INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Jumaat, November 09, 2012

Perjuangan Ahmad Abd Jalil menentang kezaliman ???

 KUALA LUMPUR, 7 Nov — Ayah kepada mangsa yang ditahan polis kerana didakwa mengkritik Sultan Johor di Facebook, Abdul Jalil Abdul Rahman, berkata, hanya memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) mampu membawa keadilan kepada anaknya yang ditahan.
Menurut Abdul Jalil, hanya dengan menukar kerajaan dapat membetulkan sistem yang bersifat kuku besi ini.
“Generasi mudalah yang mampu menukar semua ini,” kata Abdul Jalil ketika memberi ucapan sempena memperingati anaknya, Ahmad Abdul Jalil, yang ditahan polis kerana didakwa mengkritik Sultan Johor di Facebook, di Dataran Merdeka malam ini.
“Saya yakin generasi muda hari ini adalah generasi yang jujur, dan apabila menjadi jujur, kita selalu menjadi mangsa.
“Kita perlu menyokong Pakatan Rakyat (PR) untuk memastikan keadilan untuk semua rakyat dijamin.”
 Menurut Abdul Jalil, beliau percaya polis adalah anggota kerajaan yang baik, namun terpaksa patuh dengan perintah orang atasan.
“Orang-orang diataslah yang membuat arahan, mereka cuma menjalankan tugas mereka sahaja,” katanya lagi.
Sementara itu, ibu kepada Ahmad, Endon binti Bidin, berkata, beliau percaya Ahmad adalah seorang anak yang baik dan sentiasa mematuhi undang-undang.
“Saya percaya anak saya seorang yang baik, oleh itu, kami berharap agar polis menjaga keselamatan Ahmad,” kata Endon.
Menurut Endon lagi, keluarganya semakin kuat apabila menghadapi cabaran ini, dan mahu rakyat terus berani menyuarakan prinsip.
 Turut hadir ialah ahli dewan undangan negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, kartunis Zulkiflee Anwar Haque (Zunar) dan peguam Fadiah Nadwa Fikri.
Seramai 50 orang membakar lilin bagi memperingati Ahmad yang didakwa difitnah dan dianiaya.
Meskipun dalam keadaan hujan lebat, mereka tetap berhimpun bagi menyatakan sokongan terhadap keluarga Ahmad.
“Ini cuma hujan, sedangkan Ahmad kini di dalam tahanan, kita akan terus berdiri untuk memberi sokongan terhadap Ahmad dan keluarganya,” kata Fadiah.
Sambil melaungkan “Daulat Rakyat”, mereka membawa kertas yang tertulis “Free Ahmad” sebagai tanda sokongan terhadap juruukur tersebut.




00000000000000000000000000000000000000000000000

Di bawah ini antara berita dari facebook Asiah Abd Jalil 
Klik untuk berita selanjutnya

Sekumpulan polis sedang berada di hadapan rumah saya sekarang, pagi-pagi buta at 6.30 am. Insist untuk ambil statement dari saya dan ahli keluarga sekarang (at this time? no female police officer?). This is a form of intimidation!

Seluruh keluarga baru balik dari Dataran Merdeka, solidariti menuntut pembebasan Ahmad Abd Jalil.
Terima kasih kepada penganjur yang berjiwa satria.
Terima kasih kepada khalayak yang hadir, tidak kira siapa pun anda.
Terima kasih kepada pejuang rakyat yang memberi ucapan.
Terima kasih kepada ahli keluarga yang teguh berjuang.
Terima kasih buat anak-anak kecil yang seronok berhujan.


Ahmad maklumkan, antara soalan yang ditanya semasa penyiasatan ialah, "Dah berapa kali kamu pergi negara Arab?" Adik kami ni, pasport pun takde okay.
Ahli keluarga percaya, ini cubaan untuk mengaitkan Ahmad Abd Jalil dengan Kamal Hisham Jaafar.


Seorang polis Johor berpangkat tinggi kata pada ayah saya, "Perkara ni terjadi (tangkapan kali kedua Ahmad Abd Jalil) disebabkan keluarga pakcik AMBIL LAWYER".
Mereka terkejut dua orang lawyers muda, Ziadi Zaidon dan Mohd Zakwan Adenan, yang mewakili Ahmad sebelum ini berjaya bina hujah dengan baik di hadapan Majistret hingga membawa kepada "pembebasan 5 minit" Ahmad sebelum ini.
Mereka sangkakan kes Ahmad ini mudah dan senang untuk diuruskan. Mereka tak sangka ahli keluarga bersatu menyokong Ahmad melalui apa cara yang termampu.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong