INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Sabtu, September 22, 2012

ISU - TADIKA PERMATA ISLAMIYYAH




UMNO BOHONG, TADIKA DITUTUP SEBAB DENDAM POLITIK!

Lebih kurang jam 10.20 pagi ini saya bersama Tuan Hj Aminulhuda Hassan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Cikgu Normala Sudirman, mewakili Ngo PENDIDIK, Syed Othman Syed Abdullah, Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Permas Jaya dan Faisal Arifin SU ANAK telah mengunjungi premis sementara TADIKA PERMATA ISLAMIYYAH di No 1, Jln Suria, Bandar Sri Alam, Pasir Gudang.

Pn Mariam Sarian, 48 tahun dan suaminya Aldam bin Amarani, 61 tahun berasal dari Kota Kinabalu Sabah. Berhijrah ke Johor sekitar tahun 1991. Memiliki 10 orang anak yg sebahagiannya masih bersekolah. Minatnya cukup mendalam untuk membuka pusat pendidikan bagi membimbing anak bangsanya terutama perantau Sabah yg berada di Johor.

Untuk pengetahuan, terdapat sekitar 20 ribu orang Sabah di Johor khususnya Pasir Gudang yg berdepan dengan berbagai masalah terutamanya ketiadaan Surat Beranak bg anak2.

Pada bulan Februari lalu, Pn Mariam berjaya merealisasikan impiannya membuka TADIKA PERMATA ISLAMIYYAH di premis yg kononnya didakwa milik Umno di bawah kolong Flat Sri Delima. Asalnya ada 45 orang pelajar yg semua ibubapanya berasal dari Sabah. Beberapa kali Syed Othman datang ke Tadika tersebut menghulurkan sumbangan.

Kehadiran Syed Othman sangat tidak disenangi oleh Ketua Umno Cawangan Flat tersebut. Beliau telah menghubungi Pn Mariam dan mengarahkannya keluar dari premis tersebut. Pn Mariam enggan kerana dia tidak bersalah apa2. Syed Othman hanya datang ziarah dan memberi bantuan tanpa memberi ucapan pun. Bahkan Syed Othman berjanji utk membantu apa2 keperluan demi masadepan pembelajaran anak2.

Hanya dengan yuran RM80 sebulan, mempunyai 4 orang guru yg dibayar RM500 seorang sebulan, menanggung makan minum pelajar di Tadika tentulah tidak mencukupi. Keprihatinan Syed Othman dan PAS Pasir Gudang tentulah dihargai. Soal politik kepartian hak masing2.

PAS sangat menghargai dan menyanjung tinggi usaha2 Pn Mariam. Dia mahu anak bangsanya berilmu. Walaupun di ugut, di cerca, diperlekeh; dia tidak berganjak samasekali. Tidak ada pemimpin Umno yg dtg menziarahi beliau untuk menyatakan simpati. Dakwaan Umno nak melakukan penambahbaikan atas Tadika tersebut tidak pernah dizahirkan kepadanya. Dia berusaha sendiri. Segala peralatan dan alat bantu mengajar di carinya sendiri.

Tadika milik beliau telah dimangga oleh Ketua Umno Cawangan Flat tersebut sejak 10 sept lalu. Pn Mariam dan guru2 tidak berputus asa. Dari 4 buah kelas, berpindah ke rumahnya. Hanya sebuah kelas bersendat2. Kami kagum semangatnya yg kuat. Sambil mengesat airmata, Pn Mariam mempertegaskan, nyawa sekalipun dikorbankan demi Islam kerana mendidik masyarakat adalah tanggungjawab Agama!

Selain dari menyampaikan sumbangan bagi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dan PENDIDIK, kami akan bincang dengan PAS Kawasan Pasir Gudang untuk mendapatkan Premis baru untuk Pn Mariam. Simpati sahaja tidak memadai. Kesediaan Pn Mariam untuk meneruskan usahanya walau di rumah dengan ruang yg sempit menjadi suatu motivasi untuk membantunya di mana yg perlu.

Pn Mariam mengatakan terdapat ribuan anak2 Sabah yg keciciran pendidikan Pra Sekolah dan didikan agama secara Formal. Insyaallah, PAS Johor akan pastikan dlm masa terdekat, premis baru yg lebih selesa akan dapat diwujudkan bagi merealisasikan impian Pn Mariam...
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong