Ceramah ANAK disekat lagi!
Kali ini disekat di pintu masuk Felda Teloi Timur. OCPD Sik, DSP Ismail Ibrahim
dan lebih 30 orang anggota polis gagal menyuraikan samseng jalanan yg membuat
benteng menghalang saya dan hampir 500 orang dari kawasan berhampiran untuk
masuk ke tapak ceramah.
Adalah sangat memalukan, samseng ini bermaharajalela dan hanya diperhatikan
pihak polis. Sedihnya, OCPD dan anggotanya hanya bertindak mengawal lalulintas
bukan menghalau samseng jalanan!
Sekali lagi hak bersuara dinafikan. Saya kesian
tengok peneroka Felda Teloi Timur. Tanam semula dah 3 tahun tak siap, hutang
sara hidup bertimbun, kami datang nak membantu, disekat pula.
Pengkhianat yg merompak harta peneroka seperti Isa Samad disanjung, manakala
ANAK dan Pakatan Rakyat yg membela dan mempertahankan hak peneroka di halang
dari menyampaikan maklumat.
Saya dan Sanusi, Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah sempat berucap atas hilux
sebelum membuat laporan polis di IPD Sik.
Alhamdulillah, walaupun ahli PAS dari Sik dan Baling yg datang lebih ramai dari
samseng jalanan tajaan Umno; kami tetap sabar.
Kita tinggal beberapa bulan sahaja lagi menawan Putrajaya, kalau hampir 5 tahun
boleh bersabar dengan berbagai ujian dan provokasi Umno, takkan tinggal 2-3
bulan tidak boleh menahan sabar.
Berundur bukan bererti kalah, tapi berpandangan jauh dengan agenda lebih besar
setelah menguasai Putrajaya!
Simpati dari warga Felda akan diperolehi.
Gelagat samseng jalanan dirakam. Sebagaimana di Felda Sg Tengi, laman sosial
dan media baru menunjukkan aksi2 hodoh para samseng ini.
Manusia yang waras tak akan menyokong samseng jalanan ini.
Sesungguhnya, kita bukan jadi kuda tunggangan DAP; tapi samseng jalanan ini
sedia di peralat oleh Ahmad Maslan, Isa Samad dan Faizoull Ahmad!
Pemimpin Umno seronok beri arahan, dok dalam bilik aircon; peneroka dan gen 2/3
jadi korban.
Kesian sungguh....
10 ARTIKAL TERKINI
BERMULA 2024 FELDA TIDAK MEMBERI IZIN DAN SURAT SOKONGAN MASUK API LETRIK TNB PADA GENERASI FELDA YANG MEMBINA RUMAH DALAM LOT RUMAH FELDA. - Mar 16
Jom kita ulas dan beri pandangan ....." KEBENARAN LANJUTAN PENYAMBUNGAN PEMASANGAN METER ELEKTRIK DIRUMAH KEDUA DALAM LOT RUMAH PENEROKA FELDA (DUA RUMAH DALAM SATU LOT RUMAH PENEROKA FELDA.4...(more)
PRK CHINI APA YANG PENEROKA DAPAT - Jun 25
LADANG PENEROKA DAHAGAKAN TEKNOLOGI - Nov 29
Sewaktu di penghujung pemerintahan BN dulu ramai peneroka Chini mohon menyerahkan semula ladang untuk diurus oleh felda tapi sesudah lebih 2 tahun felda masih membisu. Dalam keadaan felda masa...(more)
TANAH FELDA TIDAK BOLEH PINDAH MILIK - Aug 05
SALAH FAHAM MASYARAKAT FELDA TENTANG HARTA PENEROKA Q1: Ayah saya seorang peneroka, beliau telah meninggal dunia dan meninggalkan ibu saya, serta kami adik beradik. Setiap bulan hasil sawit kami...(more)
DALAM ISU ICERD TUNTUTAN COMANGO - Nov 22
Tuntutan COMANGO yang menyentuh Sensitiviti Umat Islam. 1. Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta...(more)
TANAH FELDA JLN SEMARAK MILIK ORANG ? - Dec 26
Kenali cara pengkhianatan mereka pada negara, bangsa & ekonomi negara. Tanah Jalan Semarak milik Felda, kemudian felda deal dgn pemaju menerusi urusniaga bernilai RM270 juta pd tahun 2015. Cuba...(more)
Shahrir akui felda hilang status tiga aset tanah - Dec 21
KUALA LUMPUR: "Saya tidak faham bagaimana tanah milik FELDA boleh dipindah milik kepada syarikat lain. Saya hanya diberitahu tanah kita sudah ditukar milik apabila masuk ke sini (FELDA)," kata Tan...(more)
MISTERI HUTANG PENEROKA FELDA - Dec 08
Masalah hutang peneroka Felda kini memakin rumit dan pelik. Penyelesaian isu ini dipayahkan dengan tiadanya mekanisma pengurusan penyata hutang yang mudah difahami peneroka dan anak-anak mereka....(more)
HUTANG PENEROKA PADA FELDA - Nov 25
Felda yakin peneroka selesai hutang dalam 20 tahun The Malaysian Insight SHAHRIR Samad yakin peneroka Felda akan berjaya menyelesaikan hutang tanam semula dengan agensi kerajaan itu selepas 20...(more)
PENEROKA FELDA, .MERDEKAKAH KITA? - Aug 31
Lurah Bilut pembuka tanah keramat Dari Perlis hingga ke Sabah Felda terpahat Pikul lembek, bantal dan anak nyor sepohon dua Simbolik penghijrahan ayah dan ibu kita seawal 60an Felda mengiringi...(more)
Widget by Beautiful Beta
CARIAN BLOG INI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan