INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Rabu, Januari 23, 2013

MACAM ADA PERSAMAAN DENGAN KES KEMAHANG 3 JER....

Wan Rohimi
Sebuah santapan petang yang diemelkan kepada saya. Bacalah!!!

Kisah Cikgu Ismad dan Kemalang 3

Tersebutlah kisah purbawara di daerah bernama Kemalang 3, sebuah tanah subur dalam jajahan Kerajaan Chih Tu. Adapun daerah Kemalang 3 ini berdekatan dengan Tualang 3 dan Jahanam 5, yang kesemuanya adalah tanah-tanah teroka baru yang subur dengan tanaman buah kelapa dara.

Diamlah di Kemalang 3, 40 orang yang sasa bina tubuhnya, kuat gerak kudratnya. Maka 40 orang sasa ini bekerja memerah keringat mengusahakan tanaman kelapa dara. Adapun bidang-bidang tanah di daerah Kemalang 3 dianugerahkan oleh kerajaan Chih-Tu dan Pan-Pan, melalui agensinya bernama Federal United Chih Tu Land Development Authority (FUCKELDA). FUCKELDA yang ditubuhkan sejak 2 dekad lamanya, bertujuan untuk membantu rakyat Chih Tu untuk mencari sesumbat nasi dengan mengusahakan pertanian. Janji FUCKELDA adalah untuk memberikan hakmilik tanah seorang 100 relung kepada 40 orang sasa di Kemalang 3 selepas beberapa tahun mereka usahakannya.

Adapun sebagai syaratnya, 40 orang sasa tersebut haruslah menjual semua kelapa dara mereka kepada FUCKELDA dengan harga yang telah ditetapkan. Sekiranya mereka menjual kepada orang lain, kepada Ah Chong di Tualang 3 atau Muthukapi di Jahanam 5, maka FUCKELDA akan mengambil tindakan tegas kepada mereka. Kemungkinan besar mereka akan dihalau keluar dari Kemalang 3, dan hidup mereka pasti menjadi malang atau kemalangan.

Setelah berpuluh tahun 40 orang sasa tersebut bercucuk tanam, dan menjual kelapa dara mereka kepada FUCKELDA, maka tersedar oleh mereka bahawa hidup mereka sama sahaja, kerana FUCKELDA membeli kelapa dara dengan harga yang sangat murah. Yang harga sepuluh ringgit, dibeli sepuluh sen, yang harga lima ringgit dibeli lima sen, dan yang harga seringgit diambil percuma sahaja. Pendek kata, walau habis nyawa, rezeki tetap sama, walau hilang tenaga, hidup masih papa kedana. Sedangkan Ah Chong Tualang 3 dan Muthukapi Jahanam 5 sudah lama kaya raya.

Maka berjumpalah 40 orang sasa tersebut di rumah ketua mereka Pak Wan Bunga Lalang untuk berbincang hadaf tujuan. Berdebat dan berbalah mereka semuanya untuk mencari satu penyelesaian. Akhirnya Pak Wan Bunga Lalang dan 39 orang sasa yang lain bersetuju untuk menghantar memorandum bantahan kepada FUCKELDA. Maka dikarang oleh mereka nota berjela-jela dengan bukti dan hujah untuk dipersembahkan kepada FUCKELDA.

Pada hari yang dijanjikan, maka berbondong-bondonglah 40 orang sasa Kemalang 3 ke pejabat FUCKELDA di ibukota Chih Tu. Namun, belum sempat mereka naik tangga pejabat, mereka sudah dihalau oleh pegawai-pegawai FUCKELDA. “Bodoh! Tak kenang budi!” dihambur kepada mereka. Maka, Pak Wan Bunga Lalang dan 39 orang sasa yang terpinga-pinga terus berlalu begitu sahaja. Takut mereka kalau-kalau dibuang daerah nanti, sebab menderhaka.

Namun dalam hati yang bergelora, untuk perjuangkan nasib diri, 40 orang sasa Kemalang 3 masih tidak puas hati. Dicari-carinya jalan dan pedoman. Dicari-carinya nasihat dan ajaran. Namun tiada siapa yang berani membantu mereka. Al-maklumlah mahu melawan FUCKELDA dan kerajaan Chih Tu. Silap haribulan, yang membantu juga dihukum buang daerah.

Akhirnya dalam mencari-cari itu terjumpa mereka seorang pemuda dari ibukota. Wan Hingus namanya. Elok benar namanya kerana hingus sering menjejeh keluar dari hidungnya ibarat kanak-kanak baru bertatih. Disejat hingusnya dilengan bajunya setiap kali berkata-kata. Namun Wan Hingus ini bijak akalnya, ibarat Hang Nadim dari Singapura lagaknya. Kata-katanya juga berbisa, mampu memukau siapa sahaja yang mendengar. Adapun Wan Hingus ini selalu bersama rakannya, Asgigi yang selalu tersengih-sengih. Sengih sana sengih sini dengan bulu hidungnya yang menjangkau dagu. Wan Hingus dan Asgigi baru sahaja dilantik menjadi peguam di ibukota Chih Tu, setelah tamat pengajian mereka di luar negara.

Maka berceritalah Pak Wan Bunga Lalang tentang masalah Kemalang 3 kepada Wan Hingus dan Asgigi berhari-hari lamanya. Angguk-angguk sahaja mereka berdua. Ditunjuk segala bukti penipuan FUCKELDA kepada mereka. Pendek kata, Wan Hingus dan Asgigi bersetuju untuk membantu Pak Wan Bunga Lalang dan 39 orang sasa yang lain untuk perjuangkan hak dan nasib mereka.

Maka sebagai peguam muda yang baru dilantik, Wan Hingus dan Asgigi pun menghabiskan masa mereka berkerja. Membuat kajian, meneliti bukti-bukti dan mendalamkan kefahaman. Al-maklumlah, cerita kelapa dara ini bukan mudah juga difahami oleh orang biasa. Bertungkus-lumuslah kedua-duanya sehingga tidak makan, tidak tidur, dan tidak mengoles isteri masing-masing.

Setelah beberapa purnama mereka bekerja, maka siaplah dokumen saman yang ingin difailkan oleh 40 orang sasa Kemalang 3 keatas FUCKELDA. Wan Hingus pun sampai kering hingusnya, dan Asgigi pun sampai gugur bulu hidungnya. Maka pada detik yang dijanjikan berbondong-bondonglah sekali lagi 40 orang sasa Kemalang 3 dan peguamnya ke Mahkamah untuk memfailkan saman terhadap FUCKELDA. Hebah dan hebohlah sekelian negeri Chih Tu tentang berita itu. Apa tidaknya?. Tidak pernah pula sebelum ini ada rakyat yang berani menyaman FUCKELDA. Semuanya tunduk ikut telunjuk sahaja, walaupun hidup melarat dan merempat.

Arakian berlangsunglah perbicaraan tuntutan Kemalang 3 dihadapan Pendeta Man Tera. Adapun Man Tera ini seorang yang jujur dan adil dalam menghukum. Takutnya Man Tera kepada tuhan yang memiliki syurga dan neraka. Pendek kata, Man Tera ini orang yang sembahyang. Maka Wan Hingus berhujah panjang didepan Pendeta Man Tera sehingga ternganga-nganga dibuatnya. Setelah berbulan-bulan lamanya berhujah, akhirnya Man Tera memberikan keputusannya. Buat pertama kali dalam sejarah Chih Tu, FUCKELDA perlu membayar pampasan kepada 40 orang sasa Kemalang 3 kerana penipuan harga pembelian kelapa dara mereka. Pampasan berjumlah 8 juta keping wang perak perlu dibayar oleh FUCKELDA dengan segera.

Mendengar sahaja keputusan Man Tera itu, maka tercirit-ciritlah kemarahan orang-orang atasan FUCKELDA dan juga Kerajaan Chih Tu. Mengamuk sakan mereka kepada Wan Hingus, Asgigi dan 40 orang sasa Kemalang 3. Lalu mereka berjanji dan bertekad untuk membalas dendam. Apa cara sekalipun, Wan Hingus dan Asgigi mesti dibunuh dan dilenyapkan.

Atas tekad itu, pimpinan Kerajaan Chih Tu pun bermesyuarat dengan pihak pengurusan FUCKELDA. Mereka perlu lantik seorang peneraju FUCKELDA yang baru untuk membalas dendam. Orangnya mesti jahat, kejam, sial dan sanggup lakukan apa sahaja untuk matlamat peribadinya. Maka teringatlah semuanya kepada Cikgu Ismad. Cikgu Ismad nampaknya calon paling sesuai. Bukan apa. Ini kerana Cikgu Ismad ini walaupun berwajah macam baik tetapi hatinya cukup busuk, hasad dan jahat. Cikgu Ismad ini juga senang diarah, untuk pecah amanah, untuk rasuah, untuk lakukan kerja kotor dan terkutuk yang tidak tergamak dilakukan oleh orang biasa. Disebalik tubuhnya yang pendek, gemuk, hodoh dan botak itu juga, ada akal bergeliga untuk menyusun strategi membalas dendam. Maka sebulat suaralah pimpian Kerajaan Chih Tu melantik Cikgu Ismad.

Maka Cikgu Ismad pun memulakan tugasnya. Dari pejabat FUCKELDA di ibukota dia mengatur rancangan. Ditambah dengan bisikan iblis dan syaitan, akalnya diperah untuk mencari jalan. Akhirnya Cikgu Ismad tersenyum sendirian, memperoleh idea yang pasti berkesan. 40 orang sasa yang rata-ratanya bersekolah hanya darjah 2 perlu dipecah-pecahkan. Biar berlaku perpecahan dan jangan perpaduan. 40 orang sasa Kemalang 3 harus tahu bahawa mereka sebenarnya hanya ditipu oleh Wan Hingus dan Asgigi. Itu strategi terbaik untuk membunuh dan melenyapkan Wan Hingus dan Asgigi.

Cikgu Ismad pun segera menghantar wakil setianya ke Kemalang 3. Tidak lain tidak bukan Wak Mobayabi yang sudah terkenal dengan kelicikannya menyusup masuk dikalangan manusia tanpa disedari. Maka pergilah Wak Mobayabi ke Kemalang 3 untuk menghasut 40 orang sasa. Diceritanya dikedai-kedai kopi kononnya Wan Hingus dan Asgigi hanya mahu bolot harta. Kononnya 40 orang sasa ditipu tentang hasil bayaran pampasan oleh FUCKELDA. Kononnya FUCKELDA sekarang ingin membantu 40 orang sasa mendapat wang pampasan yang sebenarnya yang telah dibayar oleh FUCKELDA. Kononnya wang pampasan yang diagihkan oleh Wan Hingus tidak cukup dan sangat sedikit jumlahnya. Kononnya Wan Hingus yang sudah tidak berhingus lagi kini sudah kaya raya, memakan duit haram hasil pampasan yang dibayar FUCKELDA. Dan bermacam-macam lagi rekayasa jahat yang disunting oleh Wak Mobayabi.

Cikgu Ismad juga sudah berpesan kepada Wak Mobayabi agar menjanjikan wang dan harta kepada 40 orang sasa. Dengan syarat 40 orang sasa harus bangun melawan peguam mereka yang dahulu bertungkus lumus membantu mereka. Matlamat Cikgu Ismad satu sahaja. Jika Wan Hingus dan Asgigi mati dan lenyap, maka tiada lagi yang akan mampu membantu 40 orang sasa di Kemalang 3 atau mana-mana tanah teroka, dan akhirnya FUCKELDA bolehlah kembali membuat apa yang mereka suka.

Dengar punya dengar, akhirnya 40 orang sasa yang juga tidaklah terlalu cerdik akalnya percaya dengan cerita Wak Mobayabi. Cikgu Ismad lantas menyediakan peguam baru kepada 40 orang sasa untuk menyaman Wan Hingus dan Asgigi kerana penipuan wang pampasan kononnya. Maka dilantik pula peguam bernama Alim Biebeer. Memang pelik namanya, sepelik kelakunya. Alim Biebir ini rupanya kuat menipu walaupun nampak alim dan sentiasa membaca zikir dimulutnya. Sebab itu agaknya orang menggelarnya Alim Biebeer. Alim hanya dibibir. Apapun latarbelakangnya, maka Alim Biebeer pun mulalah menyediakan saman terhadap Wan Hingus dan Asgigi. Dalam masa yang sama Cikgu Ismad pun menggunakan seluruh unit hebahan kerajaan termasuk corong-corong pembesar suara dimasjid-masjid untuk sebarkan fitnah terhadap Wan Hingus dan Asgigi.

Mendengar cerita tentang Cikgu Ismad, Wak Mobayabi dan Alim Biebeer, Wan Hingus tidak duduk diam. Wan Hingus yang sememangnya berdarah Tok Jinggut, berjanji tidak akan membiarkan dirinya difitnah, dan akan pertahankan haknya sehingga ke titisan darah terakhir. Maka Wan Hingus dan Asgigi pula menyaman Cikgu Ismad, Wak Mobayabi, Alim Biebeer dan juga 40 orang sasa, yang kini digelar 40 orang penyamun Kemalang 3. Hebohlah sekali lagi sekalian alam Chih Tu tentang tragedi saman menyaman ini. Kau saman aku, aku saman kau. Tidak pernah terjadi sebelum ini.

40 orang penyamun Kemalang 3 yang kebodoh-bodohan itu jadi terketar-ketar menerima saman Wan Hingus. Al-maklumlah, mana mereka berani sebenarnya berhadapan dengan saman-menyaman ini. Kalau tidak kerana keberanian Wan Hingus dahulu, pasti mereka juga tidak akan menyaman FUCKELDA. Maka terberak-beraklah 40 orang penyamun sehingga ada yang terkujur pengsan selepas menerima saman Wan Hingus. Baru terima saman sudah pengsan.

Maka tahun itu menyaksikan perbicaraan demi perbicaraan di Mahkamah. Pendeta Man Tera yang kuat ibadahnya juga sudah tiada. Dipendekkan cerita, akhirnya Wan Hingus sekali lagi berjaya dalam kesnya. Cikgu Ismad, Wak Mobayabi, Alim Biebeer, dan 40 orang penyamun Kemalang 3 akhirnya putih mata. Tidak lama kemudian, Kerajaan Chih Tu juga digulingkan oleh rakyat jelata, dan tertubuhlah negara demokrasi baru bernama Hingusia. Wan Hingusla Perdana Menteri pertamanya.

Tukang cerita sekadar ingin ingatkan pesan pepatah Melayu, janganlah sehingga menjadi seperti “melepaskan anjing tersepit” yang “tidak sedar dek untung”. Lihat sahajalah kebodohan 40 orang penyamun Kemalang 3 yang gelap mata dan hati bila dijanji harta sehingga manusia yang mereka puja kerana membantu mereka dengan ikhlas juga difitnahnya. Jadilah seperti Wan Hingus, yang sentiasa berani dalam memperjuangkan hak rakyat jelata, biar apa juga halangannya. Di dalam masyarakat, orang seperti Cikgu Ismad, Wak Mobayabi dan Alim Biebeer banyak melata. Mereka inilah yang selama ini merosakkan bangsa. Hanya kerana kepentingan peribadi dan tembolok serakah yang menggila, mereka bisa menjual maruah dan menggadai orang-orang sebegini harus ditolak dalam apa juga cara.

Sekian,
Suara Maska
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong