Wan Rohimi menulis...
Firma guaman saya di saman oleh sebahagian bekas anakguam sejak 27/7/2011. Belum pun saya menerima serahan Writ Saman tersebut, Timbalan Menteri yang bertanggung jawab ke atas Felda, Dato’ Ahmad Maslan dalam satu majlis di sebuah Masjid Felda Maokil, Labis, Johor (dalam kawasan Parlimen Pagoh, yang mana ahli Parlimennya adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin – Timbalan Perdana Menteri Malaysia) telah bercerita kepada peneroka-peneroka di sana tentang Saman ke atas firma guaman saya. Seingat saya waktu itu pada hujung Julai 2011, dan dalam bulan puasa. Sudah tentu dalam majlis itu ulasan Ahmad Maslan tiada yang baik-baik terhadap saya. Biasalah Ahmad Maslan, menteri gempal yang bermulut celupar ini gemar membuat kenyataan-kenyataan yang bersiku ke lutut! Penuh angkuh dan sombong tetapi menikus bila dicabar berdebat.
Di Felda Maokil itu saya telah mewakili 645 (daripada 712 orang peneroka keseluruhannya dari Felda Maokil 1, 2, 3, dan 4) peneroka di situ dalam kes yang hampir sama dengan kes Kemahang 3, untuk menyaman Felda. Kes ini masih tergantung di Mahkamah Persekutuan sejak 30/11/2011, berkenaan dengan isu undang-undang bagi rujukan kepada Timbangtara di bawah Akta Timbangtara 2005. Sejurus selepas majlis itu, anakguam saya di Felda Maokil menghubungi saman untuk bertanya apa yang sebenarnya berlaku di sebalik Saman tersebut. Saya terkejut, kerana pada masa itu saya belum pun diserahkan dengan Saman oleh bekas-bekas anakguam, tetapi Ahmad Maslan telah pun mendahului saya tentang Saman tersebut. Hebat bukan?
Tidak lama selepas itu, Utusan Malaysia mula memainkan peranannya. Satu berita artikel bertajuk “Tidak Puas Hati Dengan Pembahagian Wang Menang Saman RM12 juta” telah disiarkan pada 20/9/2011. Fakta-fakta dalam berita tersebut amat melencong dan tersasar. Namun menariknya sumber Utusan Malaysia tersebut adalah merujuk kepada satu sumber dari Kuala Lumpur, dan bukannya dari perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Kerana pada 18/9/2011, telah berlangsung perbicaraan permohonan saya untuk membatalkan kes tersebut.
Pada 2/10/2011, Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah bersetuju dengan hujjah peguam-peguam saya, dan membatalkan Saman tersebut. Antara lainnya Hakim bersetuju dengan hujjah peguam-peguam saya Yusfarizal Bin Yussoff, Muhd Azmi dan Majdah Muda, bahawa Saman yang difailkan ke atas saya di bawah Aturan 43 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 adalah untuk meminta maklumat akaun. Menurut Mahkamah, itu satu penyalahunaan proses Mahkamah, tiada kausa tindakan kerana jika anak-anakguam ingin mencabar fee guaman, prosiding yang sepatutnya dibawa adalah petisyen pencukaian yang hendaklah difailkan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh penerimaan Bil Guaman atau bayaran yang diterima anakguam, atau selewat-lewatnya dalam masa 1 tahun dengan kebenaran (leave) daripada Mahkamah. Selepas 1 tahun Bil Guaman tidak lagi boleh dicabar di mana-mana Mahkamah dan dengan itu jumlah yang dibilkan hendaklah dianggap terhutang, oleh anakguam kepada peguam mereka. Itulah kedudukan undang-undang berkenaan dengan sebarang sebarang pertelingkahan antara anakguam dan peguam sebagaimana yang diperuntukan melalui S. 126 dan S. 128 Akta Profesion Undang-Undang 1976. Untuk rekod, wang bayaran yang diterima oleh anakguam saya adalah pada September 2010 dan dengan itu tempoh mencabar Bil Guaman adalah pada Mac 2010, atau pada September 2010 dengan kebenaran Mahkamah. Sehingga kini, hampir 2 1/2 tahun berlalu, tiada petisyen sedemikian tidak pernah difailkan terhadap firma guaman saya.
Mahkamah selanjutnya memutuskan bahawa tiada kekaburan (no uncertainty) berkenaan dengan jumlah wang yang diterima dan wang yang dipotong untuk fee guaman, dan Saman itu adalah merupakan satu ekspedisi memancing untuk merekacipta satu kausa tindakan yang baru (fishing expedition to create a new cause of action). Untuk menunjukkan keberangan Mahkamah, sewaktu membatalkan Saman tersebut Mahkamah telah mengarahkan peguam kepada bekas-bekas anakguam saya membayar kos sebanyak RM10,000-00 secara peribadi.
Walau bagaimana pun, Mahkamah Rayuan pada 8/5/2012 tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu dan memutuskan bahawa terdapat isu-isu yang perlu dibicarakan dan kes itu tidak sesuai untuk diputuskan pada peringkat permohonan interlokutori. Lanjutan daripada keputusan tersebut, Mahkamah Rayuan menghantar kembali kes itu ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu untuk perbicaraan penuh.
Itu adalah perjalanan prosiding Mahkamah setakat ini.
Namun apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah pada 3/10/2011, Utusan Malaysia menyiarkan satu artikel bertajuk: “SAMAN FELDA, SAMAN POLITIK”.
Antara lainnya kenyataan berikut telah dipetik oleh Utusan Malaysia daripada Ahmad Maslan:-
“... . saya berangggapan mungkin Mazlan dan peguam belanya itu mendapat keuntungan daripada hasil menghasut peneroka”, kata Ahmad.
Menurut Ahmad, di Felda Maokil Pagoh kini, sudah terdengar cakap-cakap sikap tidak beretika mengenai peguam bela yang dikatakan cuba membela peneroka dalam isu saman kadar perahan sawit ke atas Felda.
“Dikatakan ada satu perjanjian berasingan pula dibuat iaitu kalau peneroka tarik balik saman, peneroka terbabit kena bayar RM5,000-00 kepada peguam terbabit, saya sudah tanya beberapa peguam tentang perjanjian seumpama ini, ramai yang menyatakan ia tidak beretika. Nampaknya sebilangan peneroka Felda Maokil tersentak.
Tanpa fakta yang lengkap, Ahmad Maslan menyerang saya dan mempersoalkan urusan saya dengan anakguam saya. Keceluparan Ahmad Maslan telah menceroboh hubungan keistimewaan antara peguam dan anakguam (solicitors’ client privilege) dengan harapan dapat mencemarkan nama dan reputasi saya, sekiranya masih berbaki. Saya telah mengeluarkan sepina kepada kedua-dua wartawan Utusan Malaysia tersebut, dan peguam-peguam saya sudah bersedia untuk mengasak kedua-dua wartawan tersebut di kandang saksi dalam perbicaraan kes Saman saya nama-nama yang dirujuk dalam Surat Felda bertarikh 6/6/2011 yang telah saya siarkan dalam posting terdahulu.
Itu tidak penting. Tetapi yang penting ialah bilamana Ahmad Maslan menuturkan ungkapan Ahmad Maslan dalam Utusan Malaysia: “...saya berangggapan mungkin Mazlan (Aliman) dan peguam belanya itu mendapat keuntungan daripada hasil menghasut peneroka”.
Dengan tidak semena-mena Ahmad Maslan mengaitkan saya dan Mazlan Aliman dengan urusan guaman yang tiada kena mengena dengan Mazlan Aliman. Dengan tidak semena-mena, Mazlan Aliman dikaitkan dan difitnah atas kes Mahkamah yang saya kendalikan. Mudah bukan untuk melemparkan fitnah? Ya, itulah yang diungkapkan oleh Ahmad Maslan. Satu kenyataan fitnah yang memalukan, terpacul dari mulut seorang Menteri 1 Malaysia.
Ahmad Maslan boleh bertindak sebongkak itu sementara sisa-sisa kuasanya masih berbaki. Ludahlah fitnah itu keserata alam, dan banggalah atas kuasa sementara yang dipinjamkan kepada kamu. Tetapi nasihat saya, serahkanlah urusan menyerang saya itu kepada blogger-blogger upahan, ataupun kepada Majlis Belia Felda. Tidak perlulah kamu seorang bertaraf menteri bercakap tentang isu-isu picisan. Menyerang saya yang kerdil ini, akan meningkat saham saya pada kacamata masyarakat kerana serangan itu datang dari menteri, terhadap saya yang tiada apa-apa jawatan dalam masyarakat atau politik. Di sebaliknya, kamu dilihat sebagai seorang menteri yang tiada class, mempunyai mentaliti kelas ketiga kalau hanya melayan isu-isu yang tidak mempunyai kepentingan nasional.
Tetapi melihat kepada serangan-serangan beliau keatas saya, samada secara terang atau tersembunyi, ingin benar saya berdebat dengan Ahmad Maslan, atas semua isu yang melibatkan Akta GSA dan kebajikan peneroka. Atau survival peneroka untuk 50 tahun akan datang, atau nasib peneroka pasca penyenaraian Felda Global Ventures ke Bursa Malaysia. Kita berdebat atas isu nasional. Kita berdebat atas intipati wasiat Tun Razak. Kita tinggalkan politik murahan itu! Kita daulatkan intelek dan gentleman.
Namun saya sedar saya anak kampung yang tidak punyai apa-apa. Justeru saya tidak mahu mencabar Ahmad Maslan untuk berdebat, sebagaimana 2 kali cabaran yang dilontarkan oleh Mazlan Aliman dan terhadap kedua-dua cabaran itu, Ahmad Maslan menikus! Kali ke-3 kita tunggu 16/2/2013 ini. Saya tidak akan mencabar Ahmad Maslan, kerana dia orang hebat, Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Seorang Timbalan Menteri yang bertanggungjawab ke atas 112,635 keluarga peneroka dan 1.2 juta populasi peneroka. Walau pun Ahmad Maslan dan saya memiliki disiplin ilmu perdebatan dan undang-undang yang sama, yang sekufu, yang sama tara, tetapi siapalah saya untuk melontarkan cabaran sedemikian kepada seorang Menteri. Saya tidak mahu mengaibkan dan memalukan dia, bimbang dia juga akan menikus dengan cabaran saya. Saya tidak mahu mengaib dan menghina dia sebagaimana dia aibkan dan hina saya melalui petikan artikel dalam Upturn Malaysia tersebut. Tidak mengapa. Cuma saya hanya mahu Ahmad Maslan tahu, bahawasanya sekiranya beliau sudi untuk berdebat dengan saya, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan!
ATAU Ahmad Maslan boleh menghantar budak-budak suruhannya dari kalangan Presiden Majlis Belia Felda atau Pengerusi Majlis Belia Felda Kelantan untuk berdebat dengan saya atas isu-isu yang saya sebutkan. Atau kita boleh tambah satu tajuk lagi - “Sumbangan Ahmad Maslan kepada Peneroka: Kesan dan Implikasinya”. Itu lagi bagus. Kami sama-sama remaja, sama-sama pemuda. Di ambang pemilihan Kerajaan Baru ini, molek kiranya budaya ilmiah ini kita suburkan. Ketepikan nasihat songsang PM – Debat bukan budaya kita. Nyatakanlah masa dan tempat, insyallah saya akan hadir tanpa ragu!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan