INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Ahad, Julai 08, 2012

DR.MURSI SEORANG HAFIZ AL-QURAN DISAMAKAN DENGAN FIRAUN ?


Nasrudin Hassan
Sidang Media [003]

Giza Mursi: Harian Metro Mesti Pohon Maaf Terbuka

1.Dalam suasana kemeriahan dan kegembiraan menyambut kemenangan calon Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) daripada Ikhwan Muslimin dalam pilihanraya Presiden Mesir baru-baru ini, masih ada pihak yang memberikan ekspresi respon negatif terhadap kemenangan Dr. Mohamed Mursi.

2.Dalam catatan detik sejarah ini, Dr Mursi merupakan satu-satunya Presiden Mesir pertama yang melalui pemilihan dan diundi oleh rakyat untuk menggantikan sistem pentadbiran autokratik apabila bekas presiden republik tersebut digulingkan dalam kebangkitan revolusi rakyat Mesir.

3. Apa yang menghairankan, akhbar Harian Metro yang bernaung di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menyiarkan satu sketsa kartun ‘Giza Mursi’ dengan meletakkan wajah Dr. Mursi pada kartun patung singa berkepala manusia tersebut.

4.Harian Metro telah menyiarkan gambar tersebut pada akhbarnya yang bertarikh 5 Julai 2012 yang bertajuk ‘MOHAMED Mursi, Presiden baru Mesir’.

5.Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Harian Metro tersebut kerana ia seolah-olah telah memburukkan Dr Mohamed Mursi dengan menyamakan beliau dengan Firaun.

6.Selain itu juga, gambar piramid yang menjadi latar belakang giza tersebut juga dilukis bulan sabit dan bintang, yang mana kedua-duanya adalah simbolik kepada agama Islam.

7.Justeru, DPPM dengan ini menuntut pihak Harian Metro memohon permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh umat islam kerana kejadian yang berlaku ini telah menyentuh isu sensitif umat Islam.

8.Kes sebegini juga banyak kali telah berlaku, namun seolah-olahnya pihak kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan mengambil sikap sambil lewa. Kami mendesak pihak kementerian mengambil tindakan tegas terhadap harian metro dan mana mana akhbar yang melakukan tindakan sedemikian. Kami juga berharap pihak kementerian akan mengambil inisiatif untuk menapis sebarang pengeluaran dan penyiaran khususnya yang membabitkan sensitiviti umat Islam.

Yang benar,
Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

GENERATE INCOME HALAL berkata...

BUDAKBOY

Salam tuan tanah.. Soriii.. wa sudah rembat stuff ni letak kat pondok buruk gua... TQVM

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong