INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Selasa, Februari 19, 2013

Risalah Yang di Edar Oleh Gerakan Mahasiswa PRU13 - GM13 di Parlimen Pekan

Ramai orang Pas,atas pagar dan dari kalangan orang umno sendiri bertanya apa masaalahnya di Parlimen Pekan  gempak gempita begitu sekali bagai taufan akan melanda dengan kehadiran Gerakan Mahasiswa PRU13 - GM13  semuanya nak tahu apa puncanya ...apa yang disebarkan oleh GM13 ini ..sehingga ketakutan yang amat sangat umno ini...
Dibawah ini saya sertakan risalah yang dibawa oleh GM13 tidak ada lebih dari itu.. Risalah yang sangat menakutkan bagi umno
  • Sehelai kertas "IMPIAN ANAK MUDA"
  • Risalah "SURAT DARI MAHASISWA UNTUK WARGA PEKAN"
  • Handbill "DAILOG BERSAMA GM13' untuk warga Chini



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama pernah berpesan,

“Selepas semua yang telah dikatakan dan dilakukan, kita tidak mempunyai negara lain yang kita boleh katakan sebagai negara sendiri . Samada baik atau buruk, hanya Malaysia rumah kita dan tidak ada tempat yang lebih baik daripada rumah sendiri. Setiap rakyat Malaysia mempunyai peranan dalam mengurus ha ehwal Negara, samada  kecil atau besar, kaya atau miskin, tua atau muda, rakyat perlu hadapi hari ini dan masa depan. Rakyat perlu buktikan mereka mampu menunaikan amanah yang dipikul”

Menjadi tanggungjawab setiap rakyat malaysia untuk menjunjung pesanan ini. Maka kami sebagai generasi muda, berazam untuk sentiasa menjadikan Malaysia sebagai rumah kami yang tercinta.  Hanya Malaysia satu-satunya Negara yang kami ada dan perlu kami jaga. Di sinilah tempat tumpahnya darah kami dan disinilah bakal lahirnya anak cucu kami. Siapalah kami tanpa Malaysia. Oleh itu kami akan pastikan kedaulatan Malaysia akan sentiasa dipertahankan biarpun kami terpaksa berkorban hingga ke titisan darah yang terakhir.

Jika dahulu, sewaktu ekonomi Negara masih dalam keadaan baik, walaupun gaji rakyat tidak tinggi, namun kos kehidupan adalah rendah memandangkan harga barangan masih murah. Hari ini, kos untuk pelajaran anak-anak yang bersekolah tidak kurang dari 500 ringgit untuk seorang anak. Untuk pelajar universiti seperti kami pula belanja pelajaran adalah tidak kurang daripada 7000 ringgit setahun. Tidak dapat kami bayangkan betapa sukarnya para ibu dan bapa yang berpendapatan rendah ingin menampung pembelajaran anak-anak.

Kami sendiri sebagai pelajar Universiti terpaksa berhutang untuk membolehkan kami mendapat segulung ijazah. Selepas tamat belajar, kami sudah dibebankan dengan hutang walaupun belum tentu dapat berkerja. Andaipun kami dapat berkerja, sudah pasti gaji permulaan masih rendah dan kami terpaksa membayar hutang pelajaran. Beban hutang ini menyebabkan masa depan kami semakin kabur. Kerana kami juga terpaksa berhutang untuk membeli kereta dan rumah.

Kami sedar kerajaan ada menyediakan bantuan dengan memberi sejumlah wang tunai kepada rakyat. Tetapi bagi kami bantuan itu hanya meringankan sementara beban rakyat. Setelah wang tunai itu habis digunakan, rakyat akan kembali berhadapan dengan beban kos hidup yang tinggi. Bagi kami, jika benar-benar ingin  meringankan beban rakyat, Kerajaan perlu berusaha keras untuk menurunkan harga barangan keperluan harian termasuk minyak kenderaan dan memberi pendidikan percuma kepada rakyat. Dengan cara ini beban kewangan rakyat dapat dikurangkan secara berterusan.

Lebih menyedihkan, walaupun bergaji kecil, rakyat tetap taat membayar cukai kepada kerajaan. Rakyat membayar cukai pintu, cukai jalan, cukai barangan dan tol-tol di lebuhraya. Namun beratus juta ringgit duit rakyat hilang begitu sahaja menurut Laporan Audit Negara pada tahun 2011. Pemimpin selalu menagih setia daripada rakyat, namun pemimpin terus bermewah dan rakyat masih hidup susah. Isteri pemimpin membeli beg tangan berharga ribuan ringgit dan memakai cincin berharga jutaan ringgit. Tetapi rakyat terpaksa mencatu makanan harian kerana duit belanja yang tidak mencukupi.

Rakyat sebagai tuan kepada Negara Malaysia berhak untuk mendapat kehidupan yang lebih selesa berbanding hari ini. Para Ibu bapa sepatutnya boleh mendapat gaji yang lebih tinggi. Barangan keperluan harian sepatutnya lebih murah daripada harga hari ini. Ibu bapa juga sepatutnya tidak terbeban dengan kos pembelajaran anak-anak jika kerajaan dapat memberi pendidikan percuma dan biasiswa kepada rakyat.  Kami yakin semua ini boleh dilakukan kerana Malaysia merupakan sebuah Negara yang kaya. Pendapatan Negara dalam satu tahun mencecah 500 bilion ringgit kerana Malaysia juga merupakan Negara yang kaya dengan hasil petroleum.

Tiba masanya untuk kami sebagai generasi muda mengubah kepimpinan Negara yang sedia ada. Kami rasakan Barisan Nasional perlu direhatkan setelah 55 tahun memerintah Negara. Kami nekad untuk menjadikan Pilihanraya akan datang sebagai masa untuk BN bermuhasabah di atas segala perlakuan semasa menjadi kerajaan Malaysia. Pilihanraya akan datang kami generasi muda akan mengundi perubahan. Kami ingin memberi peluang kepada Malaysia untuk ditadbir oleh pemimpin baru. Kami akan mendesak kerajaan yang baru menurunkan harga barangan keperluan, turunkan harga minyak kenderaan, dan berikan pendidikan percuma serta biasiswa pelajaran kepada rakyat. Semua ini boleh dilakukan jika Kerajaan berbelanja dengan berhemat dan mengutamakan keperluan asas rakyat. Kerajaan sanggup membina bangunan pencakar langit dengan harga 5 bilion, sedangkan dengan jumlah yang sama kerajaan boleh memberi pendidikan percuma dan biasiswa kepada anak-anak Malaysia.   Kami juga menyeru kepada para ibu, ayah, abang, kakak, datuk dan nenek membuat perubahan demi masa depan Malaysia yang lebih baik.

Tidak salah kita mecuba kerajaan yang baru, kita berhak untuk mengundi BN, kita juga berhak untuk mengundi selain BN. Jika kepimpinan baru nanti gagal memenuhi kehendak rakyat, maka kita berhak untuk kembali memenangkan BN sebagai kerajaan Malaysia.  

“UNDI ANDA UNTUK ANAK CUCU ANDA”

Sekian.

Yang Benar

SYIS KADIR
Pengerusi
Gerakan Mahasiswa Pru 13.









Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong