INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Sabtu, September 22, 2012

BADAN MANUSIA DI KERAT2 DI PEKAN


Satu tengkorak dan beberapa anggota badan manusia yang dikerat-kerat ditemui dekat sebuah tali air di kawasan hutan di Sungai Miang, Pekan semalam dipercayai berkaitan dengan kes kehilangan seorang warga emas baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman ketika dihubungiBernama berkata polis menemui tengkorak dan beberapa anggota badan manusia itu pada jam 5 petang selepas berjaya menahan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes kehilangan warga emas itu.

"Setakat ini kita tidak menolak kemungkinan tengkorak itu mempunyai kaitan dengan warga emas yang dilaporkan hilang baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata hasil soal siasat terhadap dua suspek terbabit pada hari ini, pasukan polis ke lokasi berkenaan dan menjumpai tengkorak dan beberapa anggota badan manusia.

"Kes penemuan tengkorak dan beberapa anggota badan yang dikerat-kerat itu masih terlalu awal dan siasatan masih diteruskan," katanya.

Semalam, Bernama melaporkan seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang pada Sabtu lepas selepas menaiki kereta bersama dua lelaki untuk urus niaga berhubung penyewaan sebuah premis perniagaan.

Isteri mangsa, Siti Salamah Sheikh Abd Rahman, 63, berkata suaminya Sh Othman Sh Bakar, 72, tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi selepas keluar bersama dua lelaki berkenaan.

Beliau berkata suaminya bukanlah pemilik premis menjual alat binaan sebaliknya hanya pekerja di premis berkenaan.

- Bernama

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong