INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Rabu, Jun 06, 2012

PENEROKA KERATONG SAMAN FELDA

Sekumpulan peneroka Felda yang mahu menguji kadar perahan minyak sawit hasil tanaman mereka mendakwa makmal milik lembaga tersebut dan juga firma perladangan lain enggan menjalankan ujian tersebut.
Namun kumpulan berkenaan bertindak memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuantan ke atas Felda sebagai defendan pertama Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan kedua atas dakwaan "penipuan dan pecah amanah."
Peguam Sivarasa Rasiah yang mewakili 957 peneroka dari Felda Kratong, Rompin dalam saman itu, berkata makmal berkenaan enggan menerima ujian tersebut semenjak tindakan sekumpulan peneroka memfailkan saman pada pertengahan 2011.

“Mereka membawa buah mereka ke makmal Felda, Sime Darby dan juga makmal bebas lain namun kesemuanya enggan menguji buah tersebut.
"Anak guam saya sudah membuat laporan polis berhubung perkara ini," katanya ketika dihubungi.

Katanya, makmal berkenaan tidak memberikan sebab atas keengganan mereka untuk menguji buah sawit berkenaan.

Oleh itu, peneroka berkenaan memohon bantuan mahkamah melalui saman berjumlah RM525 juta – saman paling besar oleh golongan peneroka setakat ini.





http://pkrnegeripahang.blogspot.com/2012/06/mahkamah-kuantan-makmal-felda-didakwa.html?spref=fb
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

Megat Alam Gempita berkata...

huh pakcik kayo!

RM525,000,000.00 - saman terhadap Felda
RM157,000,000.00 - 30% caj lawyer ambil
RM367,500,000.00 - peneroka dapat dibahagikan kepada 957 orang = RM384,012.53 seorang

Untuk difailkan ke mahkamah Kuantan setiap peneroka dikutip bayaran RM70.00 (tiada resit dikeluarkan YB Tuan Sivarasa). RM70.00 x 957 orang = RM66,900.00 tuan telah dapat pada hari tersebut.

Jikalau ada peneroka tarik diri kena caj RM5,000.00 seorang. kalau kalah kes mahkamah dan disaman semula oleh lawyer Felda berapa pula caj peneroka kena bayar pada Tuan Sivarasa dan berapa pulak saman yang peneroka kena bayar pada Felda?

kes ini dijangka akan berlarutan bertahun-tahun, berapa caj yang akan dikenakan ke atas ibu-bapa kami setiap bulan?

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong