Himpunan Oren Selamatkan Felda suatu catatan penting sejarah tanahair:-
1. Kali pertama boleh menghimpunkan rakyat khususnya warga Felda seluruh negara sejak Felda ditubuhkan pada 1 Julai 1956 dlm jumlah yg begitu ramai bagi menuntut pertanggungjawaban Kerajaan yg memerintah.
2. Himpunan berjalan lancar. Bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan yg membenarkan peserta himpunan berkumpul, berehat dan solat Hajat yg di imamkan Ust Idris Ahmad; berarak dengan jayanya lebih 2 km menuju 600 meter menghampiri Istana Negara.
3. Himpunan bukan sahaja mendapat kebenaran dpd pihak Polis; bahkan mereka mengawal lalu lintas, memantau pergerakan peserta dan mempastikan keselamatan orang awam. Aman, terkawal; tanpa sebarang kejadian yg tidak diingini. Sekaligus menolak tuduhan setiap himpunan dan perarakan berakhir dengan kekecohan.
4. Wakil2 seramai 6 0rang iaitu saya, Hj Mohd Sabu, Dr Rosli Yaakob, Tanggam a/l Raju, Dato' Tamrin Tun Ghafar dan Pn Siti Khalijah bt Mohamad dengan diiringi kenderaan polis diterima memasuki Istana Negara dan menyerahkan memorandum kepada Ke Bawah Duli Tuanku Yang DiPertuan Agong melalui wakil Baginda; YM Hairi bin Abd Rahman, Pegawai Perhubungan Awam Istana Negara.
5. Himpunan mendapat liputan luarbiasa dari media arus perdana dan antarabangsa. Berpuluh2 rangkaian
media berada berdekatan dengan Istana Negara. Berita himpunan tersebar secara online; manakala liputan melalui blog, fb bertebaran dgn begitu pantas. Dakwaan Datuk Ahmad Maslan yg mengatakan himpunan sekadar seribu orang sahaja; disanggah dengan ratusan gambar2 di merata media alternatif dan laman sosial.
Selaku Coordinator Gerakan Selamatkan Felda; saya ingin merakamkan penghargaan kepada PDRM, Istana Negara, Jabatan Amal, Pimpinan Pakatan Rakyat, Ngo, Juham, team Medics dan semua yang terlibat dlm menjayakan himpunan ini.
Moga himpunan Oren 14 Julai dpt menghantar isyarat yg jelas kepada YAB Perdana Menteri; pertimbangkan bantahan dan insaf dengan rintihan rakyat jelata
DAULAT TUANKU...ALLAHUAKBAR!!!
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Ahad, Julai 15, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
3 ulasan:
assalam admin!semalam ngan hari nie LEMBU2 FELDA yg membantah perhimpunan oren dan menyokong FGVH tak lalu makan rumput.pasai rumput2 jadi kala oren.cian lembu2 felda tu.hahaha!
haaa.....haaa...
X perlu rasanya mazlan melaung daulat tuanku 3x..
Catat Ulasan