INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Sabtu, September 01, 2012

MERDEKA 55 ADA UNSUR PENIPUAN ?


Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang diumumkan kerajaan pada malam tadi. Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan. Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan.

Firma itu mendapati, sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck. TweetDeck merupakan perisian sokongan kepada pengguna Twitter yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa. "Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," kata Politweet.org dalam satu tulisan di Facebook hari ini. Dalam kenyataan tersebut, firma itu berkata mereka juga mengesyaki bahawa jumlah pengguna terbabit merupakan penghantar spam yang dimaksudkannya.

Laporan Bernama pada malam tadi menyebut, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar. Agensi berita itu melaporkan, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim yang berkata, 10,128 orang terlibat menghantar tweet di dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu
http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/09/kantoi-tweet-merdeka55-bot-yang-buat.html
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong