Insiden itu berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi, sejurus pasukan konvoi yang turut disertai Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman tiba di pintu masuk gugusan felda berkenaan.
“Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.
“Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN,” katanya kepada Harakahdaily.
Mazlan berkata, beliau turut disentap keluar dari kereta oleh beberapa pemuda dan menolaknya.
Tidak cukup dengan itu, kumpulan itu juga katanya turut mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.
Keadaan itu kemudian menjadi makin tengang dan sekurang-kurangnya 10 anggota polis turut berada di tempat kejadian.
“Kami datang secara aman dan bukan nak buat kacau, tetapi kami dihalang,” tambahnya.
Bagaimanapun menurut Mazlan, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku walaupun suasana agak tegang.
Tidak mahu perkara lebih buruk berlaku, Mazlan berkata pihaknya terpaksa membuat keputusan berundur dari tempat itu atas nasihat pihak polis.
Mereka kemudian keluar dari tempat tersebut kira-kira jam 11 pagi.
"Saya yakin sebahagian besar mereka ini adalah orang luar dan diupah pihak tertentu untuk menghalang kami," kata Mazlan lagi.
Kembara Oren Selamatkan Felda adalah anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak yang di pengerusikan Razman Zakaria dengan kerjasama NGO Anak.
Kembara tersebut akan menjelajah ke kawasan Felda di seluruh negeri bagi memberi penerangan kepada masyarakat khususnya peneroka tentang isu terkini berkenaan Felda.
Selain bertemu warga felda, kembara ini juga turut membawa risalah penerangan berhubung isu-isu berkaitan felda untuk disebarkan kepada warga peneroka.
Mengulas lanjut Mazlan berkata, pasukan kembara itu kini meneruskan kembara ke destinasi seterusnya iaitu ke Felda Ijok, Larut sebelum ke beberapa Felda di Lenggong termasuklah Felda Lawin Selatan, Felda Lawin Utara dan Felda Papulut.
"Kami tak tahu apa lagi di hadapan kami.
"Saya tetap yakin ini adalah provokasi pihak luar yang dirancang," katanya.
Pengerusi Anak, Mazlan Aliman yang ketika dihubungi
Harakahdaily memberitahu beliau dan rombongan telah membatalkan program di
Felda Lasah apabila melihat suasana yang sudah tidak terkawal.
"Sekarang konvoi telah keluar dari Felda Lasah dan
sebentar tadi lebih sejam kita dihalang oleh sekumpulan pemuda yang bertindak
samseng serta bersikap agresif terhadap konvoi Oren.
"Mereka telah menghalang konvoi Oren dari memasuki
Felda Lasah dan dianggarkan lebih kurang 100 orang pemuda," jelasnya.
Menurut beliau lagi yang sekarang dalam perjalanan ke Felda
Ijok memberitahu satu laporan polis akan dibuat setelah selesai segala program
konvoi Oren Selamatkan Felda.
"Saya akan membuat laporan polis setelah selesai
program yang telah dirancangkan ini, dan kita mahu pihak polis bertindak tegas
atas tindakan samseng sekumpulan pemuda itu.
"Apa yang saya ketahui tedapat kamera milik peserta
konvoi telah dimusnahkan dan dicuri, namun tiada kecederaan berlaku,"
sambungnya.
Beliau yang menjangkakan provokasi dan tindakan agresif itu
dilakukan oleh Umno apabila melihat kepada pakaian dan bendera Barisan Nasional
yang dibawa oleh sekumpulan pemuda tersebut.
Tambahnya lagi, beliau juga turut mendapat maklumat bahawa
perseta konvoi ini akan turut dihalang memasuk Felda Ijok dan Felda Sungai
Tengi.
"Maklumat telah kita perolehi dan dimaklumkan anggota
Rela digunakan bagi menghalang kami memasuki Felda Sungai Tengi dan juga Ijok.
"Konvoi ini aman bukan untuk membuat kacau, kami hadir
untuk memberi penerangan terhadap peneroka Felda dan kenapa perlu bertindak
samseng," tegas beliau.
Sebelum itu, Anak bersama 20 buah kenderaan melalui program
konvoi Oren selamatkan Felda telah tiba di Felda Lasah namun dihalang oleh
sekumpulan pemuda di pintu masuk Felda tersebut.
Mazlan yang menaiki kenderaan pacuan empat roda bersama-sama
dengan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria telah ditarik keluar dari
kenderaan tersebut dan ditolak dengan kasar oleh pemuda-pemuda yang menghalang
mereka.
Selain itu juga terdapat banner dan kain rentang dengan
tulisan mencaci Mazlan secara peribadi selain makin hamun.
Terdapat 10 orang anggota polis berada di tempat kejadian
yang cuba
mengawal keadaan namun gagal meredakan keadaan.
Kehadiran 15 anggota Unit Amal diketuai Pengarah Amal Negeri
Perak, Arif Muhammad serta Unit Keselamatan Pimpinan (UKP) seramai 8 orang
berjaya menangani suasana provokatif yang dilakukan sekumpulan pemuda yang
dipercayai penyokong Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan