INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Isnin, Disember 03, 2012

Pendedahan bekas IGP Musa Hassan


Tubuh Suruhanjaya Penyiasatan Bebas Bagi Menyiasat pendedahan bekas IGP Musa Hassan (1 December 2012)

Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) memandang serius terhadap pendedahan bekas IGP Musa Hassan yang menyatakan Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hishamuddin Hussein mencampuri urusan polis.

Musa Hassan dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya ketika menjawab pertanyaan wartawan mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein.

Pendedahan tersebut tidak boleh dianggap satu pengkhianatan oleh bekas ketua polis itu tetapi maklumat yang wajar didedahkan dan disiasat dengan segera kerana ianya melibatkan persoalan integriti Pasukan Polis Malaysia.

Tindakan Hishamuddin itu menurut Hasan bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau Ketua Polis Negara saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan.

Jesteru itu, Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) mendesak agar satu Suruhanjaya Penyiasatan Bebas dapat diwujudkan segera untuk membuat siasatan dan dakwaan terhadap campurtangan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein terhadap pasukan polis yang dibongkarkan baru-baru ini. Sehingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan untuk membongkar segala kemungkinan penyelewangan dan salah laku yang berlaku.

DPPM juga mendesak agar Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein bercuti sehingga siasatan yang di buat selesai. Hishammuddin Hussein perlu bersikap “gentleman” dan mengikut jejak langkah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan mengambil cuti ekoran skandal Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC) yang lalu.

DPPM berharap agar Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bertindak menjaga rakyat mengikut arus perundangan bukan menjaga parti politik serta mengikut arahan mereka semata-mata.

NASRUDIN HASSAN
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong