanpa menoleh ke
belakang. Kini, ia sudah tiba di kemuncak dengan pengeluaran prospektus yang
akan disusuli dengan penyenaraian di Bursa Malaysia
pada 28 Jun ini. Walaupun dijamin oleh kerajaan tidak akan merugikan peneroka,
pada masa yang sama akan ada pihak yang akan meraih keuntungan berlipat-kali
ganda jauh lebih daripada apa yang diterima oleh para peneroka. Pokoknya, nama
dan asset-aset Felda kini menjadi modal untuk melambung-lambungkan harga saham
sehingga ada pihak yang akan menjadi lebih kaya-raya daripada sebelumnya.
Meskipun pada permulaanya ia nampak mampu memikat hati para generasi peneroka Felda yang berjumlah lebih 100,000, namun di sebaliknya, ada banyak masalah yang bakal timbul. Ini bukan diperkirakan dengan pertimbangan risiko yang perlu diterima oleh para pelabur yang sebahagiannya terdiri daripada peneroka Felda, tetapi lebih daripada itu, ia merupakan suatu keharaman kerana bercanggah dengan konsep syirkah (perkongsian) di dalam Islam.
Pasaran saham adalah satu bentuk transaksi yang tidak pernah ada di dalam Islam. Ia adalah produk daripada sistem Kapitalis yang digunakan untuk para pemodal meraih keuntungan berlipat-kali ganda di dalam masa yang singkat dan mudah dengan melakukan spekulasi dan manipulasi terhadap asset-aset yang dipunyai oleh sesuatu syarikat. Ia kemudiannya akan menarik orang ramai untuk membeli saham syarikat tersebut tanpa melakukan aqad syirkah atau perjanjian di dalam penubuhan syarikat dengan pemegang saham yang lain. Apa yang wujud hanyalah menandatangani borang-borang persetujuan sedangkan di dalam Islam, asal penubuhan sesuatu syarikat mestilah berasaskan kepada persetujuan dan aqad di antara pemegang-pemegang saham yang lain.
Jadi, apa yang sepatutnya dilakukan oleh pemerintah terhadap generasi Felda ialah dengan membela nasib mereka supaya lebih baik. Ini bukan sahaja di dalam aspek memberikan sejumlah imbuhan, tetapi juga perhatian daripada aspek syakhsiyyah generasi Felda dan seluruh rakyat amnya. Jika kita perhatikan pada masa ini, masih ramai kalangan masyarakat Felda yang ketinggalan daripada segi pendidikan malah ramai yang terlibat di dalam masalah sosial seperti penagihan dadah, pembuangan bayi, judi dan arak sering berlaku di kawasan penempatan Felda. Sekiranya masalah ini tidak dibendung, pastinya ia bakal menjadi wabak yang sukar untuk dibendung.
Oleh itu, masalah utama yang perlu diselesaikan oleh pemerintah untuk peneroka Felda bukannya dengan menghamburkan sejumlah wang yang banyak kepada mereka, tetapi menyelesaikan masalah mereka dari akarnya terutamanya generasi baru Felda dengan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar. Ini adalah berbeza dengan pendekatan para pemerintah kapitalis yang pasti akancuba semaksimum yang mungkin untuk
meraih keuntungan melalui kerakusan mereka dengan memerah asset-aset yang
dimiliki Felda sambil member umpan imbuhan kepada para peneroka. Perkara ini
pastinya tidak akan berlaku sekiranya penerapan Islam dilaksanakan diperingkat
negara oleh pemerintah. Ayuhlah kita lakukan perubahan, semoga cara hidup Islam
yang menyeluruh (kaffah) ini akan dapat kita rasai dengan mengembalikan Sistem
Khilafah.
Sumber : Utusan Online 01/06/12
Meskipun pada permulaanya ia nampak mampu memikat hati para generasi peneroka Felda yang berjumlah lebih 100,000, namun di sebaliknya, ada banyak masalah yang bakal timbul. Ini bukan diperkirakan dengan pertimbangan risiko yang perlu diterima oleh para pelabur yang sebahagiannya terdiri daripada peneroka Felda, tetapi lebih daripada itu, ia merupakan suatu keharaman kerana bercanggah dengan konsep syirkah (perkongsian) di dalam Islam.
Pasaran saham adalah satu bentuk transaksi yang tidak pernah ada di dalam Islam. Ia adalah produk daripada sistem Kapitalis yang digunakan untuk para pemodal meraih keuntungan berlipat-kali ganda di dalam masa yang singkat dan mudah dengan melakukan spekulasi dan manipulasi terhadap asset-aset yang dipunyai oleh sesuatu syarikat. Ia kemudiannya akan menarik orang ramai untuk membeli saham syarikat tersebut tanpa melakukan aqad syirkah atau perjanjian di dalam penubuhan syarikat dengan pemegang saham yang lain. Apa yang wujud hanyalah menandatangani borang-borang persetujuan sedangkan di dalam Islam, asal penubuhan sesuatu syarikat mestilah berasaskan kepada persetujuan dan aqad di antara pemegang-pemegang saham yang lain.
Jadi, apa yang sepatutnya dilakukan oleh pemerintah terhadap generasi Felda ialah dengan membela nasib mereka supaya lebih baik. Ini bukan sahaja di dalam aspek memberikan sejumlah imbuhan, tetapi juga perhatian daripada aspek syakhsiyyah generasi Felda dan seluruh rakyat amnya. Jika kita perhatikan pada masa ini, masih ramai kalangan masyarakat Felda yang ketinggalan daripada segi pendidikan malah ramai yang terlibat di dalam masalah sosial seperti penagihan dadah, pembuangan bayi, judi dan arak sering berlaku di kawasan penempatan Felda. Sekiranya masalah ini tidak dibendung, pastinya ia bakal menjadi wabak yang sukar untuk dibendung.
Oleh itu, masalah utama yang perlu diselesaikan oleh pemerintah untuk peneroka Felda bukannya dengan menghamburkan sejumlah wang yang banyak kepada mereka, tetapi menyelesaikan masalah mereka dari akarnya terutamanya generasi baru Felda dengan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar. Ini adalah berbeza dengan pendekatan para pemerintah kapitalis yang pasti akan
Sumber : Utusan Online 01/06/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan