Tak habis lagi dengan skandal NFC, skandal PKFZ dan isu
Scorpene yang dibangkitkan smeula oleh mahkamah Perancis rakyat Malaysia hari
ini disogokkan pula dengan berita satu lagi skandal Forex yang
melibatkan angka yang cukup besar kerugiannya kepada negara sekitar tahun 1992
Skandal Forex Malaysia ini pernah dibangkitkan oleh Lim Kit
Siang di Dewan Rakyat suatu ketika dahulu dan juga pernah dimuatkan skndal ini
juga oleh Barry Wain yang merupakan bekas penulis Asian Wall Street Journal dan
juga Asia Week dalam bukunya berjudul Malaysia Maverick. Dan seperti
biasa, buku-buku seperti ini telah diharamkan di Malaysia .
Dalam pendedahan skandal Forex spekulasi matawang asing
baru-baru ini, Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakop menamakan 4
orang orang golongan elit yang berkuasa pada ketika itu sebagai pemain utama
yang telah menyebabkan negara kita Malaysia mengalami kerugian secara
besar-besaran sebanyak RM30 bilion dalam skandal antarabangsa spekulasi
pertukaran asing kira-kira 20 tahun lalu.
Individu-individu elit pada masa itu yang dimaksudkan itu
sehingga mengakibatkan negara kita kerugian adalah seperti :
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed
Menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dato’ Jaffar Hussein dan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed
Yakcop
Dalam forum bertajuk: “Bank Negara Forex Scandal – When
Government Becomes Speculator”, didedahkan di mana :
Jaffar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop telah melakukan
spekulasi dan berjudi secara melulu dan tidak bertanggungjawab dengan tidak
mengambil kira keselamatan aset Bank Negara ketika itu
Kedua-dua individu elit ini bertindak terlalu drastik
sebegitu rupa semata-mata menewaskan George Soros, berkemungkinan untuk
menarik perhatian ketua mereka bahawa mereka adalah pakar dalam urusan tukaran
mata wang asing, dengan memperjudikan wang rakyat seperti anda, anda dan anda
semua di sini. Siapakah ketua mereka pada masa itu?
Ini semua berpunca daripada “tamak yang menguasai diri
sehingga hilang pertimbangan” dek kerana Bank Negara yang pernah mendapat
keuntungan yang munasabah sebelum 1992 – 1993 sehingga menyebabkan Bank Negara
berjudi lagi dalam tukaran matawang asing dengan jumlah yang lebih besar.
Siapa pula lawan kerajaan Malaysia yang diwakili
oleh Jaffar Hussein dan Nor Mohamed Yakcop ketika itu? George Soros.
George Soros ini dalam bahasa mudahnya adalah merupakan pakar judi (seorang
kapatalis forex antarabangsa). George Soros ini duduk dalam sistem kapitalis
antarabangsa yang mencengkam.
Norma pasaran matawang adalah untuk berdagang bagi 1 lot
adalah dalam jumlah USD1 juta, USD5 juta atau USD10 juta, tetapi Bank Negara
biasanya akan berdagang dalam USD50 juta untuk 1 lot dan mencecah sehingga USD1
bilion sehari, kerana mereka akan berdagang spekulasi matawang sehingga antara
5 dan 10 lot setiap panggilan.
Tetapi apa hasilnya yang kerajaan Malaysia dapat ketika itu? Orang
tua-tua ada mengatakan “orang tamak selalu rugi”
Akhirnya pada tahun 1992, Bank Negara telah berjudi dalam
spekulasi matawang Pound British dan bersaing dengan George Soros, pemain utama
dalam pasaran forex. Akibatnya Bank Negara kehilangan USD5.5 bilion dan George
Soros mendapat USD1.7 bilion
Bank Negara kemudian mendakwa ia adalah hanya kerugian atas
kertas sebanyak RM9.3 bilion. Walaubagaimanapun, pakar-pakar kewangan
menganggarkan Bank Negara telah kehilangan antara USD27 bilion sehingga USD33
bilion, yang lima kali ganda lebih tinggi daripada rizab luar negara dan aset
keseluruhan USD20.7 bilion pada tahun 1992
Kemudian Lim Kit Siang menganggarkan Bank Negara kehilangan
amat besar sebanyak RM30 bilion. Walaubagaimanapun, Bank Negara mendakwa
kerugian hanya RM10.1 bilion pada tahun 1992 dan RM5.7 bilion pada tahun 1993
Dan masih ingat lagi, krisis kegawatan ekonomi yang melanda
negara-negara Asia termasuklah negara kita Malaysia sekitar tahun 1997/1998.
Antara lainnya berpunca daripada tindakan George Soros sendiri yang menggunakan
duit dananya untuk sabotaj ekonomi negara lain termasuk Malaysia .
George Soros perhatikan, Malaysia
hanya negara kecil pada masa itu, tetapi “cukup berani” bermain
judi peringkat antarabangsa dengan mengunakan rizab wang negara di
“lapangan permainannya”. George Soros bertindak “tapau” Malaysia
sehingga menyebabkan satu malam rizab wang negara hilang begitu sahaja. Jelas?
Okay. Dalam contoh mudahnya, yang kami ingin kongsikan di
sini dalam bentuk penceritaan:
Individu A balik ke rumah dan telah berjumpa dengan maknya
Maknya pun bertanya kepada individu A, mana duit gaji kamu
hari ini?
Individu A pun menceritakan semula kepada maknya yang mana
dalam perjalanan pulang tadi, beliau telah diganggu oleh tokey judi dan telah
mengambil duitnya
Jikalau maknya cerdik, semestinya maknya akan cepat angkat
tangan, lempang muka individu A (anaknya) kiri dan kanan. Sebab? Inilah yang
ingin kami sebutkan..
Sebab…..kalau individu A tidak berjudi macam mana tokey judi
itu boleh ganggu beliau dalam perjalanan pulang dan bertindak berani merampas
duit gaji daripadanya? Dan….
Dan…..kalau kita (kerajaan Malaysia
tak main judi di peringkat antarabangsa), macam mana George Soros boleh
sabotaj ekonomi Malaysia
selepas itu?
Selepas negara dihimpit dengan masalah ekonomi, bermulalah
beberapa pertembungan idea dan “episod masam-masam manis” dikalangan
pemimpin-pemimpin tertinggi Malaysia
ketika itu.
Kerugian yang bernilai RM30 bilion dialami oleh kerajaan Malaysia sehingga membebankan rakyat Malaysia adalah
satu angka yang cukup besar. Ini juga antara salah satu punca yang menyebabkan negara
Malaysia dihimpit hutang yang cukup tinggi ketika ini selain daripada
beberapa skandal penyelewengan lain yang masih belum “mampu” diselesaikan
secara total. Jadi kami berharap skandal Forex ini dibuka semula
dengan harapan selepas ini duit rakyat Malaysia tidak digunakan dengan
sesuka hati apatah lagi memperjudikan duit negara untuk tujuan bermain forex.
P/S : RM30 bilion jikalau diagihkan kepada rakyat Malaysia berapa ramai rakyat Malaysia yang
mendapat manfaatnya. Apa pendirian anda pula?
Oleh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan