JELAJAH MERDEKA RAKYAT DI PAHANG PADA 04 NOV INI - SILA PEKA
TERHADAP ASPEK KESELAMATAN
Semua kita telah maklum bahawa bas Jelajah Merdeka Rakyat yang sering membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim dan rombongannya ke merata tempat kerapkali dijadikan sasaran musuh politik beliau dan parti. Pada 04 hb November ini (Ahad), bas tersebut akan merentasi beberapa kawasan di Pahang ini sehingga ke Temerloh, K.Krau dan seterusnya ke Kuantan bagi Program Jelajah Merdeka Rakyat Peringkat Negeri Pahang.
Sehubungan itu, KEADILAN Negeri Pahang meletakkan kepercayaan dan amanah kepada semua pimpinan parti di setiap kawasan/Cabang yang terlibat bagi menentukan aspek keselamatan bas serta rombongan yang diketuai oleh Ketua Umum. Belajar dari pengalaman dari beberapa buah negeri yang telah dikunjungi oleh Ketua Umum, maka KEADILAN Negeri Pahang hendaklah memantapkan aspek keselamatan ke tahap paling maksima.
Bas yang membawa rombongan tersebut bermula dari kawasan memasuki negeri ini hendaklah ditentukan keselamatannya sepanjang perjalanan. Tentukan kenderaan tersebut tidak dibiarkan tanpa kawalan keselamatan. Tumpuan utama adalah keselamatan pimpinan dan setiap anggota rombongan. Aspek keselamatan juga perlu diberi perhatian di dalam apa jua program termasuk ceramah yang dihadiri oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. — bersama KeAdilan Pahang dan 35 yang lain.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan