Konvoi Oren ini yang dipimpin oleh Tuan Haji Razman Zakaria, pada mulanya dapat dilangsungkan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan di Felda Lawin Utara. Namun begitu, apabila menuju ke Felda Lawin Selatan, sekumpulan anggota Rela dan anak-anak muda menyekat kemasukan peserta-peserta konvoi ini ke dalam kawasan Felda tersebut.
Tercetus sedikit huru hara dan keadaan yang tegang apabila kumpulan ini berkeras untuk menghalang Konvoi Kembara Oren daripada memasuki kawasan Felda mereka.
Haji Razman (berbaju dan berkopiah putih) sedang berbincang
dengan anggota Rela dan peneroka Felda yang menghalang kemasukan peserta Konvoi
Kembara Oren
|
Haji Razman tetap bersabar dan mahu berbincang untuk
menenangkan keadaan
|
Jalan penyelesaian masih belum dicapai
|
Inilah antara yang dikatakan penentang kuat kepada kemasukan konvoi ke dalam kawasan Felda |
Masih bersekolah dan mentah lagi
|
Perjalanan peneroka Felda di situ sendiri menjadi terhalang |
Dapat juga beberapa kenderaan peneroka di situ yang melalui kawasan itu setelah dinasihati untuk dibuka oleh petugas-petugas Unit Amal dan Brikep |
Masih menunjukkan ketidakpuasan hati |
Pondok pengawal ini menjadi tempat mereka menahan peserta konvoi |
Ketibaan kereta peronda polis
|
Haji Razman sedang berbincang dengan pihak polis mengenai
situasi di situ
|
Anggota Rela ini
masih berkeras untuk menghalang besi penghadang ini daripada dibuka
|
Sebuah tin dram diletakkan ditengah jalan untuk menghalang
pergerakan kenderaan konvoi
|
Mereka enggan membuka besi pondok pengawal ini sekalipun
penduduk Felda sendiri yang mahu keluar dan masuk dari situ
|
Haji Razman sedang berbincang sambil menenangkan semua yang hadir |
Lelaki berbaju merah dan berseluar jeans ini dikatakan
mengepalai kumpulan yang menghalang kemasukan konvoi Kembara Oren
|
Kebanyakan yang menghalang adalah terdiri daripada
budak-budak belasan tahun
|
Anggota Rela ini tetap berkeras walaupun puas dibawa
berbincang
|
Suasana menjadi panas apabila kata-kata kasar mula
dihamburkan
|
Maklumat daripada rakan yang berada ditempat kejadian, akhirnya peserta konvoi Kembara Oren berjaya juga memasuki kawasan Felda Lawin Selatan ini untuk mengedarkan risalah apabila Haji Razman memberikan kata-kata penutup beliau, "Kamu punya orang kamu dan kami punya orang kami, jika kamu sanggup menjual kami juga sanggup membeli".
Artikal Asal.
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=959
Tiada ulasan:
Catat Ulasan