INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI


BERMULA 2024 FELDA TIDAK MEMBERI IZIN DAN SURAT SOKONGAN MASUK API LETRIK TNB PADA GENERASI FELDA YANG MEMBINA RUMAH DALAM LOT RUMAH FELDA. - Mar 16
 Jom kita ulas dan beri pandangan ....." KEBENARAN LANJUTAN PENYAMBUNGAN PEMASANGAN METER ELEKTRIK DIRUMAH KEDUA DALAM LOT RUMAH PENEROKA FELDA (DUA RUMAH DALAM SATU LOT RUMAH PENEROKA FELDA.4...(more)

PRK CHINI APA YANG PENEROKA DAPAT - Jun 25


LADANG PENEROKA DAHAGAKAN TEKNOLOGI - Nov 29
Sewaktu di penghujung pemerintahan BN dulu ramai peneroka Chini mohon menyerahkan semula ladang untuk diurus oleh felda tapi sesudah lebih 2 tahun felda masih membisu. Dalam keadaan felda masa...(more)

TANAH FELDA TIDAK BOLEH PINDAH MILIK - Aug 05
SALAH FAHAM MASYARAKAT FELDA TENTANG HARTA PENEROKA Q1: Ayah saya seorang peneroka, beliau telah meninggal dunia dan meninggalkan ibu saya, serta kami adik beradik. Setiap bulan hasil sawit kami...(more)

DALAM ISU ICERD TUNTUTAN COMANGO - Nov 22
Tuntutan COMANGO yang menyentuh Sensitiviti Umat Islam. 1. Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta...(more)

TANAH FELDA JLN SEMARAK MILIK ORANG ? - Dec 26
Kenali cara pengkhianatan mereka pada negara, bangsa & ekonomi negara. Tanah Jalan Semarak milik Felda, kemudian felda deal dgn pemaju menerusi urusniaga bernilai RM270 juta pd tahun 2015. Cuba...(more)

Shahrir akui felda hilang status tiga aset tanah - Dec 21
KUALA LUMPUR: "Saya tidak faham bagaimana tanah milik FELDA boleh dipindah milik kepada syarikat lain. Saya hanya diberitahu tanah kita sudah ditukar milik apabila masuk ke sini (FELDA)," kata Tan...(more)

MISTERI HUTANG PENEROKA FELDA - Dec 08
Masalah hutang peneroka Felda kini memakin rumit dan pelik. Penyelesaian isu ini dipayahkan dengan tiadanya mekanisma pengurusan penyata hutang yang mudah difahami peneroka dan anak-anak mereka....(more)

HUTANG PENEROKA PADA FELDA - Nov 25
Felda yakin peneroka selesai hutang dalam 20 tahun The Malaysian Insight SHAHRIR Samad yakin peneroka Felda akan berjaya menyelesaikan hutang tanam semula dengan agensi kerajaan itu selepas 20...(more)

PENEROKA FELDA, .MERDEKAKAH KITA? - Aug 31
Lurah Bilut pembuka tanah keramat Dari Perlis hingga ke Sabah Felda terpahat Pikul lembek, bantal dan anak nyor sepohon dua Simbolik penghijrahan ayah dan ibu kita seawal 60an Felda mengiringi...(more)

Widget by Beautiful Beta

CARIAN BLOG INI

Khamis, Januari 17, 2013

APA DAH JADI DENGAN PROJEK KAMBING FELDA ??? DENGAN TRANSFOMASI FELDA ??? DENGAN AKADEMIK FEKDA ???



Semalam, aku bertemu dengan pensyarah yang sedang membuat kajian mengenai usahawan di Felda. Aku terkejut apabila dinyatakan satu projek ternakan kambing di Tenggaruh yang mendapat pinjaman RM1 juta dari Felda menghadapi masalah untuk memasarkan hasil ternakannya.
Satu komen aku kepada Felda, dalam membentuk usahawan ini Felda tiada Pegawai Pengembangan (extension worker) dalam bidang usawahan. Dulu (maaf, kerana aku selalu menceritakan apa yang Felda buat masa dulu-dulu, sebab aku ini Veteren Felda). Dulu semasa awal pembukaan Felda, Felda mendapati peneroka menghadapi masalah menguruskan keluarga dan masyarakat, maka pada masa itu ada extenion worker yang dikenali dengan SSD(W), SSD(U) untu membimbing peneroka menguruskan rumahtangga dan masyarakat
Pada masa ini aku rasa elok Felda melantik Extension Worker untuk Usahawan yang tahu, mahir dan faham mengenai semua aspek usahawan dan mampu menjadi penghubung usahawan Felda dengan mereka yang terlibat dalam usahawan di Malaysia dan Seluruh Dunia (SEKADAR CADANGAN YANG MUNGKIN BOLEH MEMBERIKAN SEDIKIT HARAPAN KEPADA USAHAWAN DI FELDA)



Semalam, sempat bertemu dengan kekawan lama, pensyarah UPM yang membuat penyelidkan mengenai Felda. Banyak komen mengenai Felda dan mengenai UPM yang terkeluar semasa perbualan. Projek penyelidikan ini agak besar juga, melibatkan peruntukan RM500K.
Dunia UPM memang dunia akademik dan pensyarah begitu ego dengan bidang kepakaran mereka sehingga sukar untuk membentuk sinergi. Memang saya memahami dunia ahli akademik.
Mengenai Felda, tumpuan diberikan kepada Pembangunan Usahawan. Kata salah seorang dari kawan aku tu, di Felda ini bila ditanya mengenai database, jawapannya ada, tetapi bila diminta, angka dan data tak ada. Bila dicadangkan apa sahaja idea jawapannya semua telah Felda lakukan. Jadi kawan aku itu hairan juga bila pergi ke lapangan, usahawan menyatakan mereka tiada bimbingan, tiada tahu ke mana nak jual produk. Paling melucukan ada seorang usahawan yang menyatakan ia pernah mengikuti kursus Book Keeping, tetapi kandungannya untuk book keepin rumahtangga
Seterusnya kawan aku itu menceritakan agak sukar untuk mendapatkan maklumat kerana semua maklumat perlu ditapis dan semua temu soal mesti disertai oleh Pengarah. Pernah berlaku, sesi temu bual berkumpulan bertukar menjadi sesi ceramah oleh pengarah berkenaan.
Itulah keluhan mereka. Saya hanya menjadi pendengar setia kerana tiada faedahnya memberikan idea kerana idea itu hanya menjadi pengliburlara kepada pendengar
 


Pagi tadi berbicara bersama beberapa orang teman yang masih bekerja dengan Felda dan syarikat kumpulan Felda. Mereka mengeluh pasal kenaikan pangkat. Keluh yang sama pernah disuarakan oleh mereka yang bekerja di Felda sejak dari tahun 1990 lagi. Bagi mereka yang bekerja dengan syarikat keluhan ini sampai ke pendengaran saya sejak tahun 2000. Saya yakin keluhan dari petugas syarikat kumpulan tentu lebih awal lagi, tetapi saya tidak mendengarnya kerana saya belum menjadi anggota syarikat kumpulan sebelum tahun 2000.
Jawapan saya mudah sahaja, Felda merupakan organisasi yang tidak berkembang dari segi perkhidmatan dan produknya. Bagi Felda pemberhentian pengambilan peneroka dan pembukaan tanah baru menjadikan Felda semakin menguncup. Oleh kerana pembukaan tanah dan pengambilan peneroka adalah bidang usaha asas Felda, keadaan ini juga telah memberi kesan kepada syarikat kumpulan. Oleh kerana tiada perkembangan dalam bidang perniagaan sama ada khidmat atau produk, maka agak sukar pekerja mendapat peluang kenaikan pangkat berbanding dengan semasa Felda berkembang pesat pada tahun-tahun sebelum 1990an.
Apa yang dilakukan oleh Felda dalam keadaan sebegini adalah menaikkan pangkat petugas untuk menggantikan mereka yang bersara. Di samping Felda juga membentuk jabatan baru dengam memecahkan peranan yang sama kepada beberapa jabatan. Langkah kedua ini menjadikan Felda mengalami penurunan produktiviti ( dulu satu pekerja melaksanakan beban kerja dua orang, kini dua orang pekerja melaksanakan beban kerja satu orang).
Transformasi Felda dilakukan pada tahun 2006, namun kesannya terhadap perkembangan organisasi Felda itu tidak wujud dengan nyata sehingga hari in. Keadaan ini berlaku apabila Felda mengembangkan sebahagian kecil perniagaannya di luar negara secara usahasama. Langkah ini, jika berjaya pun akan memberikan pulangan keuntungan kepada syarikat yang diharapkan keuntungan ini dikembalikan kepada petugas dan rakyat Malaysia. Penyenaraian awam Felda mumgkin membantutkan usaha memberikan pulangan keuntungan kepada petugas dan rakyat Malaysia, tetapi menyerahkan laba tersebut kepada pemegang saham
Oleh itu, saya menasihatkan kepada petugas Felda yang merungut itu, supaya memperoleh kenaikan pangkat dengan bekerja di syarikat lain. Telah sampai masanya petugas Felda mengubah pemikiran mereka. TONTON KEMBALI VIDOE "WHO MOVE MY CHEESE" YANG PERNAH DITAYANGKAN SEMASA SAMINAR PENGURUS DI SUNWAY PYRAMID PADA SATU MASA DULU
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong