Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini telah membuat
laporan di Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM berhubung isu wang RM40 juta
yang didakwa
melibatkan Ketua Menteri Sabah Musa Aman dan juga menteri
undang undang Nazri Aziz.
Rafizi berkata, laporan SPRM dibuat terhadap Musa Aman dan
Nazri Aziz kerana didakwa disebabkan hubung kait yang ada antara mereka tentang
isu wang RM 40 juta yang dibawa
oleh Cukong Balak, Michael Chia.
"Jadi satu laporan SPRM dibuat dan saya minta SPRM buka
satu fail untuk siasat kes RM 40 juta terhadap Musa Aman dan Michael Chia serta
juga Nazri dan anaknya, Nazri tak menafikan dan mengatakan anaknya tak ada
kaitan dengan dia, Berdasarkan Akta SPRM, ada asas untuk mereka mulakan
siasatan,"
Menteri undang undang Nazri Aziz menCABAR Pengarah Strategi
PKR, Rafizi Ramli
membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia SPRM berkaitan
dakwaan hubungan anaknya dengan cukong balak, Michael
Chia.
Nazri Aziz memberitahu Rafizi supaya mengambil tindakan
undang-undang terhadapnya
kerana menurutnya, pengarah strategi PKR itu begitu yakin
mempunyai bukti yang membuktikan anaknya, Nedim Nazri, menggunakan kereta yang
dimiliki oleh Chia. Rafizi telah memaklumkan kepada media bahawa beliau akan
membuat laporan terhadap Nazri di SPRM petang ini.
sedangkan SPR hongkong pun boleh kautim dengan SPRM sebab
SPRM kita buat tak nampak saja penggubahan wang haram dan rasuah rm 40 juta itu
, kerana umum tahu jika ianya berkaitan dengan Barisan Nasional maka segalanya
boleh di tutup rapat dengan rasuah wang
dan sebagainya, RPK juga mendakwa Nazri Aziz menerima rm 3
juta dari cukong balak itu!
inikan pula bos besar SPRM Nazri Aziz, semuanya boleh
kautim, semuanya
boleh settle, malaysia bukankah di kenali
sebagai BOLEHLAND?
Ubah sekarang selamatkan malaysia ! rakyat meminta agar Nazri
Aziz meletak jawatan
dengan kadar segera bagi membersihkan namanya dari tuduhan
RASUAH dan salah guna kuasa!
untuk maklumat lanjut mengenai kes Nazri Aziz ini,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan