INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Khamis, November 08, 2012

MENARIK DALAM ISU MELAYU MURTAD DI FB



Terima kasih kepada sahabat2 yang ajarkan aku sebentar tadi mengenai perbezaan melayu dan muslim. Jadi ini bermakna kata2 nurul izzah bahawa melayu juga bebas memilih agama tidak pernah salah. Ini kerana nurul izzah diajukan soalan, adakah freedom of religion tue terpakai kepada semua, termasuk melayu? Lalu Nurul Izzah menjawab ya. Dia bukan cakap bahawa umat islam juga tertakluk kepada kebebasan beragama tetapi dia cakap melayu juga berhak diberikan hak untuk memilih kepercayaan.

Oleh kerana melayu itu kaum dan islam itu agama maka tiada yang silap pun dalam kenyataan nurul izzah dan tiada yang serong pun dalam pemahaman aku.

Di malaysia bukan seme melayu menganuti islam. Ini adalah fakta. Boleh terima dan boleh tolak tetapi fakta dan hakikat akan kekal seperti itu tanpa mempedulikan samada ko terima ataupun menolak kenyataan tersebut. Terima kasih sekali lagi. Nak out. Bai.


dan skang, sampai ke raja2 pun bersuara mengecam kenyataan Nurul Izzah Anwar berkenaan kebebasan agama tu. puak2 penangguk di air keruh pun memasing la kata "taubatla izzah...taubatlaa..dah lari akidah.."

kepada semua makhluk yg kononnya bersedih sangat2 tu, meh sini aku bgtau -

1) ada beza yg besar antara MELAYU BEBAS MEMILIH AGAMA dengan ORG ISLAM BEBAS MEMILIH AGAMA.
2) peruntukan perlembagaan adalah selari dengan apa yg izzah katakan. perlembagaan tu tak betul, tapi perlembagaan yg tak betul tu la yg digunapakai di negara ni sebagai undang2 terbesar.
3) no such thing as "akidah melayu", apatah lagi menyamakannya dengan "akidah Islam"
4) Tun Abdullah Ahmad Badawi pun pernah berkata mcm ni gak dulu - dalam paper NST lagi. apsal tak de sapa nak suh dia tobat la apa la...
5) drpd suh izzah taubat, baik la yg dok suh taubat tu pi bertaubat dulu sebab dok terlibat dgn arak, judi, rasuah, penyelewengan, penipuan, perkatakan...


Saya ditanya tentang isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berhubung isu bebas untuk memilih agama.

Saya lihat akhbar yang meletakkan isu ini di muka hadapan ialah akhbar yang sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat.

Justeru, saya kira amat tidak wajar memberikan ulasan hanya semata-mata berasaskan laporan akhbar ini. - TGNA



Keistimewaan Memeluk Islam !

Hadith :
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :” Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”
(al-Bukahri)

Mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf. Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan. Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad. Contohnya menziarahi mereka supaya tidak terabai dan memantau perkembangan mereka. Kebanyakan kes yang berlaku hari ini, orang memeluk Islam sekadar untuk mencukupkan syarat membolehkannya berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Bukan dengan niat yang benar-benar ikhlas mahu mentauhidkan Allah SWT. Bagi mualaf yang ikhlas ingin memeluk Islam pula, mereka akan melaksanakan ajaran Islam secara bertahap. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ada antara golongan mualaf ini yang jauh lebih taat daripada mereka yang sejak lahir memeluk Islam. Golongan inilah yang disebutkan di dalam hadis di atas.










Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

Melayu Bukan Islam berkata...

Melayu itu kaum dan Islam itu agama.

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong